Wednesday, 22 May 2019

Puding Sagu Gula Melaka




      Assalamualaikum semua.... Hari ni bersiaran bersama puding sagu gula melaka...Boleh bayangkan tak puding ni lalu kat tekak... Dapnya.. Nak-nak tengah musim panas ni... Dugaan betol laa... Rasanya ni menu berbuka last sekali kot bulan ni...Nak tumpu kat biskut dan kek raya la pulak.... Ye la, semangat raya dah nak dekat... Kalau nak cuba, boleh la tengok resepi kat bawah tu...




RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA
By : LiNa Pg


Bahan (Puding Sagu)
1 cawan sagu kecil
3 cawan air
3 sb gula
2 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah 1. jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.Jika air hampir kering tp sagumasih belum jernih, boleh ditambah sedikit air (sket jer taw..kang byk sangat jadi lembik lak)
  4. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
  5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kaler peberet masing2.Kacau menggunakan garfu.Masukkan ke dalam acuan/loyang.Sejukkan

Untuk Manisan (Gula Melaka)
1 ketul gula nipah
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
  1. Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan agak pekat.Tutup api, tapis dan sejukkan.

Bahan Untuk Santan :
200ml santan kotak
200ml air
1/4 sudu teh garam

 Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan lepas tu bila dah mula mendidih, tutup api

Cara Menghidang
  1. Keluarkan puding sagu dari acuan.Kalau menggunakan loyang potong kecil2 supaya senang nk makan.Curahkan santan dan sirap gula melaka.
  2. Boleh ganti susu cair sebagai bahan pelemak dalam puding ini.


Monday, 20 May 2019

Bingka Cheese Sarawak




     Assalamualaikum semua.... Banyak hari aku tak update blog ni... Kalau nak ikutkan, aku nak update resepi tiap-tiap hari masa bulan ramadhan ni... Tapi apakan daya,  mood tak berapa nak rajin... Disebabkan hari ni terlebih rajin, maka jadi la bingka cheese serawak ni... Dengar nama pun dah menarik kan... Ni belum cuba rasa la... Kompem tergoda punya.. Bingka cheese sarawak ni tak macam bingka yang biasa-biasa tu... Nak buat renyah sikit sebab nak kena masak agar-agar. Pastu nak campur dengan adunan tepung pulak... Tak macam bingka biasa tu. Paling mudah masuk semua bahan dalam blender, pastu blend sampai sebati, tuang dalam loyang & bakar... Bahan-bahan pun mahal sikit... Yela guna cheese... Mesti la mahal... Kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah... Oh ya, lupa nak bagi tau. Aku guna loyang 7x7 inci... Ok la bye...

 



Bingka Cheese Sarawak
C&P : hasue

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B
250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon


Cara2
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
  5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
  7. Selamat mencuba.. ^_^


Sunday, 12 May 2019

Kek Batik Biskut Marie



      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Macam mana puasa hari ni....? Mesti ok kan... Aku kat sini ok ja... Cuaca pun selalu mendung... So, puasa pun tak la berasa dahaga sangat... Cuma mata ni la yang cepat mengantuk... Ye la, dah cuaca mendung, mata pun jadi cepat ngantuk... Hahaa... Untuk resepi kali ni aku nak share resepi yang palimg mudah dan sangat sedap... Kalau buat kek batik ni mesti ramai yang suka... Yela, benda ada rasa bercoklan mesti sedap kan... Untuk kek batik ni aku guna biskut marie perisa coklat. Bila guna yang coklat ni, dia punya batik kurang timbul. Kalau guna perisa original baru nampak jelas batiknya... Kalau ada yang nak buat untuk menu berbuka nanti boleh la tengok resepi kat bawah tu...





Kek Batik Biskut Marie
C&P : CMG / DTS

BAHAN-BAHANNYA
250 gram biskut marie, dipatah 4 ( aku guna perisa coklat )
125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan MILO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air ( aku lebihkan air nak bagi moist )
3/4 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata2 sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan tadi padat2, bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.





Saturday, 11 May 2019

Puding Coklat Oreo



      Assalamualaikum semua.. Hari ni aku buat puding lagi... Jangan termuntah pulak bila asyik dok tengok resepi puding ja kan... Hahahaa... Tapi agak sedih sikit kejadian puding aku ni. Dia tak mau jadi macam yang sepatutnya... Kalau ikut resepi, serdak oreo tu patut turun kebawah... Tapi yang ni terawang-awang macam terawang-awang atas langit pulak... Sedih kot... Tapi sebab tengok rupa puding nanpak menyelerakan, aku tetep post jugak kat sini... Apa-apa pun lepas ni boleh cuba lagi.... Meh tengok resepi kat bawah tu...




