Wednesday 27 April 2022

Kek Lapis Ulang Kayangan

Kek Lapis Ulang Kayangan


    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang last untuk raya ni. Rasa dah tak larat dah nak menghadap oven nak melapis kek ni. Dekat-dekat nak raya ni cuma nak buat kek butter la pulak.... Untuk kek ni rasa dia agak meriah dan bahan-bahan pun agak mewah... Memang patut cuba kek lapis ni.... Kalau ada yang teringin nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu.... Bye...


Kek Lapis Ulang Kayangan



Kek Lapis Ulang Kayangan
C&P :  Azbah Al Idlan ( FB Resepi Mama Kent )


Bahan-bahan

Bahan A
500gm butter
10 biji telur
150gm gula kastor
250gm tepung ( aku guna tepung hong kong )
150gm horlicks
750gm cream cheese
1 sudu ovelate
susu manis ( secukup rasa ) - aku letak 300gm
pewarna putih ( aku tak letak )


Bahan B
oreo crush
biskut biscoff ( dihancurkan )
cadbury ( dipotong kecil )


Cara-cara
  1. Pukul butter, gula dan ovallate sampai kembang.
  2. Masukkan cream cheese, pukul sampai betul kembang, masukkan telur satu persatu. Seterusnya masukkan bahan A yang lain. Pukul sampai kembang dan sebati.
  3. Sediakan bahan B. Masukkan adunan dalamloyang dan tabur setiap bahan B.Bakar ikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Dah masak ulang langkah yang sama sampai habis.
  4. Biarkan sejuk dahulu. Lebih bagus potong masa tengah sejuk-sejuk.
  5. Selamat mencuba.



Kek Lapis Ulang Kayangan

Monday 25 April 2022

Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese

Kek Lapis Oreo  Cheddar Cream Cheese


       Assalamualaikum.... Makan apa berbuka tadi... Aku makan yang simple-simple ja... Lama-lama tak berapa nak lalu makan dah... Nak-nak bila dah hujung-hujung bulan ramadhan ni... Tapi kalau air memang minum banyak... Hahahaa.... Sekarang ni cuaca agak panas, tu yang nampak air saja... Berbalik pada resepi kek lapis hari ni, ni resepi yang keempat kek lapis yang aku buat. Kalau ikut resepi asal cuma letak warna putih ja. Tapi aku buat dua warna. Satu putih, satu warna kuning. Untuk warna kuning aku tabur cheddar cheese. Untuk warna putih aku tabur biskut oreo. Kalau malas nak buat dua warna, buat warna putih je la... Ikut selera masing-masing. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni...
 
 

Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese


Kek Lapis Oreo  Cheddar Cream Cheese
C&P : Azizah Mansor Shaipol Hanizam ( FB Resepi Mama Kent )

Bahan-bahan
500gm mentega
1 sudu besar ovellete
3 sudu besar gula halus
250gm cream cheese
10 biji telur gred A
1tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
100gm tepung aiskrim vanilla
350gm tepung hong kong
1 bungkus oreo ( dihancurkan )
250gm cheddar cheese ( diparut )
75ml pewarna putih ( aku tambah warna kuning )


Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula halus dan ovellete dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan bertukar menjadi putih pucat. Masukkan cream cheese. Putar sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu di susuli dengan esen vanilla, susu pekat dan tepung aiskrim vanilla. Putar sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekali gus. Masukkan sedikit putar sebati, kemudian masukkan lagi. Ulang sehingga tepung habis. Masukka pewarna. Putar biar rata.
  4. Panaskan oven 10 minit suhu 180C. Lapisan pertama guna api atas dan bawah, bakar 10 minit. Letak loyang pada rak tengah. Ratakan adunan dalam loyang yang telah dialas, tabur cheddar cheese dan oreo hancur.
  5. Untuk lapisan kedua sampai akhir bakar guna api atas sahaja. Bakar 8 minit suhu 150C.Letak loyang dirak bawah sekali. Jangan lupa tekan-tekan kek sebelum melapis lapisan baru. Ulang langkah sama sehingga adunan habis.

*** Aku bahagi adunan sama banyak kepada dua bahagian. Satu bahagian letak warna putih, satu bahagian letak warna kuning. Untuk adunan warna putih aku tabur serbuk oreo. Adunan kuning aku tabur parutan cheese.



Kek Lapis Oreo  Cheddar Cream Cheese


Sunday 24 April 2022

Kek Lapis Coklat Chip

Kek Lapis Coklat Chip



      Assalamualaikum dan selamat pagi.... Pagi ni aku nak share resepi kek lapis ketiga pulak.... Sapa-sapa peminat milo mesti cuba kek lapis ni... Dah la kaya dengan rasa milo, ditambah pula rasa coklat dari coklat chip tu... Lagi bertambah kecoklatan kek lapis ni... Hahahaa... Kek ni pun sangat moist bagi aku... Kalau ada yang berminat nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu.... Byeee...

