Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Thursday, 26 February 2026

Puding Kek ABC


   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni bertemu kita dengan tema puding dan kek pulak. Ni aku buat sempena kek birthday aku hari ni. Tahun ni jatuh bulan puasa. So, kek pun kena tema sesuai dengan bulan puasa laaa... Kalau nak buat kek berkrim macam kureng sesuai sikit. Kalau yang ada puding ni sejuk ja lalu tekak kann... Sebelum ni aku pernah buat dah.. Buleh tengok kat sini. Ni versi upgrade. Aku letak kacang merah. Nama pun aku tukar la jadi Puding Kek ABC. Maka bertambah lagi la umur aku. Dah nak masuk siri 40 dah aku ni... Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 


Puding Kek ABC
C&P : Kak Ita ( Puding KeK Cendol Dan Cincau )


Lapisan A( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan 8 inci

Lapisan B( lapisan Coklat)
250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur
 secubit garam


Cara-Cara
  1.  Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
  2. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
  3. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api Kemudian di tapis.
  4. Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.







Lapisan C

600 ml santan cair ( 300 ml santan KARA + 300 ml air )
7.5 gm agar-agar serbuk
120 gm gula halus
1 1/2 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
80 gm kacang merah dalam tin
sedikit pewarna hijau, kuning & pink



 Cara-Cara
  1. Satukan bahan C kecuali cendol, cincau, kacang merah pewarna kuning, hijau, pink dan masak hingga agar-agar dan gula melarut 
  2. Bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian yang sama banyak 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol 
  3. Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi. * jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning. Biarkan ia sejuk dan mengeras
  4. Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu.
  5. Akhir sekali letak pewarna pink dalam adunan puding dan kacang merah. Kemudian tuang atas lapisan hijau.
  6. Simpan di dalam peti ais hingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.




Saturday, 2 August 2025

Banana Pudding

Banana Pudding

 
       Assalamualaikum & selamat pagi semua... Pagi ni aku nak share resepi banana pudding. Asyik dok lalu kat fyp tiktok aku ja. Buat je laa.. Hahaaa... Untuk banana pudding ni testur dia lembik. Bukan macam pudding biasa tu. Kalau nak keras aku rasa lepas ni tambah adunan gelatin kalau nak bagi pejal sikit. Resepi ni aku amek kat tiktok Mr.Ali. Ni resepi tahun 2023 kalau tak silap. Untuk resepi yang terbaru dia ada letak mascarpone cheese. Aku tak buat yang tu sebab makan modai... 😂😂😂😂😂 Kita buat yang biasa la dulu. Biskut pun tak guna biskut telur tu. Guna biskut tiger susu. Kalau ikut resepi mat saleh dia guna biskut nila ka apa tah. Sapa yang nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee... 
 
 
Banana Pudding

 
Banana Pudding
C&P : TikTok Mr.Ali
 
Bahan-bahan
 
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan air
3 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan setengah cawan air
3 biji telur kuning gred B
1/2 cawan gula
Sedikit garam & esen vanilla
350gm dairy whipping cream
1 sudu makan susu pekat
7-8 biji pisang
Biskut secukupnya ( guna biskut tiger susu ) 
 
Cara-cara
  1. Masukkan susu segar, gula & air dalam kuali. Sebatikan baru hidupkan api perlahan.
  2. Sebatikan kastard yang sudah dibancuh bersama-sama telur kuning & masukkan perlahan lahan di dalam kuali.
  3. Kacau sebati. Jangan berhenti kacau sampai adunan mendidih. Anggaran kacau selama 15-20 minit pada api perlahan.
  4. Matikan api & pindahkan kedalam bowl. Bagi suam dulu & sejukkan kastard ni selama 3 jam.
  5. Pukul dairy whipping cream & susu pekat hingga kental. Sebatikan kedalam kastard yang kita dah sejukkan tadi.
  6. Boleh mula susun pudding. Mula-mula letak kastard - biskut yang dihancurkan - pisang - kastard. Ulang 2 - 3 kali mengikut citarasa masing-masing.
  7. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan. 
 
