Saturday, 5 January 2013

black forest cake


   Salam semua. Hari ni aku nak tunjuk resepi kek birthday akak aku. Ni kek birthday first time aku buat. Dah la tak pandai nak hias kek guna krim. Nampak comot ja. Tapi atas permintaan aku buat jugak la. Alhamdulillah, jadi dengan baiknya walaupun nampak comot. Heheheee..... Kek ni sepatutnya aku letak masa 1 haribulan january. Tapi tak sempat nak upload gambar. So, tertunda sampai hari ni. Kek ni aku dah kurangkan jumlah gula sebab dia tak suka makan kek yang manis-manis. Bila dah kurangkan gula tu, rasa ok gak. Aku pun suka. Aku amek resepi ni kat blog RAHEL. Klik sini untuk tengok resepinya. Kek dia jadi gebu dan lembut. Meh tengok resepi aku buat ni...



Kek Span Coklat
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
-200g tepung kek
-200g gula kastor [ aku kurangkan 80gm, akak aku tak suka manis  ]
-110g mentega cair/minyak masak [ aku ganti minyak jagung ]
-100g air
-40g serbuk koko
-20g ovalette
-6 biji telur gred A
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh emulco coklat [ aku tambah pewarna coklat sikit ]


Cara membuat:
  1. Griskan acuan bulat berukuran 9 inci [ aku guna loyang bulat spring form 9 inci ]. Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C [ suhu aku kurangkan kepada 160'C ].
  2. Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat + pewarna coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.
  4. Tuangkan mentega cair [ minyak jagung ] dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).





Bahan Hiasan:

-1 liter krim putar Baker Mix (non-dairy whipping cream) [ aku guna 2 cawan non-dairy whipping cream ( cap rich ) + 1 cawan uht whipping cream ( cap anchor ) ]
-100g coklat masakan -dihiris nipis
-10 biji ceri marachino
-10 keping hiasan coklat [ ganti coklat chip ]
-1 tin ceri hitam
-coklat rice secukupnya
-Sedikit jus oren [ aku ganti jus ceri hitam ]


Cara membuat:
  1. Kek span coklat dihiris dua bahagian (i hiris 3 bahagian) [ aku pun potong 3 jugak ].Ketepikan.
  2. Pukul krim putar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu. Simpan sebentar dalam peti sejuk.
  3. Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10''.Renjis jus ceri hitam di atas lapisan pertama. Ambil sedikit krim putar & sapukan atas kek tadi.Susun buah ceri hitam di atasnya.
  4. Kemudian letak lapisan kek span kedua.Renjis jus ceri hitam & sapu krim putar pd permukaan dan tepi kek.Hias tepinya dengan hiasan coklat atau coklat urai.
  5. Guna bag piping dan bentukkan rosette di keliling kek.Hias dengan ceri marachino dan coklat hiris.




Tip:

*Untuk memudahkan menghiris coklat,gunakan pisau penghiris buah (peeler).
*Ceri marachino hendaklah dibasuh dan keringkan dengan tuala.
*Kek ini hendaklah sentiasa disimpan di dalam peti sejuk kerana ia tidak tahan panas.




Jemput makan...


3 comments:

  1. Wahh frst time kira ok nie..cantik..kek pn nmpk tinggi.

    ReplyDelete
  2. Salam...tumpang tanya..camner nk wat logo pd setiap pic...tolong PM saya di FB/GherrowMiroow..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...