Friday, 27 June 2025

Italian Tiramisu

Italian Tiramisu

 
      Assalamualaikum semua. Salam 1 muharram... Hari ni aku nak share resepi tiramisu pulak. Aku suka resepi tiramisu versi letak gelatin ni sebab dia stabil. Bila potong dia nampak cantik & kemas. Kalau tak letak gelatin dia macam lembik-lembik. Nak-nak bila guna mascarpone. Kalau guna cream cheese dia masih keras kalau tak letak gelatin. Biskut lady fingers pun aku ada sikit. Lebihan buat tiramisu dulu. Kalau tak aku nak buat 3 layer. Sebab tak cukup biskut aku buat 2 layer je la. Pastu aku buat guna cake ring saiz 7 inci. Masih ada lebihan cream. Kalau buat 8 inci rasayan cukup-cukup. Kalau ada sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 
 
Italian Tiramisu
 
 
Italian Tiramisu
C&P : Kak Wan @ Wan Resipi


Bahan-bahan
Biskut sponge fingers secukupnya

Filling
2 kuning telur
60 gm gula kaster
1 sudu besar susu segar
1 sudu besar gelatine + 50ml air panas
250 gm mascarpone atau Phil cream cheese
125 ml UHT whipping cream - pukul hingga pekat ( aku letak 200ml )

Sirap Kopi
2 sudu besar serbuk kopi atau espresso
4 sudu besar gula kaster
100 ml air panas
1 tsp serbuk koko (optional)
(Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

Hiasan : serbuk koko

 
Cara-cara:
  1. Masak secara double boiler kuning telur dan gula.  Kemudian masukkan susu segar, kacau sehingga telur berubah warna.   Ketepikan.
  2. Larutkan gelatin dengan air panas, masukkan ke dalam kuning telur. Gaul sebati.
  3. Kacau mascarpone cheese dengan sudip kayu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana teksturnya lebih padu) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan adunan kuning telur, kacau rata.
  4. Kemudian kaup balikkan dengan whipping cream, perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  5. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur.
  6. Susun biskut tadi ke dalam acuan yang di alas plastik supaya senang mengeluarkannya.
  7. Paip 1/2 adunan cream cheese ke atasnya dan ratakan. Ulang lapisan biskut dan cream cheese hingga habis.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Hias dengan serbuk koko sebelum dihidangkan.
  9. Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 sudu besar sour cream (krim masam) dan 2 sudu besar whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascarpone cheese.
 
 Nota tambahan
  • Aku buat dalam cake ring saiz 7 inci. Keliling cake ring tu aku letak plastik mika. Nanti senang nak kelurkan tiramisu. Bila buat saiz 7 inci ada lebihan cream. Buleh buat saiz 8 inci. 
 
Italian Tiramisu


Italian Tiramisu


Italian Tiramisu

Thursday, 26 June 2025

Durian Cream Layer Cake ( Musang King )

Durian Cream Layer Cake ( Musang King )


        Assalamualaikum & selamat malam semua... Malam ni aku nak share resepi kek durian yang aku tak jadi buat masa dapat durian kampung hari tu... Tapi yang ni lagi special sebab guna durian Musang King... Durian Musang King ni pun kak aku yang beli. Sebab durian ni mahal aku buat la separuh adunan... Hahaaa... Sedap tau... Macam makan aiskrim durian pun ada... Simple ja kek ni. Kalau boleh durian tu hancurkan betul-betul. Kalau tak jadi macam kek aku laa... Bila potong tang krim tu dia tak mau putuih sebab ada serat durian. Jadi tak elok la potongan kek tu. Walaupun tak elok, kek tetap sedap. Sapa-sapa nak cuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Kalau nak versi besaq, sila gandakan adunan... Byeee....
 
