Thursday 27 June 2013

Chilled Durian Cheesecake



     Assalamualaikum....  Hari ni kita layan menu yang berasaskan durian lagi... Yaaa... Memang menarik resepi kali ni... Cheese cake berperisa durian... Memang sangat sedap cheese cake ni... Aku memang syorkan kepada peminat durian dan cheese cake harus cuba resepi ni. Aku yang tak berapa minat durian pun dah jatuh cinta dengan cheese cake ni.... Rasa cheese ceke ni macam ais krim durian pun ada kalau makan waktu sejuk-sejuk... Sebelum buat kek ni, ada jugak terpikir, tak pelik ka kalau cheese campur dengan durian. Tapi alhamdulillah, sangat sedap. Aku sarankan guna durian kampung kalau boleh... Resepi ni aku C&P dari Zack Zachoes yang nun jauh di Tawau, Sabah. Terima kasih ya kak sebab share resepi yang menarik ni... Kalau ada sapa-sapa yang terasa nak menikmati keenakan cheese cake ni sila la cuba...







Chilled Durian Cheesecake
C&P : ZACK ZACHOES

Bahan-Bahan : (6" loose pan)

Base:
-100g biskut marie, kisar halus [ aku guna 150gm digestive biscuits ]
-50g butter, cairkan
***Gaul rata biskut dan butter. Padat-padatkan pada dasar loyang kek yang telah dialaskan dengan baking paper. Ketepikan dalam peti sejuk.

Durian cream cheese filling:
-125g cream cheese, suhu bilik
-20g-30g gula kastor, bergantung pada manis buah durian
-200g isi durian, boleh dblend halus dulu
-175g whipping cream, dipukul hingga mousse state (bertanduk tapi masih lembut, macam meringue soft peak)
-1/2sb gelatine Halagel
-1sb + 1/2sb air hangat


Durian cream:
-50g isi durian manis, hancurkan
-50g fresh cream, diputar kaku
***Campurkan kedua-duanya hingga sebati. Masukkan ke dalam piping beg.


Cara:
  1. Pukul cream cheese dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan isi durian, gaul hingga sebati.
  3. Masukkan gelatin ke dalam cawan/bekas kecil berisi air hangat. Biarkan 5 minit untuk ia mengembang, kemudian cairkannya secara double-boiler atau guna microwave oven. Ketepikan.
  4. Pukul whipping cream hingga pekat dan gebu, seperti mousse. Jangan overbeat!
  5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese, gaul sebati. Masukkan whipping cream tadi, kaup balik hingga sebati.
  6. Tuang adunan ini ke dalam loyang. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam (ku 4 jam) atau hingga cheesecake keras.
  7. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan [ aku celup tuala bersih dalam air suam, pastu lap keliling loyang dalam 3, 4 kali ]. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
  8. Hiaskan atasnya dengan durian cream dan sedia dipotong.



Selamat mencuba...


Monday 24 June 2013

Durian Kampung



   Salam semua.... Hari ni kita layan durian kampung pulak naa... Musim durian pun dah mai dah... Boleh la makan durian sepuas-puasnya. Nak buat crepe pun boleh dah... Kalau rajin nanti aku nak try buat crepe durian jugak la... Tetiba rasa teringin nak makan... Huhuhuuu....





   Kalau nak bandingkan isi durian kampung dengan durian kawin memang jauh beza. Durian kampung ni isi dia lebih lembut. Rasa pulak macam vanila pun ada.... Sebab tu aku suka. Durian kampung ni tak tahan lama, kalau luruh hari ni, terus makan baru best. Kalau simpan lama-lama, isi dia jadi lembik.. Cuba tengok gambar kat atas tu... Terliurrrr tak....?



Sunday 23 June 2013

Pandan Slice Cheese Cake




   Assalamualaikum semua.... Hari ni jom layan cheese cake lagi. Cheese cake ni tak berapa nak menjadi... Tapi nak tempek jugak resepi kat sini.... Biasa la kan, baking ni bukannya selalu menjadi, kalau waktu tak menjadi... Pakai harus la kek tu.. Tapi cheese cake ni cuma rupa ja kurang menjadi, tapi rasa dia, perhhh... Sedap... Lemak berkrim dengan aroma pandan... Ok la.. Takat ni la dulu... Bye....




