Assalamualaikum semua... Malam ni baru sempat nak update resepi kek lapis untuk raya haji nanti. Patutnya aku dah post hari jumaat hari tu. Tapi kena tangguh sebab demam. Nasib semua kek & biskut raya aku dah siap dah. Aku kalau demam memang banyak hari. Ni pun dah lama tak demam. Dok sembang dengan mak aku kata lama dah tak demam ni... Tup-tup terus demam... Hahaaa... Dengan sakit tekak. Pastu selsema. Tambah dengan hingus... Uhhh... Dugaan sungguh. Malam ni kira ok sikit. Makan pun dah lalu. Kalau tak nak minum jaa... Berbalik pada resepi kek lapis ni, dia ada 6 rasa tau... Haaa... Mudah keja. Tak yah buat banyak jenis kek lapis... Hahaaa... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...
KEK LAPIS RENOBA
C&P : Enny Othman ( RMK )
Loyang 9x9
500gm mentega
10 biji telur
100gm gula
300gm tepung gandum/superfine/hongkong
1/2 tin susu manis
150gm kaya
1 sudu makan ovalette
100gm susu cair
1 tin nestle cream
100gm serbuk ice cream vanila
50gm milo
50gm bijan
50gm serbuk ice cream strawberry
50gm biscoff spread
150gm cream cheese
1/2 sudu makan nescafe
50gm horlicks
Pewarna hijau, kuning, coklat, putih, pink
Loyang 9x9
500gm mentega
10 biji telur
100gm gula
300gm tepung gandum/superfine/hongkong
1/2 tin susu manis
150gm kaya
1 sudu makan ovalette
100gm susu cair
1 tin nestle cream
100gm serbuk ice cream vanila
50gm milo
50gm bijan
50gm serbuk ice cream strawberry
50gm biscoff spread
150gm cream cheese
1/2 sudu makan nescafe
50gm horlicks
Pewarna hijau, kuning, coklat, putih, pink
Cara
- Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul hing kembang dan sebati. Kemudian masukkan susu manis, kaya, nestle cream dan susu cair.
- Pukul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan serbuk ice cream dan tepung. Pukul adunan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian : (1) Campurkan milo (2) Campurkan horlicks dan warna hijau (3) Campurkan biscoff dan warna kuning (4) Campurkan cream cheese dan warna putih. (5) Campurkan bijan, ice cream strawberry dan warna pink (6) Campurkan nescafe dan warna coklat
- Alaskan loyang dengan kertas minyak.
- Lapiskan adunan seperti dalam gambar.
- Boleh bakar atau kukus.
*Aku buat separuh adunan guna loyang 6×6×4
*Untuk setiap adunan aku buat 2 lapis
*Nestle cream aku ganti whipping cream
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...