 
Banana Pudding

 
 
Banana Pudding

Saturday, 8 March 2025

Puding Kastard Berkuah Koktail

 
Puding Kastard Berkuah Koktail

 
 
     Assalamualaikum... Selamat berpuasa... Hangpa masak apa untuk berbuka satgi...? Aku buat puding kastard berkuah koktail... Belah-belah utara ni cuaca panas yang amat. Kami panggil hangat lit-lit.. Memang panas sangat. Bila panas-panas ni mulut nak benda yang sejuk-sejuk laa... Gagah la buat puding ni... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Pastu aku letak dalam acuan kecik-kecik. Nampak comel la sikit. Cumanya kena rajinkan diri nak basuh acuan tu... Hahaaaa... Sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat berbuka puasa... Byeee....
 
 
 
Puding Kastard Berkuah Koktail

 
 
Puding Kastard Berkuah Koktail
C&P : Rasa / Mastura Razali
 
Bahan A ( Kastard )
1 cawan tepung Kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu sejat 
1/2 cawan gula
 
 
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api.
  2. Masak guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
  3. Masak sampai kastard agak pekat kemudian tutup api.
  4. Kemudian masukkan adunan kastard ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
  5. Bila kastard telah mengeras, potong menjadi ketulan kecil.

 

 

Puding Kastard Berkuah Koktail

 

Bahan B ( kuah )
1 tin susu sejat
4 tin air
1 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan tepung kastard
Buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco
 
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan ( kecuali buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco ) dan masak sehingga mendidih.
  2. Tutup api dan biarkan kuah menjadi sejuk.
  3. Untuk menikmatinya ,masukkan kastard yang dipotong tadi ke dalam mangkuk.
  4. Tuang kuah secukupnya dan tambah  buah-buahan koktail, sumi dan nata de coco.
  5. Boleh sediakan awal kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
 

 
Puding Kastard Berkuah Koktail

 
 

Sunday, 2 March 2025

Puding Jagung

Puding Jagung

 
     Assalamualaikum semua.... Selamat menyambut bulan ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia ni.... Macam mana puasa pertama hangpa hari ni...? Kami kat Perlis ni terasa bahang panas dah... Start pukul 10 pagi tadi dah rasa hangat... Biasa la dugaan bulan puasa... Bila panas ni dia dok terasa dahaga ja dari lapaq... Hangpa masak apa untuk menu berbuka satgi....? Aku buat menu ringkas jaa... Buat puding jagung. Ni pun buat masa lepas sahoq tadi. Ingat macam malas nak buat. Tiba-tiba terajin la pulak. Rasa tak tau lagumana.. Manis kat tak. Tunggu waktu berbuka satni la nooo... Kalau sapa nak cuba buleh la tengok resepi kat bawah tuu... Selamat berbuka semuaaa....
 
 
 
Puding Jagung

 
Puding Jagung 
C&P : FB Mr. Ali

2 cawan air (500ml)
1 tin susu cair ( 370 ml)
1/2 cawan gula ( 100g)
1 tin jagung creamy
1 paket serbuk agar2 (10g)
1 biji telur gred A
1 kotak santan pekat (200g)
3 sudu makan tepung castard + larut dengan sedikit air sejuk
sedikit garam & sedikit essen vanila

Cara - Cara
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, bancuhan kastard, essen vanila & garam
  2. Sebatikan dulu baru hidup kan api. - - api guna perlahan shj
  3. Bila dah  start panas atau naik wap baru masukkan santan dan kastard
  4. Kacau hingga mendidih dan matikan api
  5. Terus masukkan sedikit essen vanila dan garam. Sebatikan
  6. Tuang kedalam loyang 8 inci
  7. Sejukkan 5 jam
Dah siap dan boleh makan. Ketahanan puding 4-5 hari di dalam chiller.
SELAMAT MENCUBA!



