Thursday 31 January 2013

Kuih Bakar Pandan


   Salam semua... Menu apa petang-petang ni...? Apa kata try buat kuih bakar pandan. Resepi ni aku C&P dari blog K.Yatie. Masuk blog dia memang best. Kalau bab kuih talam memang cun-cun dia buat. Aku sendiri tengok pun teringin nak buat. Tapi kalau buat, orang kat rumah ni jarang nak makan kuih talam ni. Hmmmm... Tak pa, satu hari nanti aku pasti akan buat jugak, mungkin separuh adunan... Tapi hari ni kita layan kuih bakar pandan dulu. Jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 cawan air pandan
-1 cawan santan
-1 cawan susu cair (sejat)
-3 biji telur
-Sedikit pewarna hijau [ aku letak pandan paste ]
-Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka [ aku guna yang putih & hitam ]

Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya [ aku tapis kedalam loyang & aku guna loyang 6x6 ]
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5.  Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Saya bakar lebih masa bergantung pada kepanasan oven masing2. [ aku bakar lebih kurang 50 minit pada suhu 150c. 10 minit terakhir aku naikkan suhu kepada 170c ]


Aku suka tang hangit-hangit tu...
Memang sedap..

Wednesday 30 January 2013

Ayam Panggang [ i ]


   Salam dan selamat tengahari kengkawan blog aku ni... Hari ni kita jamu mata dengan resepi ayam panggang pula. Meleleh air liur tak tengok ayam panggang aku ni....? Kalau meleleh, cepat-cepat lap, kalau orang nampak nanti malu. Hehehe.. Untuk resepi ni aku dah sediakan ayam ni awal-awal. Katakan la, kalau nak makan tengahari ni, semalam aku dah perap siap-siap la ayam ni. Masa nak panggang tu tak kalut sangat. Lagipun kalau perap lagi lama, lagi la sedap. Sebabanya bahan perapan tu dah meresap dalam daging ayam tu.. Jom tengok rsepinya...

Bahan-Bahan

-2 bahagian peha ayam / setengah ekor ayam

Bahan perapan
-2 sudu makan sos tiram
-2 sudu makan madu
-1 sudu makan kicap
-1 sudu makan sos cili
-sedikit garam
-4 ulas bawang merah [ didadu ]
-3 ulas bawang putih [ didadu ]
-1 sudu teh jintan manis [ditumbuk ]
-1 sudu teh lada hitam [ditumbuk ]
-2 sudu teh cili flakes
-1 sudu teh mix herbs
-1 batang serai [ hiris nipis-nipis ]
-sedikit halia [ hiris nipis-nipis ]

Cara-Cara
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Campurkan kesemua bahan perapan kedalam dalam bekas besar dan gaul rata.
  3. Masukkan ayam kedalam bekas tersebut dan lumur bahan-bahan perapan keseluruh bahagian ayam.
  4. Perapkan sekurang-kurangnya 3 jam dalam peti sejuk. [ Kalau nak best semalaman ]
  5. Letak ayam di atas dulang yang telah dialas dengan daun pisang dan bakar dalam oven pada suhu 160c [ ikut oven masing-masing ] selama 1 jam atau sehingga masak.  Selepas 30 minit pertama, kelurkan ayam dari oven dan sapu lebihan bahan perapan pada ayam tersebut dan sambung masak [ Untuk 10 minit terakhir aku naikkan suhu supaya nampak lebih garing ]



Jemput makannn...

Tuesday 29 January 2013

Donut Keledek


   Salam.. Hari ni minum petang dengan donut keledek... Aku amek resepi ni kat blog jintanmanis. Resepi asal dia buat donut kentang. Tapi aku guna resepi kat blog dia ganti keledek. Keledek dengan kentang tu sama saja. Kat depan dia tu pun kita panggil ubi dulu pastu baru namanya... Keledek ni pak lang aku kasi, so tak tau nak buat apa, buat donat jela... Nak rebus rasa macam biasa-biasa ja. Maka jadi la donat... Masa dok timbang tepung gandum tu, tengok-tengok, cukup 150gm saja. Macam mana ni...? Hmmmm... Ganti dengan tepung roti la untuk 100gm lagi tu. Alhamdulillah... Donatnya menjadi dengan elok dan sedap... Jom kita tengok resepi kat bawah...


