Friday, 18 January 2013

Pavlova


  Salam semua... Hari ni kita makan dessert barat pulak, Pavlova... Dessert ni memang manis bagi aku. Tapi bagi yang suka manis-manis mesti suka makan. Rasa dia ringan-ringan gitu. Nasib baik guna buah keluarga "Berry". Boleh la cover rasa manis tu... Bila gigit kesemua bahan-bahan baru ada rasa masam-manis. Memang sedap. Tapi jangan makan selalu... Bahaya, gula naik nanti.. Heheheee... Aku amek resepi ni kat blog DTS. Kalau nak tengok step by step boleh klik kat sini.... Aku punya tak sertakan step by step... Maaf ye, sebab masa tengah dok buat tu aku tengok nampak comot je. Nak amek gambar pun rasa segan.... Meh tengok resepi kat bawah ni..



BAHAN-BAHAN

-150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
-1 cawan gula kastor [ aku kurangkan jadi 3/4 cawan ]
-2 camca besar tepung jagung
-2 camca teh cuka makan
-1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
-Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)[ aku guna non-dairy whipping cream, pukul hingga kental ]
-Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Blackberry segar secukupnya


CARA- CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(mat gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh.... Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.
  3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..




selamat mencuba...

3 comments:

  1. salam syapex...
    siyes akak tak penah mkn pavlova ni...buah beri tu pon tak penah mkn tau...huhu...mesti sedap kan..mn ada comot..cun je tu...dua tengkat lagi..
    tgk eskrem goreng kt bwh ..cun je..akak buat aritu..pakai roti murah..yg nipis tu...asik koyak je..tak jd le..kena try lagi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn bkn pnah mkn lg pavlova. ni pn branikan diri bt jugak. Rasa x tau sama @ x... yg ni memang x brapa comot, ada satu set lg, tp x boh dlm blog sbb x cntk... heheheee.... Masa bt aiskrim goreng aritu pun ada yg bocor sbab letak byk sgt aiskrim. Terlalu cekang. Nasib baik x mletup... hehehee...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...