Puding Jagung

Monday, 11 March 2024

Puding Biskut Tembikai

Puding Biskut Tembikai


    Assalamualaikum semua.... Selamat menyambut bulan ramadhan bagi seluruh umat islam di dunia ni. Macam  mana hari pertama puasa hari ni...? Aku agak mencabar jugak la sebab kat belah utara ni cuaca agak terik dan panas... Dia jadi dahaga ja... Tak nampak benda lain dah... Nampak air jaa... Hihihiii.... Sabar, tinggal berapa jam lagi kita nak berbuka. Sebelum sampai masa berbuka tu kita tengok resepi puding tembikai ni... Menggoda tak....? Hahahaa.... Puding tembikai aku ni warna dia tak berapa merah sangat. Macam tembikai kurang masak pun ada.. Kalau nak bagi nampak lagi menggoda, warna merah tu bagi lagi terang... Kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tu.... Byeee...

Puding Biskut Tembikai


 
Puding Biskut Tembikai
C&P : Nor Al Fatihah ( cookpad )

10gm serbuk agar-agar
4 cawan air ( 1 liter )
1 tin susu cair (aku ganti 1 cawan susu segar )
1 cawan susu pekat
7-8 keping biskut coklat Cream-O
1/2 sudu teh perisa strawberi (aku ganti perisa tembikai )
pewarna merah dan hijau


Cara-cara
  1. Buang inti biskut dan patah-patahkan kecil.
  2. Masak agar-agar dan air hingga larut dan mendidih.
  3. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau hingga mendidih.
  4. Bahagi 3 bahagian. Satu bahagian paling banyak dicampur perisa strawberi dan pewarna merah. Satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi di biarkan putih.
  5. Tuang separuh adunan hijau ke dalam loyang atau acuan saiz 9 inci. Sejukkan di dalam peti ais 15 minit hingga separuh keras. Kemudian, cucuk-cucuk lapisan hijau dengan garfu.
  6. Tuang separuh adunan putih dan sejukkan di dalam peti ais 5-10 minit hingga separuh keras. Cucuk-cucuk lapisan putih dan tabur biskut.
  7. Tuang adunan merah. Sejukkan sekejap hingga separuh keras. Cucuk-cucuk dan tuang semua adunan merah. Sejukkan di dalam peti ais 15 minit hingga separuh keras.
  8. Cucuk-cucuk lapisan merah dan tuang semua adunan putih. Sejukkan di dalam peti ais 5-10 minit hingga separuh keras.
  9. Cucuk-cucuk lapisan putih dan tuang semua adunan hijau. Sejukkan di dalam peti ais 2-3 jam hingga keras.
  10. Cucuk pencungkil gigi di tepi puding supaya mudah keluar dari loyang atau acuan. Telengkupkan ke atas pinggan.
  11. Potong dan sedia di makan sejuk-sejuk dari peti ais.


Puding Biskut Tembikai

 

Friday, 20 October 2023

Puding Buah Kuah Kastard

Puding Buah Kuah Kastard



            Assalamualaikum dan selamat malam.... Hari ni aku nak share resepi dessert yang agak popular kat tiktok. Tengok banyak orang dok buat jual. Aku pun terasa la jugak nak makan. Nak tau rasa macam mana dessert ni... Kalau nak beli rasanya mahal jugak sebab harga buah pun mahal. Bila dah siap, memang sangat la sedap. Nak-nak makan time sejuk-sejuk.... Nyaman ja tekak ni. Untuk buah boleh pilih buah kegemaran masing-masing. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Dapat la 3 bekas. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....
 
 

Puding Buah Kuah Kastard



Puding Buah Kuah Kastard
C&P : Mr. Ali
 
Bahan - bahan :
 
Bahagian Puding
5g serbuk agar agar
4 cawan air (1 liter air)
1/2 cawan gula (100g)
Bancuh 3 sudu makan tepung kastard ( tak perlu membukit) + sedikit air sejuk
1 tin susu cair
sedikit garam
sedikit essen vanila
1 biji telur yg dah disebatikan
 
 
Cara - Cara
  1. masukan semua bahan dan kacau hingga mendidih dan matikan api
  2. tunggu adunan sejuk dulu baru masuk dalam bekas.
  3. sejukkan selama 1 jam di dalam peti

Puding Buah Kuah Kastard



Bahagian Kuah Kastard
 
2 cawan air (500ml)
5 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastard bancuh dengan sedikit air sejuk
sedikit garam
1 cawan susu cair (250 ml)
1 cawan dairy whipping cream (200ml) ( kalau takde pakai susu full cream. sukatan sama )



