Thursday, 31 January 2013

Kuih Bakar Pandan


   Salam semua... Menu apa petang-petang ni...? Apa kata try buat kuih bakar pandan. Resepi ni aku C&P dari blog K.Yatie. Masuk blog dia memang best. Kalau bab kuih talam memang cun-cun dia buat. Aku sendiri tengok pun teringin nak buat. Tapi kalau buat, orang kat rumah ni jarang nak makan kuih talam ni. Hmmmm... Tak pa, satu hari nanti aku pasti akan buat jugak, mungkin separuh adunan... Tapi hari ni kita layan kuih bakar pandan dulu. Jom tengok resepi kat bawah ni...

Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 cawan air pandan
-1 cawan santan
-1 cawan susu cair (sejat)
-3 biji telur
-Sedikit pewarna hijau [ aku letak pandan paste ]
-Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka [ aku guna yang putih & hitam ]

Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya [ aku tapis kedalam loyang & aku guna loyang 6x6 ]
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5.  Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Saya bakar lebih masa bergantung pada kepanasan oven masing2. [ aku bakar lebih kurang 50 minit pada suhu 150c. 10 minit terakhir aku naikkan suhu kepada 170c ]


Aku suka tang hangit-hangit tu...
Memang sedap..

8 comments:

  1. sedap makan kuih tradisi kan

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan ^^..

    Sama la dgn kt..klu bt kuih talam, kt je lah yg mkn..mmg slalu kna buat 1/2..itu pun xlarat nak abis kan ^^.. pe2 pun kuih bakar ni mmg best..dh lama xbt:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau bt byk slalunya bg kt jiran2 la. nk mkn kt rumah memang x hbis...

      Delete
  3. salam sya......nk seloyang ado lagi tak ni...lama lh x buat kueh2 ni...rajin kamu ye..:-)
    terliur tgok.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuuu... dh abis....
      2 la... lmbt mtak..
      heheheee...

      Delete
  4. salam perkenalan.. rasanya mcm kenal jer rspi ni.. terima kasihlah kerana sudi mencuba.. http://www.myresipi.com/top/detail/4811

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam pkenalan jgak...
      tima kasih la akak sbb sudi kongsi resepi ni...

      : )

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...