Bahan-bahan

-4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
-200 ml susu segar [ ganti susu cair ]
-70 gram butter atau marjerin
-80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
-70 gram gula
-4 biji telur saiz M [ aku guna 3 biji telur gred A ]
-beberapa titik esen pandan
-beberapa titk pewarna hijau
-1 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara
  1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)
  4. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
  5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.
  7. Setelah siap dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat sesuai dijadikan menu minum petang. Selamat Mencuba.




Selamat mencuba...




Saturday 22 June 2013

Bingka Durian



   Assalamualaikum semua.... Menu apa petang-petang ni...? Apa kata cuba buat bingka durian yang lemak berkrim ni... Musim durian pun dah mula dah, boleh la start buat kuih yang menggunakkan buah durian ni... Sungguh sedap bingka ni. Walaupun aku ni sebenarnya tak suka durian tapi boleh jadi suka pulak. Untuk bingka ni aku guna durian yang kat rumah aku. Durian kampung. Durian ni ja aku suka makan. Kalau durian lain macam durian kawin cuma takat cuit sikit buat syarat nak rasa ja... Tapi kalau durian kat rumah aku ni, 3, 4 biji boleh layan. Banyak biji tu pun sebab durian kampung kan kecik-kecik.... Nak buat bingka ni pun aku guna satu biji durian. Maklum la, yang menjadi pun tak berapa besar-besar macam selalu... Kalau tengok pokok tu pun dah nak mati. Umur pun dah dekat dengan umur aku. Alhamdulillah masih nak berbakti lagi.... Sapa-sapa yang nak makan bingka berperisa durian, jom la tengok resepi kat bawah ni....






Bingka Durian / Kuih Bakar Durian
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan

-200gm isi durian
-350ml air
-450ml santan KARA [ aku guna santan fresh ]
-220gm gula pasir [ aku letak 180gm ]
-180gm tepung gandum
-30gm tepung beras
-3 biji telur B [ aku guna 2 biji telur gred A ]
-1/4 sudu teh garam
-1/4 sudu teh pewarna kuning
-2 sudu besar mentega cair

Hiasan

-Bijan secukupnya

Loyang 8in di gris dengan mentega cair

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Kisar isi durian bersama air hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul.
  3. Panaskan loyang sebentar di dalam oven. Keluarkan dan tuang adunan, tabur dengan bijan dan bakar di rak tengah selama 45 - 50 minit sehingga masak dan atasnya keperangan.
  4. Untuk mengaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar selama 5 minit lagi hingga nampak garing.
  5. Biar betul-betul sejuk baru di potong dan di hidangkan.



Lemak berkrim...
Disukai ramai...

Friday 21 June 2013

Kek Lapis Asam Manis (bakar)



   Salam semua... Kembali dengan kek lapis lagi tapi kek lapis N3 tertunggak... Kali ni buat yang letak asam manis pulak... Memang sedap kek ni sebab ada rasa masam-masam, manis-manis dari haw flake tu. Resepi ni aku amek tak lain tak bukan dari kak DJ la... Memang cantik kek lapis yang kak DJ buat... Kebanyakan resepi yang aku amek kat blog dia memang menjadi... Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan. Kandungan gula pun aku dah kurangkan jugak.. Bukan apa, kek yang manis ni kalau kat rumah aku kompem lambat habis... Tapi kalau waktu raya rasanya kena buat manis jugak... Orang pun tak makan banyak ayat macam orang kedekut... Raya ni mesti aku buat sebijik... Kalau ada sapa yang teringin nak buat, jom tengok resepi kat bawah ni.....


resepi : DayangJack@DapurKuSayang


bahan-bahan :  [ 1/2 adunan, loyang 6x6 ]

-5 biji telur A
-100 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
-50 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
-225 g mentega berkualiti
-1/2 sudu besar ovallete
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-75 g gula kastor [ aku letak 20gm ]
-150 g susu pekat manis
-haw slice/ hawflake secukupnya
-pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 3 @ 4 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)




Nota :

***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.




Selamat melapis kek....



