Sunday, 19 May 2013

Kek Coklat Puding Karamel



   Salam.... Masak apa hari ni...? Aku kali ni buat kek coklat puding karamel... Gabungan antara puding karamel dan kek coklat. Dua minggu lepas pun dah buat kek puding karamel, ni kembali pulak dengan kek coklat puding karamel.... Sebelum ni ada buat kek karamel, tapi adunan kek biasa. Untuk kek coklat tu aku guna resepi kek coklat munirah. Ramai jugak la orang yang dah try buat resepi ni. Aku baru ni berkesempatan nak cuba. Memang sedap gandingan puding karamel dengan kek coklat. Mantap... Huhuhuhuuu... Untuk resepi ni, cara masak dia tak sama macam kek puding karamel yang lain. Kalau kek puding karamel yang biasa buat tu boleh masak sekali adunan kek dan puding. Sebabnya adunan kek tak akan tenggelam bawah puding tu. Yang ni kena masak puding tu bagi beku dulu baru tuang adunan kek atas puding. Kalau masak sekali kompen jadi kek coklat puding karamel marble sebab adunan puding dan kek bercampur... Huhuhuuu.... Jom tengok resepi kat bawah ni...




Bahan-Bahan [ loyang 8x8]

Bahan karamel
-4 sudu makan gula

Bahan puding
-4 biji telur
-1 tin susu cair
-2 sudu makn gula kastor
-2 sudu makan susu pekat manis
-1 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan  kek coklat moist munirah baharum

Bahan A
-1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan susu cair
-1 cawan susu pekat
-1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola [ aku letak minyak jagung jugak ]
-1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah [ aku tak letak ]

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B
-3/4 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
-1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C
4 biji telur - diblender

Cara-Cara
  1. Buat karamel dalam loyang 8x8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Untuk puding, campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi. Bakar secara '' water bath '' selama 20-25 minit atau sehingga puding beku pada suhu 150c.
  3. Sementara puding masak, buat adunan kek.
  4. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  5. Bila dah sebati, tapis adunan kek atas adunan puding yang dah beku tadi. Sambumg masak selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak pada suhu 150c. Guna cara ''water bath'' juga untuk masak kek coklat tu.



Puding tu ada lubang sarang semut...
Huhuhuuuu....

12 comments:

  1. teringin jugak nak wat tp xde masa lagi resepi dh lama ambik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun berperam berapa lama dh
      baru nk buat....

      : )

      Delete
  2. Replies
    1. kalau dkat boleh la bagi...
      huhuhuuu....

      Delete
  3. dah lama nk buat tapi takut x jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lama2 x buat, tkut jgk x jd...
      selalunya kat puding tu la yang mendebarkan bila kek dah masak...

      Delete
  4. Dah try.nak tanya kenapa kek coklat saya kurang naik mcm resepi diatas

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya kek klau kurg naik mgk masalah kat serbuk penaik tu...
      mugkn dah rosak..
      klau sbb lain x pasti...

      Delete
  5. kalo kukus gune resepi ni bole tak rase2nye...?hehe..kurang pandai nk buat teknik water bath ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh...
      kukus bhgn pudig bagi beku dl, pastu baru tuang adunan kek ats puding tu..
      smbung kukus hingga msak..

      Delete
  6. Tengok je dah sedap.. kene cuba ni..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...