Bahan-bahanya

-250 gram tepung gandum[ aku letak 150gm tepung gandum, 100gm tepung roti ]
-80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil) [ ganti keledek ]
-2 sudu besar susu tepung/skim milk
-1 biji telur ( dipukul sedikit)
-80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
-1 1/2 sudu besar marjerin
-2 sudu besar gula
-4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu
rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai
agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut keledek bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..



Donat aku ni tak berapa bulat sangat..
Tapi boleh la...

Monday 28 January 2013

Abuk-Abuk Serimuka


   Salam dan selamat pagi semua... Selamat menyambut thaipusam juga kepada kengkawan yang beragama hindu...Dah sarapan ke...? Hari ni kita sarapan kuih lah... Dah lama betol tak buat kuih, selalu dok buat kek je.. Gian la pulok... Hehehe... Hari ni aku nak kongsi resepi yang aku pun tak pernah buat. Aku amek resepi ni dalam kitab masakan kak aku. Dia photostat bagi satu salinan kat aku. Dari dok terperam, baik aku amik ilmu yang ada dalam tu. Boleh jugak kongsi-kongsi dengan satu dunia... Tediaaa ayat... Meh tengok resepi kat bawah ni...


Bahan-Bahan

Lapis bawah
-100 gm biji sagu
-30 gm gula merah
-1/3 cawan kelapa parut
-sedikit garam

Lapis atas
-3 sudu besar tepung gandum
-1 sudu besar tepung jagung
-1/2 sudu besar tepung kastard
-2 cawan santan
-60 gm gula
-3 biji telur
-1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
-1 1/2 sudu teh pandan paste
-1/2 sudu teh esen vanila
-sedikit garam

Cara-Cara
  1. Panaskan pengukus dan alas loyang 6x6 dengan plastik bersih.
  2. Lapis bawah : Rendam sagu, tapis dan toskan. Campur dengan gula merah, kelapa parut dan garam. Gaul rata. Masukkan adunan tersebut dalam loyang dan ratakan. Kukus sehingga masak [ lebih kurang 20 minit ].
  3. Lapis atas : Masukkan kesemua bahan B kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Tapis kedalam periuk dan masak sehingga kelihatan sedikit pekat dengan api sederhana. Sentiasa kacau dengan whisk supaya tidak berketul. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus sehingga masak [ 25-30 minit] dengan api sederhana.
  4. Sejukkan sebelum dipotong.


Macam ni kot rupa kuih tu..
Aku pun tak penah nampak sebelom ni...
Dalam kitab tu tak tunjuk rupa kuih tu pun..

Saturday 26 January 2013

Hokkaido Chiffon Cake


  Salam semua... Hari ni kita buat Hokkaido Chiffon Cake pulak. Boleh makan sambil minum petang. Aku amek resepi ni kat blog rahel. Terima kasih la tuan blog sebab sudi berkongsi resepi ni. Kalau nak tengok resepi asal dari blog dia klik sini. Kek ni memang gebu dan lembut. Untuk inti kastard tu, aku cuma letak dairy whipping cream yang dah diputar hingga gebu. Huuuu... Memang sedap makan kek dengan krim ni. Cair dimulut gitu...  Lepas tu ada buah kiwi fresh sama, lagi la nikmat.... Tak rugi kalau cuba buat. La ni kita tengok resepi yang kat bawah pula...