Puding Coklat Oreo
C&P : Ros JintanManis
Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

Nota: Kalau takde acuan lompang atau pun acuan puding, nak letak dalam bekas petak
atau loyang bulat pun boleh : )







Friday, 10 May 2019

Jelly Milky Pudding

 

      Assalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa untuk berbuka petang ni...? Aku awal-awal bulan puasa ni rajin la buat puding atau agar-agar... Teringin jugak la nak buat kuih, tapi tak sampai seru lagi... Tunggu la lepas ni kot baru rajin nak buat... Berbalik pada menu aku pulak, nampak menggoda tak....? Sangat menggoda kan... Nak-nak bulan puasa nii... Dugaan sungguh tau... Mudah ja nak buat puding ni... Cuma kena buat adunan jelly tu la dulu... Dah siap potong kecik-kecik boh dalam loyang terus masak adunan susu dan tuang dalam  loyang... Mudah kan... Aku buat dalam loyang 8x8 inci & guna acuan kecik dalam 5 biji... Comel jugak kalau letak dalam acuan kecik ni... Tapi banyak kerja la sikit sebab nak tuang satu-satu... Kalau malas terus buat loyang besar... Habis cerita... Ok la, kot ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat baewah tu.... Selamat berbuka....







Jelly Milky Pudding
C&P : Che CT

Bahan Puding Susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
4 cawan susu cair
1/2 cawan air

Bahan Jelly:
1 bungkus jelly serbuk Konnyaku
200 gm gula pasir
1000 ml air
pewarna hijau, oren, ungu dan biru

Cara-cara :
  1. Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan sedikit dengan air dan ketepikan.
  2. Masak jelly serbuk seperti yang disaran dalam bungkusan dan kacau sehingga mendidih. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna yang digemari. Biarkan sejuk dan dipotong kiub, ketepikan.
  3. Masak pula puding susu dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Angkat.
  4. Letak sebahagian potongan jelly kiub didalam acuan, sendukkan perlahan-lahan adunan puding susu diatasnya, biarkan sekejap hingga permukaan puding susu berkulit sedikit.
  5. Letak lagi potongan jelly di atas puding susu dan tuangkan perlahan-lahan lagi puding susu dan ulang proses tersebut sehingga adunan puding susu yang terakhir menutupi keseluruhan jelly. Tunggu hingga pudding suam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika dingin.


Wednesday, 8 May 2019

Puding Jagung


       Assalamualaikum semua.... Macam mana puasa hari ni... Ok....? Saja la tanya... Hari ni aku nak share resepi puding jagung pulak... Sedap kot makan puding jagung time berbuka ooo... Puding jagung ni aku buat kemarin...Buat tu agak lewat, tu tak sempat nak update. Hari ni dah ada kelapangan aku pun update la... Satu ja aku nak pesan sikit, kalau buat puding jagung ni baik blender semua bahan bagi hanrur. Sebab apa masa nak potong nanti nampak la kemas... Aku buat 1/2 jagung tu blender & 1/2 lagi tak... Tu pun masa potong pun nampak comot... Tapi yang tak bestnya bila dah blender hancur tu tak dapat la nak rasa jagung bila kita gigit puding tu... Tapi terpulang la pada hangpa semua... Mana yang best buat la... Kalau ada yang nak mencuba sila tengok resepi kat bawah.... Selamat berbuka...





Puding Jagung
C&P : Che' Nom

Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis berkrim
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis)
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
3 cawan santan (ATAU 1 kotak santan 200ml bersama 2 cawan air)
1 1/2 sudu besar majerin

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan jagung, tepung kastard gula, susu cair, tepung jagung, garam dan santan di dalam blender dan kisar. Tujuannya supaya jagung dikisar halus dan diadun sebati dengan bahan-bahan lain .
  2. Masukkan adunan kisar di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan berkilat. 

 

Tips:

  • Jika anda tak suka jagung yang dikisar halus boleh adun bahan dalam periuk sahaja. Tak perlu di blender ( 1/2 adunan jagung aku kisar 1/2 lagi biar ) .





Monday, 6 May 2019

Agar-agar Batik Biskut Marie


        Assalamualaikum semua.... Lama juga aku tak jenguk kat sini ye... Last sekali masa bulan dua tu... Ni bulan Ramadan baru muncul balik....Macam mana hari first hangpa puasa ni.. Aku kat sini alhamdulillah, cuaca mendung... Pastu ada hujan sama... Kurang la panas sikit.... Aku ingat nak panas, tu yang aku buat agar-agar ni... Konon-konon nak sejuknak tekak la... Nampak macam best ja agar-agar ni... Tak sabar nak rasa waktu berbuka nanti.... Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak cuba boleh la tengok resepi kat bawah tu... Selamat berpuasa dan selaman berbuka semua.....




Agar-agar Batik Biskut Marie
C&P: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" persegi

BAHAN2:
1 bungkus / 13g Serbuk Agar-Agar
1100ml Air
220g Gula
1 tin / 400g Susu Ideal*
1 bj Telur saiz kecil* (* campur)
(Note: Kalau tak suka telur boleh skip tapi puding akan rasa kurang lemak)
1 cwn Serbuk Milo
1 sb Serbuk Koko
150g Salted Cheese Biscuits / Marie Biscuits (  aku guna biskut marie )


CARA2
  1. Larutkan serbuk agar kedlm air & masak sehingga mendidih.Masukka gula & kacau sehingga larut.  Masukkan campuran susu & telur & kacau sebati. Masukkan milo & serbuk koko & kacau sehingga larut.
  2. Susun satu lapisan biskut ke dalam bekas. Tuangkan satu lapisan agar2 cukup untuk meliputi biskut tersbut. Ulangi proses melapis biskut & agar2 sehingga habis. Lapisan biskut akan timbul ke permukaan bila selesai melapis.
  3. Sejukkan di suhu bilik sebelum di sejukkan dalam peti-sejuk.