Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Friday, 23 September 2022

Lotus Biscoff Brownies

Lotus Biscoff Brownies



        Assalamualaikum semua.... Buat apa petang-petang ni. Kalau tak buat  apa boleh la cuba buat biscoff brownies ni. Brownies ni aku buat dua minggu lepas. Kalau tanya ada lagi ka...? Memang dah lincin laa... Rasa brownis ni sedap jugak. Yang penting guna cip coklat semi sweet. Kalau tak nanti brownis ni rasa manis sangat... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.... 

Lotus Biscoff Brownies


Lotus Biscoff Brownies


200 gm dark chocolate
1/2  cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
3 biji telur
1/4 sudu teh garam ( xperlu kalau guna salted butter )
1 sudu teh vanila
1/2 cawan tepung naik sendiri ( diayak )
1/4 cawan serbuk koko ( diayak )
150gm cip coklat ( semi sweet untuk kurangkan manis )
100gm lotus biscoff
Biscoff spread secukupnya


Cara-Cara
  1. Double boil dark chocolate dengan butter. Sejukkan.
  2. Campur gula kastor, gula perang dan telur. Pukul hingga kembang menggunakan whisk ( tak perlu guna mixer )
  3. Bila campuran gula dan telur kembang, masukkan coklat cair tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko yang telah diayak. Kaup balik hingga sebati.
  5. Masukkan cip coklat dan biscoff. Gaul sebati ( sekejap sahaja ).
  6. Sediakan loyang saiz 8x8. Sapu loyang dengan butter. Alas dengan baking paper. Masukkan adunan brownies dan ratakan dengan cara menghentakkan loyang dua kali.
  7. Letakkan beberapa tompok sapuan biscoff dan lorek untuk mendapatkan corak.
  8. Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit atau sehingga masak. Tunggu brownies sejuk sebelum diterbalikkan dan sedia untuk dipotong dan dihidang.

Lotus Biscoff Brownies

Sunday, 29 December 2019

Red Velvet Oreo Cheese Brownies




     Assalamualaikum semua... Sihat ke... Saja la nak tanya khabar sebab aku ni jarang dah bersiaran kat sini...Cuma sekali sekala ja timbul... Ni alang-alang aku dah timbul ni aku buat la resepi brownies ni... Ikutkan resepi asal ni tak letak pon oreo. Saja la aku ni pi derhaka sikit... Tak banyak pun, sikit ja... Hahahaa.... Bukan apa, akak aku ada beli oreo red velvet ni... Hari tu letak atas kek red velvet... Nampak cantik jugak walaupun sebagai deco ja... Tapi kali ni cuba buat brownies pula... Nampak la lain sikit... Tapi kalau dah tak jumpa oreo red velvet tu jangan la kecewa pulak... Guna la oreo biasa tu... Oreo ni kak aku beli kat giant.. Nanti boleh la hangpa pi usha tengok... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Guna loyang 8x8 inci. So kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tuu...





Red Velvet Oreo Cheese Brownies
C&P : Kak Wan ( Red Velvet Cheese Brownies )


Bahan-bahan
220gm mentega
280gm gula kaster
2 sudu besar rata serbuk koko
280gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
200ml buttermilk (200ml dairy whipping cream + 1 sudu besar cuka (kacau hingga pekat)
1/2 sudu kecil serbuk pewarna merah
2 biji telur Grade A, kocok hingga berbuih
1 sudu kecil esen vanila
Oreo red velvet secukupnya
Loyang 10 x 10in di alas dan di gris mentega


Cara-cara :

  1. Ayak tepung dan baking soda.
  2. Satukan dairy whipping cream, cuka dan pewarna merah. Kacau hingga rata. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan gula dan serbuk koko. Kacau hingga gula larut dengan api perlahan. Tutup api, biarkan suam seketika.
  3. Kemudian masukkan telur, esen vanila, kacau hingga bergaul rata.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk dan kacau sehingga adunan sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang dan bakar 160C selama 40-45 minit atau sehingga bahagian tepi brownies renggang dari loyang.
  6. Keluarkan dari oven, jika mengelembung, tekan menggunakan penekan kek hingga permukaannya rata.
  7. Tuang adunan keju di atasnya, ratakan, susun kepingan oreo mengikut kreativiti.
  8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan bakar semula selama 20 minit.



