Friday, 11 October 2013

Puding Marble




     Assalamualaikum.... Tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja semenjak dua menjak ni. Cuaca kat sini pun dah start panas balik. Banyak hari jugak la dok hujan. Tapi alhamdulillah la semenjak dua tiga hari ni cuaca cerah dan panas. Harap-harap berkekalan sampai ke hari raya la yee.. Senang umat islam nak menjalankan ibadah korban nanti. Berbalik pada menu hari ni, apa kata kita layan tekak kita dengan puding yang sangat sedap dan mudah ni.... Jom-jom...









Puding Marble

Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang 8x8 ]

-15 g agar2 stripe
-1 liter air
-1 cawan gula - kurangkan jika nak kurang manis [ aku letak 3/4 cawan ]
-1/2 tin susu cair
-1 1/2 sudu besar tepung kastad
-1 sudu kecil esen vanila
-1 1/2 biji telur [ aku letak 2 biji ]
-1/2 sudu besar mentega
-pewarna kegemaran dan serbuk koko jika suka


Cara-Cara
  1. Masak agar2 dgn air hingga larut. Masukkan gula.
  2. Dalam bekas lain campurkan susu, esen vanilla, telur dan tepung kastad. Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
  3. Kecilkan api masukkan bahan tapis dan mentega ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih.
  4. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kegemaran.
  5. Tuangkan dalam loyang sesenduk demi sesenduk berselang seli.
  6. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.





Sedap, sedap, sedap....

3 comments:

  1. sedap sedap sedap ...puding semua sedap hehee

    ReplyDelete
  2. yg penting warna pun menarik sangat sangat

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...