Friday 22 May 2020

Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese



        Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Seperti yang dijanjikan, petang ni aku nak share satu lagi resepi kek lapis yang aku buat untuk raya ni... Ni kek lapis yang last. Tahun ni aku buat sebiji kek kukus dan dua biji kek lapis. Lepas ni aku nak buat kek yang mudah ja macam kek marble atau kek batk jerr.... Kek lapis ni yang specialnya sebab guna oreo red velvet... Kat tempat aku ni dah cari merata tempat, tapi tak jumpa... Aku soh la kak aku belikan masa hujung tahun lepas... Sebab tarikh luput dia lambat lagi tu yang sempat jugak aku buat kek lapis ni... Kalau tak ada oreo red velvet ni guna la oreo apa yang ada... Tapi rasa tak akan sama laaa.... Bagi yang nak mencuba resepi ni boleh tengok cara-cara nak buat dia kat bawah tu... Ok la, sampai takat ni dulu yer. Aku nak pi tolong mak aku panggan dagin pulak untuk menu berbuka kejap nanti... Byeee...







Kek Lapis Red Velvet Oreo Cheese
C&P : Snowhite Snow ( fb Resepi Mama Kent )

Bahan A:
12 biji kuning telur B
6 biji putih telur
250gm gula kaster
270gm tepung hong kong
30gm serbuk horlicks
2 sudu teh ovalete
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B -  Adunan keju
250gm krim keju
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh lemon paste

Bahan C -  Adunan merah
250gm mentega
3 sudu besar susu pekat manis
pewarna merah

Bahan D
1 bungkus biskut red velvet oreo dengan krim ( hancurkan kasar-kasar )
Loyang 8.5x8.5 inci di alas dasar dan gris


Cara-Cara
Bahan A
  1. Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  2. Perlahankan mixer masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di adun bersama bahan B ( adunan keju ) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C ( adunan merah ).
  4. Bahagikan adunan merah kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
  5. Ambil 6 sudu besar adunan merah, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 150C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
  6. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek.
  7. Ulang lapisan merah yang kedua dan bakar dengan api atas sahaja selama 8 minit. Ulang sehingga 3 lapisan merah.
  8. Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo di atasnya. Bakar sehingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapis. Ulang sehingga adunan keju dan oreo habis.
  9. Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan merah, ulangi melapis dan membakar sehingga tiga lapisan. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit hingga masak sekata.
Bahan B
  1. Pukul krim keju,lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.
Bahan C
  1. Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim.
  2. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna merah, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.






Kek Lapis Keju Coklat Cadbury




      Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Tengah buat apa tu....? Dok buat biskut raya kaa...? Heheheee... Hari ni aku nak share resepi kek lapis pulak. Semalam kek kukus. Kek lapis ni sebenarya kek lapis cheese biasa ja... Tak lekat coklat cadbury pun. Dia plain macam tu jaa...  Tapi, bila dah tambah dengan coklat cadbury lagi la mantopp... Tahun lepas aku dah buat sekali. Tapi aku tak post pun kat bog aku ni... Tak berapa rajin katakan... Padahal dah siap amek gambar dah. Cuma nak taip resepi jaa... Masa tu aku buat plain, tak letak pewarna apa-apa pun... Kali ni aku letak sikit pewarna pink... Kalau tak letak sebarang pewarna pun dah ok... Jimat sikit masa... Hihihii... Ok la, takat sini dulu lah yer, petang-petang sikit aku share resepi kek lapis yang kedua pulak... Kalau ada yang nak mencuba, boleh tengok resepi kat bawah tuuu....





KEK LAPIS KEJU COKLAT CADBURY
Sumber:Ros
C&P :Rahel

Bahan-bahan:(saiz Loyang 7'' atau 6")
200g butter
125g cream cheese
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140g gula kastor
1 sdb ovalet
125g tepung gandum}
1 sdt baking powder }-diayak
50g air ais
Coklat Cadbury secukupnya


Cara-cara:
  1. Pukul butter sehingga kembang.Masukkan cream cheese dan pukul sehingga sebati.
  2. Dalam mangkuk berasingan,pukul telur,gula & ovalet sehingga kembang. Masukkan tepung,air ais secara berselang-seli sehingga sebati. Masukkan adunan butter & cheese sehingga sebati.
  3. Ratakan 4 sudu makan ke dalam tin yang dilapik kertas dan digris.
  4. Bakar dengan api gril sehingga permukaannya perang.Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterusnya. Bakar selapis-selapis hingga habis.




Nota:
*Untuk adunan pertama kena bakar guna api atas dan bawah selama 8-10 minit.Tekan bagi
rata.Kemudian tuang lagi adunan seterusnya.Bakar guna api atas pada suhu 170'C
selama 8-10 minit.
*Buat 2 atau 3 lapis kemudian,tuang lagi adunan seterusnya,susun
kepingan coklat Cadbury.Kemudian bakar lagi selama 8-10 minit guna api atas.
*Untuk yang terakhir sekali,tutup tin dengan aluminium foil,kemudian bakar lagi guna api
atas dan bawah selama lebih kurang 10 minit.
*Setelah masak,biarkan sejuk.Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.



Thursday 21 May 2020

Kek Telur Semut




      Assalamualaikum semua... Lamanya tak update kat sini. Semenjak musim PKP ni patutnya aku rajin update blog, ni malas memanjang... Tengok-tengok muncul masa bulan ramadhan ni...Tu pun hujung-hujung dah. Masa awal-awal tu ada la rancangan nak masak tu la, nak buat puding la, agar-agar laa.... Tengok-tengok, habuk pun tak ada... Hahahaa.... Tahun ni raya kat rumah aku ni sunyi la sebab tak da sapa yang balik... Kerajaan kan tak bagi balik. Sekarang kan musim COVID-19. Takut la jugak kot-kot yang balik kampung tu bawak balik sama penyakit. Tak pasai-pasai satu kampung pulak yang kena... Walaupun depa tak balik kampung, kek & biskut raya tetap aku buat. Tapi buat sikit je laa... Kalau banyak nanti membazir... Haaa, hari ni aku nak share resepi yang unik namanya... Kek telur semut. Selalu kita dengar kek sarang semut, tapi kali ni kek telur semut pulak... Untuk bahan kekacang dalam kek ni aku ganti almond nibs... Nak jimat bahan, aku guna apa yang ada dalam peti ais tu laa... Untuk kek ni aku kukus selama 2 jam... Sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....






KEK TELUR SEMUT

Bahan-bahanya:

A
75g bijan, boleh tambah jika suka
150g Gajus/kacang tanah ( aku ganti almond nibs)

B
200g mentega
200g gula kastor

C
Telur 10 biji
230g susu pekat
200g horlicks
1 sk esen vanila

D
200g tepung gandum
1 sk baking powder

E
2 sb browning Sugar

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan/oven. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Panggang bahan A hingga kekuningan. Tumbuk/kisar gajus@kacang tanah hingga halus. Ketepikan.
  3. Pukul bahan B hingga lembut berkrim.
  4. Dalam bekas lain, satukan bahan2 C hingga sebati. Tuang dalam adunan B tadi. Pukul rata.
  5. Kemudian, masukkan bahan D. Pukul rata lagi. Masukkanpula bahan E.
  6. Akhir sekali, masukkan bijan & gajus@kacang tanah yang ditumbuk. Gaul rata.
  7. Tuang dalam loyang yang disediakan. Kukus/bakar guna kaedah water-bath selama 2 jam.



Add caption