Adunan Keju

370gm cream cheese
1 biji telur A
50gm gula kaster


Cara-cara

  1. Putar cream cheese dan gula hingga rata. Masukkan telur, putar hingga sebati.
  2. Tuang atas adunan brownies tadi




Saturday, 11 February 2017

Red Velvet Cheese Brownies



          Assalamualaikum.... Selamat malam semuaaa.... Ada sini haaa.... Tak pi mana-mana pun... Cuma rehat sat.... Dekat 5 bulan aku tak update blog aku ni.... Tiba-tiba terajin la pulak nak update hari nii... Huhuhuuu.... Selama aku cuti ni, ada ka yang dok mai tengok blog aku ni... Kalau ada tima kasih la sebab sudi jenguk walaupun tuan dia tak daa.... Alang-alang aku dah update ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru walaupun dah bulan 2... Pejam celik, pejam celik nak masuk bulan 3 dah. Cepat sungguh masa berlalu....
          Selama aku dok cuti ni, aku tak la cuti baking langsung... Ada la buat kukis sikit-sikit. Habuan makan sambil tengok tv... Tapi tak pernah pulak nak update kat blog ni...  Memang cuti sungguh.... Hahaaa..... Untuk permulaan tahun ni aku just update pasal resepi Red Velvet Cheese Brownies dulu. Dah banyak kali aku buat resepi ni... Cuma tak berkesempatan nak update jaa.... Rasa dia memng sedap... Kalau tak sedap, memang aku tak tepek resepi kat sini lah kannn... Untuk resepi ni aku buat 1/2 adunan ja.... Guna loyang 8x8 inci.. Kalau full resepi buleh guna acuan 10x10.... Selamat mencubaaa.....





Red Velvet Cheese Brownies
C&P : Azie Kitchen


Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda


Cara-cara:
  1. Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit. Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
  3.  Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan untuk dibuat corak atas lapisan cheese tu nanti.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.
  5. Setelah masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan.
  6. Ratakan lapisan cheese.Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.
  7. Sambung membakar selama 20-30 minit lagi atau hingga masak. Biarkan betul betul sejuk, saya balut dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan.






Lapisan Cheese

Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A
1 sb jus Lemon

Cara cara:
  1. Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.


Nota:
  • Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
  • Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
  • Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan Tepung kek yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
  • Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.



Wednesday, 1 June 2016

Red Velvet Tiramisu Brownies


    Assalamualaikum.... Hari ni aku nak share resepi yang agak menarik sikit ... Sebabnya resepi ni gabungan dua rasa... Rasa red velvet seperti brownis bersama tiramisu yang memikat hati... Hahahaaa... Sedap tak ayat yang aku buat...? Aku rasa brownies ni lagi sedap kot.... Sebelom kita nak sambuat bulan puasa, boleh la menghadap kek ni... Pas ni dah tak berapa lalu dah.. dok nampak kuih la, agar-agar la, puding la... Macam-macam lagi la.... Ok la, nanti kita jumpa lagi... Byee... Lagi satu nak bagi tau, bahagian cream tu agak lembik dan tak tahan panas. Kena selalu simpan dalam peti sejuk. Nak makan baru keluarkan...






Resipi Oleh ~ Yummy Addiction ( TQ )
C&P : DIANA @ MELLEY

Ingredients
For the red velvet brownies
1 cup ( 125 g ) all-purpose flour
½ teaspoon baking powder
⅓ teaspoon salt
2 large eggs, at room temperature
½ cup ( 113 g ) unsalted butter
2 oz. dark chocolate
¾ cup ( 170 g ) granulated sugar
1½ teaspoon vanilla extract
2 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 tablespoon red food coloring ( or as needed )
1 teaspoon apple cider vinegar

For the tiramisu
4 egg yolks
⅓ cup ( 67 g ) sugar
⅓ teaspoon vanilla extract
1 cup ( 225 g ) mascarpone cheese, at room temperature
½ cup ( 125 ml ) heavy whipping cream
½ cup cold-brewed coffee
3 oz. ( 85 g ) soft ladyfingers
cocoa powder, for topping
chocolate shaves, for topping ( optional )
 




Instructions
Red velvet brownies:
  1. Preheat oven to 350 degrees. Line an 8-inch square baking pan with parchment paper, and lightly spray with nonstick spray. Set aside.
  2. In a small bowl, combine flour, baking powder and salt. Set aside. In another small bowl, beat eggs until foamy. Set aside. Melt the butter and chocolate in a large microwave safe bowl in 30 second increments until melted. Stir in the sugar, vanilla, cocoa powder. Carefully whisk in the food coloring (to desired color) until combined. Sir in the vinegar. Slowly stir in the eggs, then fold in the flour mixture until it is all combined. Do not overmix. Pour batter into prepared pan and spread evenly. Bake for about 30-35 minutes, or until a toothpick inserted in the middle comes out clean. Place on wire rack to cool completely.
  3. Prepare a strong espresso coffee.
Tiramisu:
  1. Place the egg yolks and sugar in the heatproof bowl, and whisk together until they become pale yellow. Set a heatproof bowl on top of a saucepan of simmering water, making sure the water doesn't touch the bottom of the bowl. Cook on low, stirring and whisking constantly, until the mixture thickens and forms a ribbon trail on the surface when the whisk is lifted (for about 5-7 minutes). Remove from the heat and let cool slightly. Whisk in vanilla. Beat in the mascarpone until smooth. In a separate bowl, beat the whipping cream until soft peaks form. Gently fold into the cheese mixture.
To assemble the tiramisu brownies:
  1. Pour a quarter of the tiramisu mixture over the brownies and spread evenly over the top. Arrange the ladyfingers on top of the tiramisu mixture. Using a pastry brush, brush tops of ladyfingers with coffee until they are saturated. Pour remaining tiramisu mixture on top and spread evenly with a spatula. Sprinkle with cocoa powder and grated chocolate. Cover with plastic wrap and refrigerate at least 1 hour. Cut into bars and enjoy!
Notes
Store in refrigerator.