Thursday 20 June 2013

Buah Manggis




    Salam semua.... Hari kita layan buah segar dari kampung aku ya... Sekarang ni dah banyak pokok buah-buahan yang dah start masak. Contohnya macam buah manggis kat rumah aku ni... Banyak jugak la yang menjadi tahun ni. Aku pun tak larat nak makan.... Memang sedap buah ni. Rasa manis-manis dan ada rasa masam sikit... Kaler pun putih mulus...




   Mai-mai... Sekilo RM2.50 saja... Murah-murah... Sapa cepat dia dapat... Kalau dah habis hang pa jugak yang rugi... Huhuhuuu....





Wednesday 19 June 2013

Kek Cheese Bersalji dan Selamat Hari Bapa




    Salam semua.... Dah  5, 6 hari aku tak update blog ni... Dah bersawang agaknya... Ada yang rindu tak...? Hehehehee... Sapa la yang nak rindu kat aku ni... Huhuhuuu... Ok lah, hari ni aku nak share resepi yang aku buat sempena hari bapa untuk hargai jasa ayah aku ni. Terlewat sikit ya... So, aku buat kek cheese bersalji... Kek ni sebenarnya dah fames agak lama dah. Cuma aku tak sempat nak buat ja... So sempena nak menghargai jasa baik ayah aku, aku pun buat la kek yang special untuk ayah aku ni. Padahal ayah aku ni bukan minat sangat kek-kek yang berkrim atau yang bercheese ni... Kalau kek span atau chiffon tu kompem dia makan laju... Tapi tak pa la kan, sekali sekala, apa salahnya.... Rasa kek ni memang lemak berkrim. Tu yang boleh aku cakap... Kek dia cair dalam mulut.. Susah la nak cerita perasaan masa makan kek ni. Kena try dulu baru tau... Jom tengok resepi kat bawah ni.... Sebelom tu aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah aku & selamat hari bapa kepada semua bapa kat dunia ni....






Kek Cheese Bersalji
Sumber : Sherry mz MyR

Bahan-bahan

-6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
-100 gram gula halus
-100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
-60 gram tepung jagung (maizena)
-50 gram air sejuk (dr peti ais)
-1 sudu teh baking powder
-2 sudu makan ovelet
-75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM

-1 kotak cream cheese philadelphia
-1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING

-1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
  2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekalimasukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. [ aku bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan guna loyang bulat 8'. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit )
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. [ Part ni boleh skip ]
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Sekeping rasa macam tak cukup...
: )

Wednesday 12 June 2013

Bebola Roti Goreng




      Salam semua.... Kalii ni aku buat menu yang bergoreng pula. Dah lama jugak la tak masak benda yang bergoreng ni. Asyik-asyik dok baking ja... Kalau benda-benda goreng ni aku tak berapa nak rajin sikit. Selalunya mak aku la yang buatkan kalau aku nak makan apa-apa yang bergoreng macam cekodok ka, pisang goreng ka, dan macam-macam lagi la. Kali ni aku rajinkan diri untuk mengoreng la pulak... Perut punya pasal kena la rajin... Huhuhuuu.... Resepi ni memang mudah, campur semua bahan, ramas-ramas sikit, buat bulat-bulat, pastu goreng. Rasa pun macam bebola ikan... Cicah pulak dengan sos cili dan mayonis... Lagi best.... Kepada kak Lizahanum yang menyumbang resepi ni, terima kasih ya... Katanya resepi ni dari maknya.... Jom tengok resepi kat bawah ni....





SUMBER : Lizahanum
C&P : Kak Hana

Bahan-Bahan

-14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
-2 biji telur (saiz besar)
-3 batang cili merah ~ dihiris
-1 biji bawang besar ~ didadu halus2
-sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya) [ aku ganti daun kucai ]
-2 sudu teh serbuk lada putih
-garam secukup rasa
-perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
-minyak utk menggoreng

Cara-cara
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  2. Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang[ aku guna daun kucai ]. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya) [ aku ramas sikit-sikit ja ]
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  5. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.