Cara - Cara
  1.  masukan semua bahan
  2.  kacau hingga mendidih dan matikan api
  3.  tunggu kuah sejuk dulu baru pindah dalam bekas lain dan sejukkan dalam peti
  4. Hias puding dengan buah buahan yg anda suka dan masukkan kuah kastard bila nak makan sahaja. Jangan tuang semua siap2 . Nak makan baru tuang.
  5. Ketahanan : 2 -3 hari di dalam chiller / peti

Puding Buah Kuah KastardPuding Buah Kuah Kastard

Thursday, 6 April 2023

Puding ABC

Puding ABC


     Assalamualaikum dan selamat petang semua....Hari ni dah masuk hari ke 15 kita puasa. Cepat betul masa berlalu. Ni mungkin menu berbuka terakhir aku kot. Lepas ni aku akan share resepi kek lapis & biskut pulak laa... Dah dekat nak raya ni kena share resepi berkaitan raya la pulak... Apa-apa pun meh tengok resepi puding ABC kat bawah tu... Byee...

Puding ABC


Puding ABC


10gm serbuk agar-agar
1 liter air
300gm gula
400ml susu cair
1/4 cawan tepung kastard
2 sudu teh esen vanila
secubit garam
kacang merah dalam tin
jagung manis
cendol secukupnya
coklat emulco
pewarna merah jambu
pewarna hijau


Cara-cara
  1. Didihkan agar-agar bersama gula dan air hingga agar-agar larut.
  2. Satukan susu cair bersama tepung kastard dan gaul rata.
  3. Tuang dalam agar-agar. Tambahkan esen vanila dan secubit garam. Masak sehingga pekat.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian diletakkan jagung manis. Satu bahagian diletakkan coklat emulco dan gaul rata. Satu bahagian letakkan pewarna hijau dan cendol. Satu bahagian letakkan pewarna merah jambu dan kacang merah.
  5. Tuang satu adunan ke dalam acuan dan biarkan mengeras.
  6. Tuang lapisan kedua dan ulang proses yang sama hingga habis. Sejukkan.


Puding ABC

Puding ABCPuding ABC

Sunday, 2 April 2023

Dadih Jagung

Dadih Jagung



      Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Hari ni hari ke 11 kita puasa.... So, aku nak share resepi dadih jagung... Boleh la buat menu berbuka nanti. Untuk resepi ni aku tak guna santan, aku tukar guna susu full cream sebab stok santan kotak dah habis. Kita guna apa yang ada je laaa... Pastu aku tambah kordial  jagung sebab nak bagi bangkitkan lagi bau jagung tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 

Dadih Jagung

 
Dadih Jagung
C&P : Noor Ashikin Saerah ( cookpad )
 
 20+ bekas kecil
 
10gm agar-agar tali ( aku guna 10gm serbuk agar-agar )
1 tin ( 425gm ) isi jagung ( aku guna jagung manis ala krim )
1 cawan gula pasir ( aku guna 2/3 cawan gula )
6 cawan ( 1500ml ) air
1/2 tin ( 1 cawan ) susu sejat ( aku guna susu full cream )
1 kotak kecil ( 1 cawan ) santan pekat ( aku guna susu full cream )
1/2 tin ( 250gm / 1 cawan ) susu pekat manis
setitis pewarna kuning
1 sudu besar kordial jagung ( aku tambah )


Cara-cara
  1. Rendam agar-agar seketika di dalam air ( aku skip sebab guna serbuk agar-agar ).
  2. Ambil isi jagung dalam tin. Kisar bersama dengan 1 cawan air. Tapiskan.
  3. Ambil agar-agar yang telah direndam. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan gula pasir dan lebihan air. Masak sehingga mendidih serta agar-agar dan gula larut.
  4. Masukkan air kisaran jagung.
  5. Masukkan pula susu sejat, santan, susu pekat manis, kordial jagung dan sedikit pewarna kuning ( jika perlu )
  6. Renehkan seketika ( tidak perlu sehingga mendidih yang kuat )
  7. Biarkan dadih sedikit suam.
  8. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan dadih set 2-3 jam sebelum dihidangkan.
 
