Sunday, 14 April 2013

Agar-Agar Santan Gula Merah


   Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni aku nak update pasal agar-agar santan gula melaka yang aku buat ni. BTW, agar-agar ni dah lincin ye.... Kejap ja habis. Tambah-tambah sekarang ni kan cuaca tengah panas.... Ok la, tak payah banyak cerita, jom tengok resepi kat bawah ni....

Bahan-Bahan

Bahan A
-1 cawan air [ 200ml ]
-150gm gula merah
-100gm gula kasar
-1 helai daun pandan

Bahan B
-10gm agar-agar tali
-800ml air

Bahan C
-1 cawan santan [ 200ml ]
-1 biji telur
-garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan dan tapis.
  2. Masak bahan B hingga agar-agar larut [ cuci dan rendam agar-agar sebelum masak ]. Masukkan bahan A. Sambung masak hingga mendidih.
  3. Pukul bahan C dengan whisk hingga berbuih dan tuang kedalam adunan agar-agar yang mendidih tadi dan kacau seketika.
  4. Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang 8x8 yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biar beku. Setelah sejuk masukkan kedalam peti ais.
  5. Sedap dinikmati sejuk-sejuk....



Nyaman sekali...
Selamat mencuba....

1 comment:

  1. pengalas tekak yg enak..terik cuaca hari ni..klu dapat mmg best ni...

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...