Selamat Mencuba..


Monday 10 June 2013

Puding Tembikai



   Salam semua... Cuti sekolah lepas aku asyik post N3 yang tertunggak ja. Maklom la, sibuk dengan anak-anak buah. Bila depa balik kampung memang sibok nak main. Tu tak termasuk acara mengusik lagi... Aku ni memang suka usik anak-anak buah aku... Kadang-kadang tu sampai nangis pun ada. Huhuhuhuuu... Biasa la jarang nak jumpa, time cuti sekolah atau raya ja baru nampak batang hidung. Tak pun aku pi rumah depa. Kembali kepada N3 aku yang tertunggak ni, kita layan puding tembikai yang ala-ala ranau lagi manis ni mesti sedap kan... Rasanya aku buat puding ni sebelum cuti sekolah lagi kot. Rupa pun dah nak macam tembikai yang betol. Memang menarik rupa paras puding ni... Nampak kiut gitu... Untuk tembikai ni aku buat kale merah... Lepas ni nak cuba pulak yang kale kuning... Mesti nampak cantik jugak... Tak yah dok cakap banyak-banyak, jom kita layan resepi kat bawah ni....





 PUDING TEMBIKAI
Sumber : Kak Nor & Izahdaut
C & P : HaSue

-1 paket agar2 12gm | 13g serbuk agar-agar [ aku guna 10gm agar-agar tali ]
-3 keping roti (buang kulit) |3 keping roti putih (buang kulit)
-4 1/2 cawan air |1 liter air [ aku letak 900ml ]
-6 sudu besar gula |90g gula [ aku letak 3 sudu makan ]
-1/2 cawan susu pekat |100g cawan susu pekat
-1 cawan susu cair |250ml susu cair [ aku letak 1 cawan ]
-2 sudu besar butter |2 sudu besar butter
-1 sudu teh vanila |1 sudu teh esen vanilla
-pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
-|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai

Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)-anggaran 1cawan.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahanlahan. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
  7. Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.



Macam tembikai betul la pulak...
Selamat mencuba...

Thursday 6 June 2013

Kek Coklat Mayonis




    Assalamualaikum semua... Menarik tak tajuk resepi kali ni.... Kek coklat mayonis..... Errrrr... Boleh buat kek ke mayonis ni....? Apa rasa kek ni...? Masam-masam macam mayonis tu ka...? Banyak sungguh persoalan kan... Huhuhuuu.... Kalau sebelum ni aku kompem cakap ''Eeee.... mayonis dalam kek.... Tak muak ke...?'' Tapi bila dah cuba.... Haaaa... Baru tau.... Rasa kek ni lemak-lemak manis... Tambah pula ada hirisan badam tu... Lagi la sedap. Tapi aku ganti dengan almond nibs sebab hirisan badam tak da dalam stok... Tekstur dia pun sangat moist. Macam kek coklat moist yang lain. Kek ni guna mayonis rasanya sebab nak gantikan telor la kot sebab bahan nak buat mayonis tu pun guna telor. Memang kreatif la sapa yang cipta resepi ni.... Mohon share resepi ni ya....






KEK COKLAT MAYONIS
Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
C & P dan Diuji rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6'' ]

-1 cawan tepung gandum [ aku guna tepung kek ]
-1/2 cawan serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-1/2 cawan mayonis
-1/2 cawan gula halus
-1/2 cawan susu pekat
-1/2 biji telor gred B (*ni akak tambah) [ aku tak letak ]
-1/2 cawan air panas [ aku tambah 1 sudu teh serbuk nescafe ]
-1//4 + 1/8 cawan minyak masak
-1/4 sudu teh butter oil [ tak letak, ganti butter vanila ]
-1/4 cawan kepingan badam hiris [ aku ganti almond nibs ]


Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
  3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit) [ aku bakar 1 jam 20 minit, suhu 150c ]





Coklat Buttercream

Bahan-Bahan

-100gm unsalted butter
-100gm shortening
-100gm golden syrup [ bergantung pada kemanisan coklat masakan ]
-1/3 cawan coklat masakan

Cara-cara
  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Biar suam.
  2. Pukul mentega dan shortening hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan golden syrup diikuti coklat masakan. Putar sebati.
  4. Sedia dilepa pada kek.





