Tuesday, 18 February 2014

Puding Roti Bakar



     Assalamualaikum semua.... Ni menu petang tadi... Agak lama jugak la aku tak membuat puding roti bakar ni... Memang sedap kalau makan suam-suam... Sos kastard tu pula kena la sejuk. Baru best makan dengan puding roti ni... Tapi ikut selera masing-masing jugak la nak makan macam mana. Ni cara aku... Kali ni aku cuba buat dalam bekas yang comel-comel yang bersaiz 4''. Dapat la dalam 6 biji... Kalau buat dalam bekas kecik-kecik ni senang sikit kalau nak hidang. Nak makan dalam tu terus pun tak pa.... Kalau tak rajin boleh buat dalam bekas besar terus... Sama ja... TQ kak hana sebab share resepi puding roti bakar yang best ni... Kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tu...






Puding Roti Bakar
C&P : Kak Hana

 Bahan-bahan
-7-8 keping roti
-* 500 ml susu segar @ 2 cawan
-* 4 sudu besar gula halus
-* 2 biji telur
-* 1 sudu teh esen vanilla
-* 1 sudu kecil serbuk cinnamon [ tak letak ]
-2 sudu besar butter - cairkan
-3 sudu besar kismis


Cara-Cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.



Untuk Sos Kastard

-1 tin susu cair
-1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
-2 sudu besar tepung kastad
-2 sudu besar gula


Cara-Cara
  1. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  2. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.







 Selamat Mencuba..


22 comments:

  1. Assalam
    Sedapnya, dgn sos kastad pastinya x tolak kalu dihidang desert ni
    Biasa bln puasa baru rajin buat desert gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ni tetiba plk terlbh rajin...
      hihiii...

      Delete
  2. ya allah sedapnya...memang suka sgt dengan puding roti ni :)

    ReplyDelete
  3. Yummyy
    Sedapnya, krim kastadnya cukup mengoda

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada krim kastad 2 yg mkn pn bertmbh...
      hihii

      Delete
  4. salam..

    wah,best ni kalau dapat makan puding roti..sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuca pns mcm ni memang syok mkn dgn sos kastad yg sjuk 2...

      Delete
  5. Salam... brp lama boleh tahan puding roti tu kalau ddisimpan dlm peti sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      x pasti la sebab tiap kali buat kejap ja hbis...
      hbis lama pun dlm 1 hari lbh dh lincin..

      Delete
  6. Assalamualaikum, nak tanya, sos kastard kena panaskan atas api ke, or kacau macam tuh jeh?

    ReplyDelete
  7. Nk tny.. butter 2 sudu yg dicairkn tu letak dlm adunan yg bertanda * ni ke? Sbb xde tulis pasal butter.. hehe sori tny sbb x reti nk buat..

    ReplyDelete
  8. butter tu nak guna marjerin planta or buttercup farcow yg wane emas tu ke? maaflah first time buat..

    ReplyDelete
  9. susu segar tu kena tggu suhu bilik ke tak yah?

    pls sesiapa jawabb pls..thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sy guna susu segar suhu bilik... xttgu suhu bilik pn xpaa..

      Delete
  10. Kalau tak letak telur boleh tak since my mum taksuka puding yang ada telur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..
      ganti dgn tepung kastard dlm 1 @ 2 sudu dalam adunan susu...

      Delete
  11. Kalau tak letak telur boleh tak?

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...