Thursday 10 January 2013

Mini Sosej Bun


   Salam semua... Hari ni menu apa untuk minum petang..? Aku petang ni buat mini sosej bun. Kiut-kiut pula bun yang aku buat ni. Untuk resepi ni aku buat sikit ja. Dapat dalam tujuh biji gitu. Nak buat bebanyak takut lambat habis. Aku semenjak reti sikit-sikit cara buat roti ni suka makan yang fresh ja. Maksudnya hari ni buat, hari ni kena habiskan. Yang tak abis tu, kurang sikit. Mak aku jugak la mangsa yang kena perabiskan. Mengada-ngada betol kan aku ni. Hehehee... Sapa-sapa yang nak buat banyak boleh la menggandakan seberapa banyak yang suka ye... Resepi ni asal dari sini. Aku cuma oter sikit-sikit. Jom tengok resepinya...


Bahan-Bahan

-100gram tepung gandum
- mini sosej secukupnya. [ aku guna 7 batang]
-1 sudu makan susu tepung
-1 sudu makan telur[ pukul sedikit dan ambil satu sudu makan tinggalkan selebihnya untuk bahan gliss ]
-1/2 sudu makan mentega
-1/2 sudu teh yis basah [ tambah air dan larutkan. jangan banyak sangat air nanti doh lembik ]
-1 sudu makan susu pekat
-1- 1 1/2 sudu makan water roux

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  3. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil. Ambil doh tersebut dan leperkan sedikit. Kemudian letakkan mini sosej ditengah dan balut keliling sosej dengan kemas. Buat sehingga habis. Susun diatas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan naik dua kali ganda.
  4. Gliss permukaan bun dengan egg wash. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Keluarkan dan sapu permukaan roti dengan mentega.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
** Kalau doh lembik tambah sikit tepung, kalau doh keras tambah sikit air...



Nampak kiut tak...?
Macam kura-kura la pulak..
Hehehee...


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...