 

Durian Cream Layer Cake ( Musang King )



Durian Cream Layer Cake ( Musang King ) 

Kek span
75gm tepung super fine
75gm gula kastor
3 biji telur gred B
1/2 sudu besar ovalette
40ml susu segar
40ml minyak / mentega chair
1/2 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna kuning - optinal
 
 Cara-cara
  1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan 3 tin pembakar bulat ukuran 6 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan sama banyak setiap loyang dan bakar selama 25minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius.
  5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek. Lebih kurang 5 minit. Bagi mengelakkan kek kita kempis.



Durian Cream Layer Cake ( Musang King )


Durian Cream Filling
125 gm whipped / fresh cream
100 gm isi durian ( aku guna Musang King )
1/4 tsp gelatin
1 tbs air
Sedikit pewarna kuning ( aku tambah ) 
Cara-Cara
  1. Pukul whipping cream sampai bertanduk. Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
  2. Gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar. Kacau hingga larut.
  3. Akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi & pewarna kuning ke dlm krim durian tadi. Kacau rata dan ketepikan.



Durian Cream Layer Cake ( Musang King )


Cara Melapis Kek
 
150 gm whipped / fresh cream- dipukul kental

  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu durian filling dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis.
  2. Sapu whipped / fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut suka.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum di hidang.


Durian Cream Layer Cake ( Musang King )

Monday, 16 June 2025

Popia Big Mac

 
Popia Big Mac

 
       Assalamualaikum & selamat malam semua... Hari ni aku nak share resepi popia big mac pulak... Orang dah lama buat. Aku baru nak cuba. Popia carbonara pun aku tak cuba lagi. Yang teringin nak buat popia big mac ni sebab dalam tu ada letak jeruk timun. Tu yang aku suka tu. Kalau carbonara tu macam biasa ja. Yang big mac ni macam wow sikit. Kalau ikutkan aku dah beli bahan-bahan nak buat ni sebelum puasa lagi. Alih-alih aku tunda sampai hari ni. Kulit popia pun aku buat jadi popia nestum dulu. Nasib bahan-bahan lain lambat expired.... Hahaaa.... Untuk popia ni aku tak balut dua kali. Dia ada tembus. Bila goreng jadi tak cantik. Aku ada cuba guna air fryer. Dia  tak rangup macam goreng guna minyak. Sebelum tu aku golek-golek dalam minyak dulu la sebelum masuk dalam air fryer. Popia ni aku buat kemarin sebenarnya... Ada 4 biji lagi. Simpan dalam freezer. Lepas ni kalau rajin aku nak buat popia carbonara pulak lah.. Untuk popia ni aku dapat 10 biji. Aku balut pun nampak buruk... Hahaaa..... Nampak tak, isi pun tak padat. Kalau boleh dagin tu jangan bagi masin. Nanti tak sedap.... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu...
 
 
Popia Big Mac


Resipi Popia Big Mac
C&P : inahar's cooking time


Bahan-bahan inti big mac:
Daging kisar ( 400gm )
Bawang merah - potong dadu kecil
Serbuk bawang putih (boleh guna garlic biasa)
Serbuk paprika
Serbuk lada hitam
Garam
Perisa (optional)
Cheese slices

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah itu, masukkan bawang merah. Tumis bawang ini dengan api sederhana sehingga naik bau harum.
  2. Kemudian masukkan daging kisar ke dalam kuali.
  3. Tambahkan serbuk bawang putih, paprika, lada hitam, garam dan perisa secukupnya untuk memberi rasa pada daging.
  4. Biarkan sehingga masak dan ketepikan.

 
Popia Big Mac
 
 
Bahan-bahan sos

Mayonis
Sos mustard
Sos cili
Sos tomato
Sedikit serbuk paprika (optional)
Sedikit serbuk bawang putih (optional)
Bawang holland - potong halus
Gherkin Pickles/jeruk - potong halus

Cara-cara
  1. Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  2. Ambil kulit popia, letakkan cheese slice (boleh guna sekeping or half slice) inti daging, dan sos.
  3. Gulungkan dan ambil lagi sekeping kulit popia utk bungkus popia dua lapis supaya tak mudah koyak dan goreng popia Big Mac sehingga keperangan atau masak sepenuhnya.
 
 
Popia Big Mac