Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul dan pizza tertunggak..


   Salam Maulidur Rasul kepada semua warga blog dan seluruh umat islam di dunia... Hari ni aku nak cuci-cuci draft. Nak publish resepi tertunggak yang tahun lepas... Ni resepi yang besa aku dok buat. Klik sini kalau nak tengok. Tapi untuk resepi ni aku guna water roux. Tak sangka jadi jugak. Piza ni aku buat masa aku pi selangor bulan 12 tahun lepas. Aku buat dua biji. Satu aku bagi kat kak aku yang kat rawang, satu lagi aku bagi yang kat klang. Aku buat ni pun sebelum aku balik kampung. Kalau tak buat, nanti kempunan pulak kakak-kakak aku nak merasa. Heheheee... Meh tengok resepinya...

Bahan Doh

-200gm tepung roti
-1 sudu makan susu tepung
-10gm gula
-6gm yis basah + lebih kurang 20gm air suam
-50-60gm air sejuk
-1/2 sudu makan mentega
-2 sudu makan water roux [ resepi water roux kat sini ]



Bahan Inti

-3 batang sosej ayam
-8 ekor udang sederhana besar
-4 ekor sotong
-bebola ikan
-bebola ketam
-jejari ketam



Bahan sos

-2 sudu besar minyak masak
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-sayur campur
-lada benggala merah dan kuning
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh mix herbs
-parutan keju cheddar keju parmesan




Cara-Cara
  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam, bebola ketam, ikan dan jejari ketam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula, water roux dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Selepas direhatkan, tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada dua bahagian sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan " [ aku guna tudung periuk je ]  dan ikut bentuk acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala dan cendawan butang. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti mix herbs dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.



nampak ada dua kale...?
yang merah ada cili untuk orang dewasa...
yang plain tu untuk kanak-kanak...

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...