Wednesday, 18 May 2016

Green Velvet Marble Cheese Brownies



      Assalamualaikum semua.... Hari ni berkesempatan untuk update resepi brownis yang cantik ni... Selalu orang buat kaler merah, tapi kali ni buat kaler ijau pulak... Nampak lain la sikit kan... Hihiii.... Alang-alang aku dah muncul ni aku nak ucapkan selamat hari ibu, selamat hari jururawat & selamat hari guru...



Green Velvet Marble Cheese Brownies
C&P : Cheq Sue

Bahan-bahan (loyang 4 segi 8x8 inci)
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus 100g
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder


 Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Bahan-bahan lapisan cheese:
(Resepi dari Rinchann Fotopages)

250g cream cheese
1 cawan gula castor 3/4 cawan
1 biji telur gred B



Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Monday, 31 August 2015

Chocolate Brownies Kedut




     Assalamualaikum.... MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA... Selamat hari merdeka semua... Hari merdeka ni meh kita layan brownies kedut yang tengah hot di pasaran sekarang ni... Sana-sini dok tayang brownies kedut ni... Aku pun tak ketinggalan juga nak cuba buat si kedut ni... Ni cubaan kali ke-3 dan baru la mendapat kedutannya... Walaupun bila tegok bukan nampak kedut sangat pun... Cubaan kali pertama dan ke-2 langsung tak nampak kedut. Mula-mula buat dulu tak guna resepi ni, guna resepi orang lain. Yang tu guna coklat chip. Tapi tak menjadi kedut... Bukan salah resepi tu ok, salah teknik rasanya... Kali ke-2 buat guna resepi ni, tapi tak menjadi jugak kedutnya... Ni pun rasanya aku salah teknik, bukan salah resepi okkk... Cubaan kali ke-3 guna resepi ni... Jeng, jeng.... Alhamdulillah... Menjadi jugak akhirnya.... Salah teknik tu maksunya, aku over beat telur dan gula tu... Aku pi guna mixer, memang tak menjadi laa.. Kali ketiga tu aku just mix pakai whisk ja.. Whisk bagi gula hancu dah... Jangan over whisk plak... Nanti tak jadi lagi... So, kalau sapa yang buat dan tak pernah menjadi kedut tu mungki dia over beat adunan telur tu la kot... Jangan putus asa, cuba lagi... Untuk brownies ni aku letak almond nibs dalam adunan tu.. Baru la sedap masa makan tu... Ok la, sampai sini dulu... Byee...






CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak


Cara-caranya.
  1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

 Nota :
  • Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
  • Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
  • Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.





Wednesday, 25 June 2014

Congo Bars



     Assalamualaikum semua... Kali ni aku mencuba resepi congo bars pulak... Tak sangka nak buat congo bars ni sangat mudah. Tak payah guna mixer pun cuma guna spatula ja... Rasa congo bars ni sangat sedap bila ada kekacang pecan. Walaupun harga kacang pecan ni agak mahal, tapi amat berbaloi sebab congo bar ni betol-betol sedap. Kalau nak tukar kekacang lain macam walnut atau almond pun ok jugak... Tak letak pun tak pa... Ditambah pula dengan rasa coklat dari coklat chips tu. Untuk coklat chips tu aku guna yang saiz kecil dan yang saiz besar. Walaupun aku dah kurangkan gula, tapi rasa manisnya masih lagi terasa. Ni mungkin disebabkan kemanisan dari coklat chips tu la kot.. Untuk congo bars ni aku bakar guna loyang 10x10. Sebab tu ja loyang paling besar yang aku ada. Nampak tinggi la sikit congo bars aku ni... Ok la, jom kita layan resepi dia pulak...





Congo Bars
Sumber : Rima
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-315 gm tepung gandum
-2 1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil garam
-150 gm butter
-320 gm gula perang - boleh kurangkan [ aku letak 250gm ]
-3 biji telur
-1 sudu kecil esen vanila
-250 gm chocolate chips
-1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
-Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-Cara
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 [ aku guna loyang 10 x 10 ] yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  7. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.