Bahan-Bahan

Bahan A
-150g tepung kek-ayak 2x
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu besar susu tepung
-100g gula kastor [ aku letak 80gm ]

Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
-70ml minyak jagung/canola oil
-4 biji kuning telur
-100ml susu segar
-1 sudu teh strawberry paste/esen vanila [ ganti perisa mocca, strawberry habis ]

Bahan C:
-4 biji putih telur
-80g gula kastor [ aku letak 50gm ]
-1/4 sudu teh cream of tartar


-buah kiwi untuk hiasan [ aku tambah ]

Cara-Cara
  1. Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
  2. Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A.Kacau hingga licin.Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih,masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi sedikit sambil putar sehingga naik dan kembang (stiff peaks).
  4. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan. Kemudian masukkan lagi 2/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati dengan perlahan.
  5. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg adunan kek dan timbang 55g setiap satu cawan ).
  6. Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas & bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit. (tergantung kepanasan oven masing-masing)
  7. Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder'' [ aku tak letak ] dan letak buah kiwi sebagai hiasan.




Inti Kastad:
-70g instant custard powder [ yang ni tak letak ]
-200g susu segar sejuk dr pt sejuk [ yang ni tak letak ]
-300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu [ aku guna yang ni saja ]


Cara-Cara
  1. Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
  2. Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel bentuk star.





Apa Lagi...
Jom Makan...



Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul dan pizza tertunggak..


   Salam Maulidur Rasul kepada semua warga blog dan seluruh umat islam di dunia... Hari ni aku nak cuci-cuci draft. Nak publish resepi tertunggak yang tahun lepas... Ni resepi yang besa aku dok buat. Klik sini kalau nak tengok. Tapi untuk resepi ni aku guna water roux. Tak sangka jadi jugak. Piza ni aku buat masa aku pi selangor bulan 12 tahun lepas. Aku buat dua biji. Satu aku bagi kat kak aku yang kat rawang, satu lagi aku bagi yang kat klang. Aku buat ni pun sebelum aku balik kampung. Kalau tak buat, nanti kempunan pulak kakak-kakak aku nak merasa. Heheheee... Meh tengok resepinya...

Bahan Doh

-200gm tepung roti
-1 sudu makan susu tepung
-10gm gula
-6gm yis basah + lebih kurang 20gm air suam
-50-60gm air sejuk
-1/2 sudu makan mentega
-2 sudu makan water roux [ resepi water roux kat sini ]



Bahan Inti

-3 batang sosej ayam
-8 ekor udang sederhana besar
-4 ekor sotong
-bebola ikan
-bebola ketam
-jejari ketam



Bahan sos

-2 sudu besar minyak masak
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-sayur campur
-lada benggala merah dan kuning
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh mix herbs
-parutan keju cheddar keju parmesan




Cara-Cara
  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sotong dan potong nipis-nipis. [ Udang dan sotong aku goreng tanpa minyak kejap. Masa goreng tu aku masukkan sedikit lada putih kalau nak ]  Potong sosej ayam, bebola ketam, ikan dan jejari ketam nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Potong dadu lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk besar.
  4. Masukkan gula, water roux dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 30-40 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda. Selepas direhatkan, tumbuk doh untuk membuang udara.
  7. Bahigi doh kepada dua bahagian sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan " [ aku guna tudung periuk je ]  dan ikut bentuk acuannya. Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak sayur campur, lada benggala dan cendawan butang. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti mix herbs dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak.



nampak ada dua kale...?
yang merah ada cili untuk orang dewasa...
yang plain tu untuk kanak-kanak...

Tuesday 22 January 2013

Black Forest Swiss Roll


    Salam... Sihat ke kengkawan alam maya aku ni...? Aku ni sihat je... Alhamdulillah.... Hari ni mood  aku tetiba nak makan swiss roll pulak. Kita makan Black Forest Swiss Roll lah. Mudah je nak buatnya. Bahan-bahan pun tak la banyak sangat. Aku dah lama nak try buat resepi ni. Tapi tak da masa. So, bila dah ada masa lapang kita buat je la... Aku amek resepi ni kat blog citarasawan. Kalau nak tengok resepi asal dia klik sini yerr... Swiss roll ni sekali-sekala ja buat, tapi kalau dah start buat tu, memang nak buat swiss roll jenis lain lagi. Nanti akan muncul dua tiga jenis swiss roll yang akan aku buat. Tunggguuu.... HAHAHAAA... Apa-apa pun jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan

Bahan A
-3 biji kuning telur
-75gm gula kaster [ aku letak 50gm ]
-50ml air
-40ml minyak jagung / minyak masak
-55gm tepung gandum
-20gm serbuk koko
-1 sudu teh coklat emulco

Bahan B
-3 biji putih telur
-2 sudu teh gula kaster
-1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
-1 tin kecil dark pitted cherry, toskan airnya [ aku potong nipis-nipis ]
-200ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Hiasan : Parutan coklat masakan / chocolate rice / maraschino cherry

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)


Cara-cara :
  1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  3. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang. Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
  5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10- 15 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit.
  7.  Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek. Terbalikkan kek. Keluarkan kertas alasnya.
  8. Sapu whip krim di permukaan kek dan susun dengan pitted cherry, kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.
  9. Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.



Selamat mencuba...


Sunday 20 January 2013

Kek Chiffon Blueberry


  Salam... Hari ni kita minum petang dengan menu yang ringan ala-ala kapas gitu. Kita makan kek chiffon blueberry. Selalu kita makan perasa pandan. Tapi kali ni kita cuba ubah perasa sikit. Untuk chiffon blueberry ni aku tambah buah blueberry fresh. Memang sedap... Ceeee... Puji sendiri nampak. Hehehe... Tapi bagi aku yang buat ni mesti la rasa sedap. Rasa dia masam-masam manis. Yang masam-masam tu dekat buah blueberry, yang manis semestinya kek la. Kalau nak  rasa blueberry yang manis rasanya kena guna yang dalam tin la. Yang tu kompem manis sebab dah tambah gula. Meh tengok resepinya....


Bahan-Bahan
Bahan A
-5 kuning telur gred A
-40gm gula kastor
-120gm tepung kek
-1/2 sudu teh serbuk penaik
-60gm susu cair
-40gm minyak jagung
-1 sudu teh blueberry paste
-buah blueberry fresh [ belah dua ]
-1/2 sudu teh esen vanila
-sedikit pewarna ungu

Bahan B
-5 putih telur gred A
-1/4 sudu teh cream of tartar
-80gm gula kastor


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ye ]
  2. Satukan tepung kek bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan blueberry paste, susu cair dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental [ maksudnya bila terbalikkan mangkuk pengadun tu, meringue tak jatuk bawah lantai. Hehehe..]
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya serta buah blueberry dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.
  9. Sedia dinikmati...




Rupa sebelum dipotong...




Nampak tak blueberry yang cair tu..
Rasa masam-masam manis bila makan dengan kek...

Friday 18 January 2013

Pavlova


  Salam semua... Hari ni kita makan dessert barat pulak, Pavlova... Dessert ni memang manis bagi aku. Tapi bagi yang suka manis-manis mesti suka makan. Rasa dia ringan-ringan gitu. Nasib baik guna buah keluarga "Berry". Boleh la cover rasa manis tu... Bila gigit kesemua bahan-bahan baru ada rasa masam-manis. Memang sedap. Tapi jangan makan selalu... Bahaya, gula naik nanti.. Heheheee... Aku amek resepi ni kat blog DTS. Kalau nak tengok step by step boleh klik kat sini.... Aku punya tak sertakan step by step... Maaf ye, sebab masa tengah dok buat tu aku tengok nampak comot je. Nak amek gambar pun rasa segan.... Meh tengok resepi kat bawah ni..



BAHAN-BAHAN

-150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
-1 cawan gula kastor [ aku kurangkan jadi 3/4 cawan ]
-2 camca besar tepung jagung
-2 camca teh cuka makan
-1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
-Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)[ aku guna non-dairy whipping cream, pukul hingga kental ]
-Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Blackberry segar secukupnya


CARA- CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(mat gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh.... Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.
  3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..




selamat mencuba...