Sapa yang nak ber''eksperiment''....
Boleh la cuba...


Kek Lapis Evergreen



    Salam semua.... Kek lapis lagi... Tapi kek lapis ni N3 yang tertunggak jugak... Sepatutnya aku post kemarin, tapi ada kesilapan teknikal, so aku update hari ni la pulak...  Kek lapis ni aku buat lapis dia besar sikit... So, jadi tak banyak lapis la.... Rasa dia pun sedap sebab ada perasa pandan. Campur pulak dengan horlick dan serbuk santan lagi la lemak berkrim... Memang tak rugi kalau cuba buat kek lapis ni.. Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan... Kek lapis ni kalau buat banyak, lambat sikit nak habis. Walaupun lambat nak habis, kelebihan kek lapis ni kalau simpan dengan betul boleh tahan berbulan-bulan. Boleh la jamu makan kat tetamu yang datang kat rumah secara mengejut.... Jom tengok resepi kat bawah ni....





KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
C & P: HaSue

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-5 biji telur gred A
-225 g mentega berkualiti tinggi
-90 g tepung hongkong/gandum
-60 g serbuk horlicks
-60 g gula halus (sudah dikurangkan)
-3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
-1/2 sudu mkn ovallette
-8 sudu mkn susu pekat manis
-1/2 tin kecil serikaya
-50 g serbuk santan
-1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara -cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  5. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 2-3 sudu makan).
  6. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  7. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  8. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  9. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.






Kek Lapis Bumi (Kukus)




    Salam semua.... Hari ni kita layan N3 tertunggak ya... Untuk N3 ni, aku melapis kek kukus pulak... Setelah berjaya melapiskan kek jenis bakar,  errr... berjaya ka...? macam tak ja aku try pulak jenis kukus ni... Payah jugak nak melapiskan kek jenis kukus ni sebab kita bukan nampak permukaan kek tu sama ada dah masak atau tak. Kalau yang bakar boleh ngendap tengok dalam oven tu.... Rasa kek ni pun istimewa sebab lapisan koko tu boh nescafe... Lagi la aku suka... Kalau ada sapa-sapa yang nak mengukus kek boleh la cuba buat kek lapis ni... Jom tengok resepi kat bawah ni.. Jom-jom...




Kek Lapis Bumi (Kukus)
Rujukan Sumber Asal : HaSue@Myr
C & P / Resepi Olahan : DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air

-1 cawan tepung gandum (diayak)[ aku guna tepung hong kong ]
-1/4 cawan serbuk holicks
-5 biji telur gred A
-225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
-4 sudu besar serikaya
-1/2 cawan gula kastor
-1/4 cawan susu pekat manis
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air
panas)
-Pewarna hijau dan kuning


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.


Selamat Mencuba...


Tuesday 4 June 2013

Mango Crepe With Custard Filling




   Salam semua.... Kali ni baru aku berkesempatan nak buat crepe yang menjadi perbualan hangat pada hujun tahun lepas. Asalnya aku pun nak buat juga dulu tu, tapi ramai sangat yang dok buat. Bagi reda dulu demam crepe baru aku start buat. Tak pa la walaupun aku ni dah jauh ketinggalan daripada rakan-rakan blog yang lain... Janji aku dah buat dan dah tau macam mana orang boleh jadi gila dengan benda ni... Gila...? Rasanya bukan gila kot, mungkin ketagih... Huhuhuhuuu... Sedap sikit ayat tu kan... Yang paling fames tentu durian crepe, tapi aku tak berapa berkenan dengan durian ni. So, aku tukar dengan mangga.. Asalnya teringin nak letak harum manis, tapi kali ni buah tak berapa nak jadi. Kalau nak beli sekilo mak aiii, mahalnya.... Dekat RM20... Yang ada pelam chokanan ja kat rumah aku ni. Tu pun tak berbuah banyak macam sebelum-sebelum ni... Jadi la kann.... Memang sedap dan lemak berkrim bila makan buah pelam ni bergabung dengan inti custard.. Resepi ni aku amek kat kak ita dari masam manis. Resepi asal untuk durian crepe, aku tukr jadi mango crepe. Mohon share resepi kat sini ya akak... Sapa yang terasa nak makan crepe lagi boleh la tengok resepi kat bawah ni...




