Tuesday 22 October 2013

Biskut Cheddar



      Assaalamualaiku.... Halooo.... Apa khabar semua...? Rindu kat aku tak...? Ye la, lama jugak aku tak update blog aku ni... Biasa la sibuk dengan tugasan yang tak rasmi.. Bila dah selesai tugasan aku pun rasa la nak update blog ni.. Bila nak update ja line broadban pulak buat hal... Lambat semacam ja... Nak upload gambar punya la lembab... Jadi terbengkalai jugak la niat nak update blog ni. Dekat seminggu jugak la tertangguh niat ni... Tapi hari ni, alhamdulillah... Line dah ok sikit. So, boleh la aku update resepi biskut yang aku buat masa raya korban hari tu... Resepi ni aku cuma amek kat dalam majalah saji. Sangat sedap biskut ni. Mau tak sedap ada letak keju cheddar... Jom kita tengok resepinya....






Biskut Cheddar
Majalah Saji
Keluaran Khas Hari Raya
Ogos 2013


Bahan-Bahan

-300gm tepung gandum
-100gm tepung jagung
-250gm mentega
-100gm gula aising
-1 biji telur
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-100gm keju cheddar ( parut )

Bahan Hiasan

-1 biji putih telur
-sedikit kejuncheddar ( parut )


Cara-Cara
  1. Satukan tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising sehingga kembang.
  3. Masukkan campuran tepung, soda bikarbonat dan keju cheddar. Uli dan sebatikan adunan.
  4. Canai doh dan terap menggunakan acuan dan atur di dalam dulang pembakar.
  5. Sapu putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150c selama 30 minit.




Rangup dan lemak masin




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...