Tuesday 15 January 2013

Jambu Madu


  Salam semua... Hari ni aku tak update pasal resepi. Cuma nak tunjuk gambar buah Jambu Madu yang dah mula masak. Jangan bermadu dah laa.... Lawak je jangan marah yeee..... Hari ni aku tak masak sebab penat sebab kemarin baru sampai kampung. Minggu lepas aku pi rawang dan klang. Pi rumah kak aku. Jalan-jalan. Pagi kemarin baru sampai... Berbalik pada Jambu Madu ni,nampak mengancam tak...? Merah menyala... Dah tu manis la pulak. Tapikan buah ni kalau kembang sangat, dia merekah, macam gambar kat atas tu... Selalunya kalau nak beli buah ni masa singgah kat hentian R&R. Memang banyak kat situ tapi mahal la sikit... Lepas ni tak yah la nak beli, makan yang kat rumah sampai muntah. Hahahaaaa....







  Yang ni pulak tah habis masak lagi. Kena balut dengan beg plastik. Kalau tak, penyengat cucuk buah. Nanti buruk. Tak pun burung yang makan. Lagi satu, kalau balut buah ni, kulit dia merlit lip lap, lip lap... Hahahaaaa...




  Buah tak dan nak habis lagi, tapi dah start bunga yang baru. Memang rezeki la.... Alhamdulillah, syukur...

Sunday 13 January 2013

Aiskrim Goreng Salut Bread Crum



   Salam semua... Petang-petang ni makan apa...? Aku petang ni try buat aiskrim goreng. Kali ni aku buat lain sikit. Salut dengan bread crum. Guna yang kale oren tau.. Baru nampak mengancam kan.. Bila dah siap goreng tu, nampak cantik je kale dia. Macam nuget ayam pun ada. Hehehee... Masa kita gigit tu boleh la dengar krup, krap, krup, krap sebab bread crum tu rangup. Masa goreng tu kena kejap je. Cuma balik kiri, balik kanan. Dah siap. Kalu lama nanti aiskrim tu cair.  Meh kita tengok resepinya...


Bahan-Bahan [ sorang makan ]

-4 keping roti
-aiskrim kegemaran
-bread crum secukupnya
-1 biji telur [ dipukul sedikit ]

Cara-Cara
  1. Ratakan roti hingga leper.
  2. Letak aiskrim ditengah-tengah roti yang leper tersebut.
  3. Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
  4. Tekap dengan gelas getah. Pastikan kedua-dua belah roti bercantum supaya aiskrim tak meleleh keluar.
  5. masukkan kedalam bekas plastik dan simpan semalaman dalam tempat sejuk beku.
  6. Setelah semalaman, keluarkan dari peti sejuk. Pukul telur, salut seluruh aiskrim dan golek-golek atas bread crum.
  7. Simpan semula di tempat sejuk beku sehingga sedia digoreng.
  8. Masa nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas dengan api kuat. Goreng kurang dari satu minit supaya aiskrim tak cair.
  9. Sedia dinikmati.



Untuk step salut dengan bred crum tak disertakan..
Harap maaf yee..









Saturday 12 January 2013

Kek Keju Coklat dan Vanila Bakar


  Salam semua... Kali ni buat kek keju lagi... Badan naik la lepas ni. Heheheee... Ni atas permintaan anak buah aku. Dia tak suka yang blueberry, so dia suruh ganti perisa coklat. Resepi ni aku olah dari  Baked Blueberry Cheese cake (Kek Keju Blueberry Bakar). Resepi asal kat sini. Jom tengok resepinya....


Bahan base biskut:

-100g biskut oreo, dihancurkan (diblend sampai hancur dalam blender rempah)
-40g butter, dicairkan
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.


Bahan cream cheese:

-250g cream cheese, suhu bilik
-65g whipping cream
-1 sudu makan serbuk koko [ tambah sedikit air panas, jadikan pes ]
-30g gula kastor
-3 kuning telur Gred A
-1 st esen vanila
-1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi) [ aku guna limau nipis ]
-30g gula kastor
-3 putih telur Gred A
-1/4st cream of tartar (optional)


Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).
  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).
  5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
  6. Bahagi kepada dua bahagian. Satu dimasukkan coklat pes, satu dibiarkan kosong ditambah esen vanila.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang-seli berisi diatas base biskut. Dengan menggunaka lidi bersih, lorek-lorek adunan kek dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)
  8. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk.