 
 

Dadih Jagung

Saturday, 25 March 2023

Puding Sedut

Puding Sedut


    Assalamualaaikum dan selamat petang.... Masak apa untuk berbuka nanti.... Hari ke 3 berpuasa ni aku nak share resepi puding sedut pulak.... Sangat sedap hirup puding sedut ni di kala panas-panas ni.... Sabar-sabar.... Kejap ja lagi nak berbuka.... Puding ni aku pernah buat dah dulu tapi aku tak post kat blog. Aku cuma buat satu warna ja... Saja nak test... Sangat sedap. Rasa dia macam dadih lembut yang lalu kat tekak tu.... Kalau nak buat versi berlapis kena ada kesabaran sikit. Ni aku buat kurang kesabaran. Sebab tu ada nampak warna dia bercampur. Boleh la kalau tengok hasil kejadian dia... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee... Selamat berbuka puasa semua.....

Puding Sedut


Puding Sedut
 
 1 sudu kecil serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan
1 cawan susu cair
1 cawan creamer / coffeemate / susu tepung
pewarna dan perisa yan di sukai


Cara-cara
  1. Satukan serbuk agar-agar, air, gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
  2. Masukkan susu cair dan creamer, kacau sehingga mendidih.
  3. Tambahkan pewarna dan perisa yang di sukai.
  4. Untuk membuat puding berlapis, asingkan kepada 2-3 mangkuk dan masukkan pewarna dan perisa yang di sukai. Biarkan agar-agar suam terlebih dahulu sebelum dilapis. Jika beku, panaskan semula di dalam microwave atau panaskan di atas dapur.
  5. Untuk menikmatinya, kocok puding dan sedut dengan straw.

Puding Sedut

Friday, 15 April 2022

Puding Jagung

Puding Jagung



        Assalamualaikum.... Hari ni masih lagi resepi puding untuk menu berbuka... Untuk hari ni aku nak share resepi puding jagung pulak... Puding jagung ni sangat-sangat la mudah... Rasa pun sedap... Dalam resepi puding jagung ni ada letak santan... Lagi la bertambah sedap rasa puding ni... Memang lemak berkrim lahhh... Kalau tak suka rasa santan tu boleh ja ganti dengan susu cair atau fresh milk... Ikut suka mulut masing-masing la kannn... Untuk jagung dalam tin tu aku blender sekejap sebab nanti bila puding dah siap masa potong tu nampak la kemas sikit. Kalau tak blender jagung tu, nanti bila potong & terkena kat biji jagung tu memang nampak comot sikit puding tu... Tapi kalau dah blender jagung pulak tak leh la nak rasa krup krap gigit jagung tu. So, kalau rasa nak blender, blender la. Ikut cita rasa masing-masing. Kot ada yang rajin nak buat boleh tengok resepi kat bawah nii...


Puding Jagung

 
Puding Jagung

Bahan-Bahan
1 tin jagung manis ( aku blender sekejap supaya mudah potong puding )
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
secubit garam
4 cawan santan ( 2 santan kotak 200ml + air )


Cara-cara
  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau dengan whisk sehingga bergaul rata.
  2. Tuang ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga ianya pekat, berkilat dan hasilkan gelembung udara.
  3. Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Biarkan seketika.
  4. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalampeti ais. Sedap dimakan sejuk-sejuk.



Puding Jagung

Wednesday, 13 April 2022

Puding Mozek

Puding Mozek


      Assalamualaikum semua... Hari ni awal sikit aku update resepi untuk berbuka.... Orang kata kalau awal tak kalut.... Hihihiii.... Untuk menu berbuka hari ni nampak menarik resepi puding ni. Bila kita potong boleh nampak macam kepingan mozek... Cantikannn... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...


Puding Mozek


Puding Mozek


Bahan A  ( bahagian bewarna )
 
700 ml air
1/2 cawan gula
10 gm serbuk agar-agar
pewarna kesukaan

Cara-cara
  1. Mula-mula, masak air sehingga suam.
  2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga larut dan mendidih.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk beku.