Kek Lapis Coklat Chip


Kek Lapis Coklat Chip
C&P :Ieqa Schafieqa ( FB : Resepi Mama Kent )


Bahan-bahan
500gm butter
50gm gula halus
1 sudu makan ovallete
1 tin tinggi susu pekat
1 tin tinggi srikaya ( 300gm )
10 biji telur
250gm tepung pau / hong kong
200gm milo
30gm serbuk koko
200gm serbuk aiskrim coklat
choc chip secukupnya


Cara-cara
  1. Butter, gula, ovallete, susu pekat pukul sehingga kembang
  2. Letak srikaya, sebatikan dan masukkan telur satu persatu. Pukul rata.
  3. Masukkan tepung sikit-sikit. Pukul perlahan sehingga sebati.
  4. Bahagi 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan milo dan serbuk koko.Satu bahagian lagi masukkan serbuk aiskrim coklat.
  5. Cara bakar mula dengan adunan milo, adunan aiskrim coklat ditabur choc chip, adunan milo, adunan aiskrim coklat ditabur choc chip sehingga habis.
  6. Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja. Lapisan terakhir guna api atas dan bawah.
  7. Suhu 150C/10 minit ( ikut kepanasan oven masing-masing )

*** Adunan milo nampak gelap berbanding aiskrim coklat




Kek Lapis Coklat Chip

 

Thursday 21 April 2022

Kek Lapis Biscoff Cheese

Kek Lapis Biscoff Cheese


        Assalamualaikum.... Tengah buat kuih raya ka tuuuu... Hihihii.... Aku baru sempat buat dua jenis... Nanti dah rajin aku sambung lagi buat kuih raya tu.... La ni kita tengok resepi kek lapis dulu... Resepi kek lapis ni asalnya aku nak buat tahun lepas, cumanya tak ada biscoff spread tu ja... Tu yang tangguh sampai tahun ni... Alhamdulillah, menjadi juga kek lapis biscoff cheese ni... Kalau sapa-sapa ada kelapangan untuk buat kek lapis ni boleh la tengok resepi kat bawah tu... Byeee...


Kek Lapis Biscoff Cheese



Kek Lapis Biscoff Cheese


Bahan-bahan
500gm butter
40gm gula halus / aising
40gm serbuk ais blend vanilla
1 sudu besar ovalette
250gm cream cheese
100gm serikaya
100gm spread biscoff
350gm susu pekat
10 biji telur gred A
320gm tepung hong kong
100gm susu tepung
biskut biscoff secukupnya ( hancurkan )
pewarna dan emulco coklat


Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula, serbuk ais blend vanilla dan ovalette dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan cream cheese. Pukul hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan serikaya dan spread biscoff. Putar sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang dan sebati.
  5. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit.Matikan mixer dan kaup balik bagi sebati.
  6. Timbang adunan. Bahagikan adunan kepada dua. Bahagian satu letak emulco coklat. Bahagian ini untuk lapisan bawah dan atas. Bahagian dua nak warna asal ataupun letaksedikit sahaja warna coklat sekadar bagi warna light coklat ( aku tak letak ).
  7. Ratakan selapis adunan emulco coklat dan hentak loyang beberapa kali. Bakar sekitar 7 minit atau sehingga lapisan masak dalam ovenyang dah dipanaskan suhu 170C api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja Ulang langkag ini untuk mendapatkan dua lapisan bawah coklat ( sekiranya anda nak buat sampai 3 atau 4 lapisan boleh saja )
  8. Setelah lapisan bawah coklat siap, ratakan lapisan kedua. Taburkan biscoff crumble dan bakar sekitar 7 minit atau sehingga masak api atas sahaja. Ulang langkah ini sehingga adunan bahagian 2 habis.
  9. Ulang langkah 7 untuk lapisan atas adunan coklat. Untuk lapisan yang terakhir bakar sehingga masak. Cucuk lidi atau cake taster untuk memastikan kek masak.
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong.Selamat mencuba.



Kek Lapis Biscoff Cheese

 

Tuesday 19 April 2022

Kek Lapis Pandan Prune & Coklat

Kek Lapis Pandan Prune & Coklat



  Assalamualaikum.... Lewat-lewat malam ni baru sempat nak update blog ni... Waktu siang ni tak berapa larat sangat... Dua tiga hari ni panas lain macam kat tempat aku ni... Kat tempat lain aku tak tau la... Dia punya panas tu peluh boleh lencun... Kalau baru mandi kejap ja badan kering... Ni la dugaan bulan puasa.... Berbalik pada resepi hari ni.... Dah banyak ke kuih raya dah buat... Aku baru buat sejenis... Pastu sambung buat kek lapis... Ni kek lapis yang pertama... Kek ni kek lapis evergreen biasa ja... Tapi ditambah buah prune & chocolate chip dalam tu jadi la luar biasa... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...


