Assalamualaikum.... Selamat malam semuaaa.... Ada sini haaa.... Tak pi mana-mana pun... Cuma rehat sat.... Dekat 5 bulan aku tak update blog aku ni.... Tiba-tiba terajin la pulak nak update hari nii... Huhuhuuu.... Selama aku cuti ni, ada ka yang dok mai tengok blog aku ni... Kalau ada tima kasih la sebab sudi jenguk walaupun tuan dia tak daa.... Alang-alang aku dah update ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru walaupun dah bulan 2... Pejam celik, pejam celik nak masuk bulan 3 dah. Cepat sungguh masa berlalu....
Selama aku dok cuti ni, aku tak la cuti baking langsung... Ada la buat kukis sikit-sikit. Habuan makan sambil tengok tv... Tapi tak pernah pulak nak update kat blog ni... Memang cuti sungguh.... Hahaaa..... Untuk permulaan tahun ni aku just update pasal resepi Red Velvet Cheese Brownies dulu. Dah banyak kali aku buat resepi ni... Cuma tak berkesempatan nak update jaa.... Rasa dia memng sedap... Kalau tak sedap, memang aku tak tepek resepi kat sini lah kannn... Untuk resepi ni aku buat 1/2 adunan ja.... Guna loyang 8x8 inci.. Kalau full resepi buleh guna acuan 10x10.... Selamat mencubaaa.....
Red Velvet Cheese Brownies
C&P : Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cwn vegetable oil (atau 113gm mentega - dicairkan)
1 cwn buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cwn susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik (saya guna 2 saiz B jer)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
- Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit. Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak.
- Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung. Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 4 persegi saiz 9x9 atau 10x10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 2-3 sudu besar adunan untuk dibuat corak atas lapisan cheese tu nanti.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sementara kek dibakar, boleh sediakan adunan cheese.
- Setelah masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan.
- Ratakan lapisan cheese.Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikut kreativiti masing masing.
- Sambung membakar selama 20-30 minit lagi atau hingga masak. Biarkan betul betul sejuk, saya balut dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup dengan air panas dan lap sebelum digunakan.
Lapisan Cheese
Bahan bahan:
350 gm cream cheese
1 cawan gula ising
1 biji telur gred A
1 sb jus Lemon
Cara cara:
- Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga sebati. Kemudian masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.
Nota:
- Buangkan baking paper dari brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
- Utk membakar selepas dimasukkan lapisan cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja apabila permukaan cheese mula menampakkan warna keperangan.
- Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko). Shiela menggunakan Tepung kek yang boleh dibuat sendiri iaitu bagi 1 cawan, masukkan 2 sudu besar tepung jagung dan selebihnya dengan tepung gandum.
- Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yang dipanaskan terlebih dahulu.
Waalaikumsalam. Tu la lama nau pula tak update ya. Kat ig pun sama. Akak pulak..tetiba malam ni terajin bukak blog. Buleh blog walking malam ni 😀
ReplyDeletesy pn dh lama x blog walking...
Deletesemenak cuti update blog ni, memang cuti betol2...
hihiiii.....