CREPE
C & P : Kak Azlita

Bahan-Bahan

-40 gm tepung gandum
-40 gm tepung ubi
-20 gm tepung jagung
-20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
-1 biji telur saiz A
-1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
-130 ml susu segar
-50ml air ~ bergantung kepekatan
-Secubit garam
-1 sudu besar gula halus
-Pewarna kuning [ aku letak pewarna hijau ]
-Perasa durian / durian paste [ aku letak perasa mangga ]

Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak. Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata. Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.. Kemudian di tapis.
  2. Sediakan pan untuk membuat crepe. Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.. Kemudian perlahankan api ke sederhana. Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan. Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata.
  4. Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit. Tak perlu di balikkan. Buat sehingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik. Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu.
Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.





CREAM CUSTARD FILLING [ aku buat 1/2 adunan saja ]

-1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
-1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
-1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
-4 biji kuning telur
-3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
-30 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-Secubit garam
-Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Cara-Cara
  1. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas.
  2. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla Kacau rata.
  3. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
  4. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biarkan ia sejuk
  5. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
  6. Adunan ni dapat agak banyak. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.




CARA PENYEDIAAN

-Kepingan crepe ~ secukupnya
-Krim Kastard ~ secukupnya
-Isi durian ~ secukupnya [ isi mangga didadu secukupnya ]

Cara-Cara
  1. Letakkan sekeping crepe.
  2. Letakkan krim kastard di atasnya.
  3. Kemudian letakkan isi durian [ isi mangga ].
  4. Tutup kembali denga krim kastard.
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.


Sungguh lemak berkrim...


Sunday 2 June 2013

Featherlight Cheesecake



    Salam semua.... Terasa nak makan cheesecake la pulak... Kalau buleh yang ringan-ringan... So, aku pun buat la resepi ni... Bila tengok resepi ni cuma guna sikit ja cream cheese tu. Ada lagi baki masa buat kek lapis hari tu. Jimat dah, tak payah nak beli tambah. Asalnya resepi ni dari Alex Goh... Kek ni kena handle dengan hati-hati sebab ala-ala rapuh gitu.. Tak pun mudah patah... Rasa kek ni pulak lebih kurang japenese cotton cheesecake.. Bab nak marblekan tu aku kurang berjaya lagi. Masih tak mau jadi marble... Pastu kek aku ni merekah kat tengah tu... Haduhhh... Dah tak cantik... Apa-apa pun kek ni kejap ja aku habiskan... Huhuhuuu.... So, kalau ada yang teringin nak buat cheesecake boleh la tengok resepi kat bawah ni....






SUMBER : Wendy
C & P : Kak Hana

Bahan-bahan

-250gm susu segar
-20gm butter
-125gm cream cheese - suhu bilik
-50gm tepung gandum*ayak - hana campur tepung kek [ aku guna tepung hong kong ]
-3 biji kuning telur
-1 tsp esen vanila
-3 biji putih telur
-1/8 tsp cream of tartar
-80gm gula
-secubit garam
-½ tbsp serbuk koko + 1 tbsp air panas > bancuh jadikan pes

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 150-160. Alaskan loyang square 8inci [ aku guna loyang bulat 7'' ] dengan oven paper.
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat. (bleh juga gune kaedah double boiler).Ketepikan dan biarkan suam sebentar.
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan pes koko yg telah dibancuh tadi. Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.



Makan sejuk-sejuk rasa macam ais krim...
Cair dalam mulut...