Sunday, 24 November 2013

Green Tea Almond Brownies



    Assalamualaiku.... Hari ni kita layan brownies dari N3 tertunggak lagi yaa... Brownies ni special sikit sebab ada rasa green tea. Selalunya kalau brownies ni perisa coklat, tapi aku nak buat yang lain sikit. Walaupun tak letak perisa coklat, tapi ada letak coklat cip dalam tu. Coklat putih pun ada sama.  Memang sedap. Ada rasa lemak-lemak dari serbuk almond membuatkan tak jemu nak makan. Boleh dikatakan gandingan yang mantap lah... Kalau tengok saiz brownies ni memang kecik ja. Cukup la kalau isi rumah yang sikit macam aku ni. Resepi ni aku jumpa masa nak cari resepi yang guna green tea powder. Bila dah jumpa, apa lagi kena copy resepi dan buat la... So, ni la hasilnya... Kalau ada yang teringin nak buat boleh la try tengok resepi kat bawah ni...









Green Tea Almond Brownies
C&P : Sajian Sedap


Bahan-bahan
-75 gram mentega tawar
-1/4 sudu teh garam
-100 gram white cooking chocolate, potong-potong
-2 butir telur
-50 gram gula pasir
-50 gram tepung gandum protein sederhana [ aku guna tepung kek ]
-50 gram serbuk almond
-1/2 sudu teh baking powder
-1/2 sudu makan green tea powder
-50 gram chocolate chip
-1 titik pewarna hijau [ aku tambah ]


Bahan Taburan:
-15 gram chocolate chip
-15 gram almond slice



Cara-Cara
  1. Panaskan mentega dan garam sampai larut. Masukkan potongan white cooking chocolate. Adun sampai larut. Biarkan suam.
  2. Pukul  telur dan gula pasir selama 3 minit sehingga kental.
  3. Masukkan campuran mentega sedikit-sedikit sambil dipukul rata.
  4. Masukkan tepung gandum, serbuk almond, baking powder, dan green tea powder sambil diayak dan dipukul rata. Tambahkan chocolate chip. Adun rata.
  5. Tuang dalam loyang brownies ukuran 30x10x4 cm [ aku guna loyang 7x7 ] yang dioles margarin dan dialas baking paper.
  6. Tabur chocolate chip dan almond slice.
  7. Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C sehingga masak [ aku bakar selama 30 minit dengan suhu 150c ].




Selamat mencuba...



Tuesday, 5 November 2013

Steamed Cheese Cake ( Browkus Keju Pak Sahak )




    Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah 1435H kepada seluruh umat islam... Bila dah start tahun baru ni kita kena mula dengan azam baru jugak la... Kena tingkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada cuba buat kek keju kukus atau brownies keju kukus... Sangat berkrim kek cheese kukus ni. Mau tak berkrim, kalau tengok cream cheesenya memang banyak dari kandungan tepung. Lepas tu ada letak susu tepung penuh krim... Lagi la berkrim... Untuk toppingnya aku letak lebihan ganache coklat dan ganache coklat putih. Aku letak extra sikit, baru sedap. Lagipun aku dak kurangkan kandungan gula kat cheese cake tu, So, tak manis sangat la kalau letak banyak coklat ganache tu. Kalau nak menikmati kek ni kena ada secawan nescafe O baru la umphhh.... Terima kasih puan nina sebab berkongsi resepi yang sedap ni.... Kalau ada yang nak cuba buat boleh la tengok resepi kat bawah ni....








STEAMED CHEESE CAKE
(BROWKUS KEJU PAK SAHAK)
C & P : Catatan Nina


Bahan A
-3 butir telur
-100 gr gula pasir [ aku letak 50gm ]
-1 sdt ovalette

Bahan B
-60 gr tepung gandum
-20 gr tepung jagung
-40 gr susu tepung full cream
-1/2 sdt garam [ tak letak ]
---> campur dan ayak

Bahan C
-250 gr cream cheese suhu bilik
-75 gr butter
---> pukul sampai halus


Cara-Cara
  1. Siapkan loyang 30x10x3 cm (aku pakai loyang oval dan masih ada sisa adunan). Oles tipis dengan margarin, alas dengan baking paper dan oles kembali. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Pukul bahan A hingga mengembang dan kental.
  4. Masukkan bahan B, adun hingga rata atau pukul dengan mixer pada speed rendah.
  5. Masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
  6. Tuang ke dalam loyang, hentakkan loyang untuk mengeluarkan udara dalam adunan.
  7. Kukus dengan api sederhana selama kurang lebih 20 minit hingga masak.
  8. Angkat, keluarkan dari loyang dan sejukkan.





Kalau anda pengemar cheese cake,
memang kena cuba...