Bila dah potong...
Nampak cantik jugak...
Selamat mencuba...

Friday 11 January 2013

Daging Masak Black Papper


   Salam semua. Hari aku nak tunjuk menu tengahari aku, daging masak black papper. Asalnya nak masa kurma daging, alih-alih rempah kurma dah habis... So, kita tukar jadi daging masak black papper. Resepi ni kaya dengan sayur sebbab aku boh macam-macam dalam menu ni. Daging tak banyak mana pun. Jaga kesihatan... Jom tengok resepinya...

Bahan-Bahan

-150gm daging
-1/2 sudu makan lada hitam [ ditumbuk ]
-1 sudu maka sos tiram
-1 sudu makan kicap manis
-1 sudu makan sos cili
-halia [ dihiris nipis ]
-1/2 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-lada benggala merah dan kuning
-lobak merah
-shitake mushroom
-tomato
-cili padi dihiris tengah

Cara-Cara
  1. Semua sayur dan daging dihiris mengikut kemahuan masing-masing. Perap daging dengan hirisan halia.
  2. Tumis bawang putih dan masukkan daging. Goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan kicap manis, sos cili dan sos tiram. Gaul rata dan masukkan lada hitam.
  4. Masukkan lobak merah, dan shitake mushroom dahulu. Masak seketika, kemudian baru masukkan lada benggala, bawang besar, cili padi dan tomato. Tambah air jika kelihatan kering.
  5. Masak sehingga sayur kelihatan lembut dan tutup api.
  6. Hidang bersama nasi panas...






Thursday 10 January 2013

Mini Sosej Bun


   Salam semua... Hari ni menu apa untuk minum petang..? Aku petang ni buat mini sosej bun. Kiut-kiut pula bun yang aku buat ni. Untuk resepi ni aku buat sikit ja. Dapat dalam tujuh biji gitu. Nak buat bebanyak takut lambat habis. Aku semenjak reti sikit-sikit cara buat roti ni suka makan yang fresh ja. Maksudnya hari ni buat, hari ni kena habiskan. Yang tak abis tu, kurang sikit. Mak aku jugak la mangsa yang kena perabiskan. Mengada-ngada betol kan aku ni. Hehehee... Sapa-sapa yang nak buat banyak boleh la menggandakan seberapa banyak yang suka ye... Resepi ni asal dari sini. Aku cuma oter sikit-sikit. Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-100gram tepung gandum
- mini sosej secukupnya. [ aku guna 7 batang]
-1 sudu makan susu tepung
-1 sudu makan telur[ pukul sedikit dan ambil satu sudu makan tinggalkan selebihnya untuk bahan gliss ]
-1/2 sudu makan mentega
-1/2 sudu teh yis basah [ tambah air dan larutkan. jangan banyak sangat air nanti doh lembik ]
-1 sudu makan susu pekat
-1- 1 1/2 sudu makan water roux

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  3. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil. Ambil doh tersebut dan leperkan sedikit. Kemudian letakkan mini sosej ditengah dan balut keliling sosej dengan kemas. Buat sehingga habis. Susun diatas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan naik dua kali ganda.
  4. Gliss permukaan bun dengan egg wash. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Keluarkan dan sapu permukaan roti dengan mentega.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
** Kalau doh lembik tambah sikit tepung, kalau doh keras tambah sikit air...



Nampak kiut tak...?
Macam kura-kura la pulak..
Hehehee...


Wednesday 9 January 2013

Aiskrim Float


  Salam..... Ahhhh... Dalam keadaan cuaca panas ni apa kata kita minum float... Mesti sedapkan... Ye la, tengah-tengah panas ni pekena benda yang sejuk-sejuk kompen best.. Jom tengok resepinya


Bahan-Bahan

-sirap ros
-minuman berkarbonat perisa aiskrim soda
-aiskrim perisa strawberi
-kiub ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan kiub ais kedalam gelas.
  2. Tuang sedikit sirap dan kemudian masukkan air berperisa aiskrim soda.
  3. Ambil satu scoop aiskrim dan letak di tengah gelas.
  4. Sedia dinikmati.