 


Puding Mozek



Bahagian B ( bahagin putih )

1 liter susu full cream
10 gm serbuk agar-agar
suku cawan gula
4-5 sudu besar susu pekat
secubit garam


Cara-cara
  1. Masak kesemua bahan di dalam periuk sehingga larut dan mendidih.
  2. Sekiranya nak extra manis, boleh tambah gula atau susu pekat.

 

TeknikMelapis

  1. Keluarkan agar-agar bahagian berwarna tadi dan potong dadu kecil-kecil.
  2. Masukkan agar-agar bahagian putih kedalam acuan pilihan anda.
  3. Kemudian tabur potongan dadu agar-agar bewarna tadi.
  4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 hingga habis.
  5. Sejukkan di dalam peti ais sehingga betul-betul beku.

 

Puding Mozek

Sunday, 10 April 2022

Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel Tanpa Telur


        Asssalamualaikum.... Masak apa hari ni untuk berbuka nanti... Kalau tak ada idea boleh cuba buat resepi puding karamel tanpa telur ni... Nak buat bukan payah mana pun.... Cuma rajin dengan tak rajin ja... Boleh bayangkan tak bila puding ni lalu kat tekak hangpa... Slruppp.... Sedapnya.... Ni la dugaan bulan puasa.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...


Puding Karamel Tanpa Telur



PUDING KARAMEL TANPA TELUR
sumber : FB@Mariana Zainal

Bahan Air Gula Hangus :
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas

Bahan Puding :
1 paket serbuk agar-agar plain (10 gm)
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)
 
 
Cara-Cara :
  1. Masukkan gula pasir dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau ya). Bila dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  2. Buka api dan masak sehingga gula larut. Tutup api. Biarkan seketika.
  3. Jika dalam bekas dadih kecil-kecil, sukatan gula pasir dan air berbeza iaitu 3/4 cawan gula pasir (hampir penuh cawan) dan 1 cawan air panas. Cara membuat sama, dah siap gula hangus, masukkan 1 sudu besar air gula hangus ke dalam bekas dadih tadi. Ketepikan seketika sementara kita sediakan bahan puding pula.
  4. Jika menggunakan loyang (saiz 7 inci bulat), taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak sehingga keperangan. Kemudian goyangkan/lenggangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata disekeliling loyang. Ketepikan. (Tak perlu masukkan air).
  5. Untuk bahan puding : Dalam bekas/periuk, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla. Kacau sehingga tidak berketul.
  6. Masukkan pula serbuk agar-agar, air dan susu pekat manis, kacau sebati. Masakkan di atas api sederhana. Kacau sehingga larut.
  7. Apabila dah mendidih, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus atau bekas dadih berisi gula hangus tadi. Biarkan sedikit suam. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2-3 jam. Bila dah sejuk, letak dalam bekas/piring secara terbalik ... SIAP!


Puding Karamel Tanpa Telur

Wednesday, 6 April 2022

Puding Sumi

Puding Sumi 

 
      Assalamualaiku semua.... Apa macam hari ni...? Ok ke puasa hari ke-4 hari ni... Harap-harap ok la kan... Hari ni aku post resepi awal sikit.... Saja nak bagi hangpa tergugat iman sikit.... Hahahaa... Lawak jaa.... Hari ni aku nak share resepi puding sumi pulak... Memang sesuai kalau buat menu untuk berbuka nanti... Boleh bayangkan tak puding sumi tu lalu kat kerongkong.... Perhhh dapnya... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni...
 
 

Puding Sumi


Puding Sumi
C&P : Kak Yatie

Bahan-Bahan:-
10 gm serbuk agar-agar (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya
sedikit esen vanila
pewarna jika suka
 
 
Cara- Caranya
  1. Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.
  2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
  3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.
  5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.
  6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.
 
**Bila nak lapis adunan puding, biarkan beku sedikit, kelar2kan sikit permukaan barulah
tuangkan adunan yg seterusnya supaya puding melekat cantik.


Puding Sumi


Puding SumiPuding Sumi