Tuesday 8 January 2013

Nasi Goreng Cina


   Salam dan selamat pagi semua... Dah sarapan ke...? Kalau belum, apa kata kita sarapan nasi goreng cina hari ni. Hmmmm... Nak tulis apa pun dah tak tau.. Jomlah tengok resepinya...


-1 cawan nasi sejuk yang telah dileraikan
-6 ekor udang sederhana besar
-1 biji telur
-1 sudu besar sos tiram
-2 ulas bawang putih
-1 ulas bawang merah

-1/4 cawan sayur campur
-1 batang cili padi
-garam
-lada putih


Cara-Cara
  1. Buang kulit udang dan belah belakangnya. Bersihkan kekotoran. Ketepikan
  2. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan udang. Kacau hingga udang bertukar warna merah dan masukkan sayur campur. Gaul rata.
  5. Masukkan sos tiram dan gaul. Masukkan nasi dan gaul lagi. Untuk pedas masukkan sedikit cili dan lada putih. Jika kurang masin, tambah sedikit garam. Gaul sebati dan tutup api.
  6. Sedia nikmati.

Monday 7 January 2013

BISTIK TELUR



   Salam semua... Hari ni aku nak kongsi resepi bujang ja. Makan sorang-sorang. Nak masak bebanyak nanti tak abis pulak. Nanti membazir. So, aku cuma masak BISTIK TELUR je. Mudah, senang dan sedap. Aku amek resepi ni kat DTS. Resepi dia kat sini yee... Jom kita cuba buat...


BAHAN-BAHAN

-1/3 cawan daging cincang
-1 biji bawang besar, didadu
-2 ulas bawang putih, cincang halus
-1/2 inci halia, cincang halus [ tak letak ]
-5 biji cili padi, cincang halus [ aku buat hiasan ]
-1/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
-1 camca besar sos tiram
-1 camca besar sos tomato [ tak letak, ganti pes tom yam ]
-1 1/2 camca besar sos cili
-1/2 kiub pati daging lembu [ tak letak ]
-Sedikit air
-Sedikit sos ikan
-Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan [ tak letak ]
-Hirisan daun bawang, untuk hiasan (mat guna parsley) [ tak letak aku ganti daun kari ]
-3 telur, dipukul sedikit [ aku buat 2 biji ]
-1 camca besar mayonnaise
-Sedikit serbuk lada hitam [ aku ganti lada putih ]


CARA-CARA
  1. Panaskan mintak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap.
  2. Masuk sos cili dan sos tomato [ pes tom yam ], kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
  3. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
  4. Tuang no. 2 atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.




Butterfly Farm Pulau Pinang

   Salam semua... Hari ni cuma nak update pasal percutian masa hujung bulan 12 hari tu [ 31.12.2012 ]... Kejap saja kami pi sana. Kami cuma pi kat butterfly farm ja Masa kami pi tu cuaca tak berapa elok. Mendung dan hujan sikit-sikit. Sebelum pi butterfly farm tu kami benti kejap kat tepi pantai. Kami benti kat Kompleks Pantai Miami kejap. Nak amek gmbar pun tak berapa nak ada mood, sebab mendung...







   Lepas tu baru kami terus pi Butterfly Farm. Kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang sempat aku amek walaupun waktu tu hujan renyai-renyai. Rama-rama pun malas nak terbang waktu ni. Sejuk la kot. Macam manusia, bila hujan ja terus tarik selimut nak tidur. Hehehehee...














Yang ni fresh dari ladang...






Antara tumbuhan yang sempat aku snap








Haiwan lain pun ada jugak







Yang ni dah dikeringkan
















Bila dah habis melawat, boleh la amek gambar dengan kabui besar ni....
Selamat bercuti