Kek Lapis Pandan Prune & Coklat



Kek Lapis Pandan Prune & Coklat
C&P : AlongRoz
Source : DayangJack ( kek lapis evergreen )
Loyang 8x8 inci


Bahan-bahan
10 biji telur gred A
450gm mentega
200gm tepung gandum
100gm horlicks
160gm gula halus
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovalette
340gm susu pekat
1 tin kecil serikaya
100gm serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus prune tanpa biji ( potong kecil )
1 bungkus coklat cip


Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang ( high speed )
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat sehingga putih. Masukkan serbuk santan dan putar lagi sehingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega sehingga sebati. Masukkan serikaya, pandan paste, horlicks dan gaul sebati. Masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  4. Sediakan loyang yang dilapik dan disapu dengan mentega. Ratakan 6 sudu makan adunan ke dalam loyang. Bakar sehingga bertukar warna keperangan dengan menggunakan api atas. Ulang proses melapis dan tabur prune dan coklat cip selang seli sehingga habis. Akhir sekali bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit.
  5. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.


Kek Lapis Pandan Prune & Coklat

 

Friday 15 April 2022

Puding Jagung

Puding Jagung



        Assalamualaikum.... Hari ni masih lagi resepi puding untuk menu berbuka... Untuk hari ni aku nak share resepi puding jagung pulak... Puding jagung ni sangat-sangat la mudah... Rasa pun sedap... Dalam resepi puding jagung ni ada letak santan... Lagi la bertambah sedap rasa puding ni... Memang lemak berkrim lahhh... Kalau tak suka rasa santan tu boleh ja ganti dengan susu cair atau fresh milk... Ikut suka mulut masing-masing la kannn... Untuk jagung dalam tin tu aku blender sekejap sebab nanti bila puding dah siap masa potong tu nampak la kemas sikit. Kalau tak blender jagung tu, nanti bila potong & terkena kat biji jagung tu memang nampak comot sikit puding tu... Tapi kalau dah blender jagung pulak tak leh la nak rasa krup krap gigit jagung tu. So, kalau rasa nak blender, blender la. Ikut cita rasa masing-masing. Kot ada yang rajin nak buat boleh tengok resepi kat bawah nii...


Puding Jagung

 
Puding Jagung

Bahan-Bahan
1 tin jagung manis ( aku blender sekejap supaya mudah potong puding )
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
secubit garam
4 cawan santan ( 2 santan kotak 200ml + air )


Cara-cara
  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau dengan whisk sehingga bergaul rata.
  2. Tuang ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga ianya pekat, berkilat dan hasilkan gelembung udara.
  3. Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Biarkan seketika.
  4. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalampeti ais. Sedap dimakan sejuk-sejuk.



Puding Jagung

Wednesday 13 April 2022

Puding Mozek

Puding Mozek


      Assalamualaikum semua... Hari ni awal sikit aku update resepi untuk berbuka.... Orang kata kalau awal tak kalut.... Hihihiii.... Untuk menu berbuka hari ni nampak menarik resepi puding ni. Bila kita potong boleh nampak macam kepingan mozek... Cantikannn... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...


Puding Mozek


Puding Mozek


Bahan A  ( bahagian bewarna )
 
700 ml air
1/2 cawan gula
10 gm serbuk agar-agar
pewarna kesukaan

Cara-cara
  1. Mula-mula, masak air sehingga suam.
  2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga larut dan mendidih.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk beku.

 


Puding Mozek



Bahagian B ( bahagin putih )

1 liter susu full cream
10 gm serbuk agar-agar
suku cawan gula
4-5 sudu besar susu pekat
secubit garam


Cara-cara
  1. Masak kesemua bahan di dalam periuk sehingga larut dan mendidih.
  2. Sekiranya nak extra manis, boleh tambah gula atau susu pekat.

 

TeknikMelapis

  1. Keluarkan agar-agar bahagian berwarna tadi dan potong dadu kecil-kecil.
  2. Masukkan agar-agar bahagian putih kedalam acuan pilihan anda.
  3. Kemudian tabur potongan dadu agar-agar bewarna tadi.
  4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 hingga habis.
  5. Sejukkan di dalam peti ais sehingga betul-betul beku.

 

Puding Mozek

Sunday 10 April 2022

Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel Tanpa Telur


        Asssalamualaikum.... Masak apa hari ni untuk berbuka nanti... Kalau tak ada idea boleh cuba buat resepi puding karamel tanpa telur ni... Nak buat bukan payah mana pun.... Cuma rajin dengan tak rajin ja... Boleh bayangkan tak bila puding ni lalu kat tekak hangpa... Slruppp.... Sedapnya.... Ni la dugaan bulan puasa.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...


Puding Karamel Tanpa Telur



PUDING KARAMEL TANPA TELUR
sumber : FB@Mariana Zainal

Bahan Air Gula Hangus :
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas

Bahan Puding :
1 paket serbuk agar-agar plain (10 gm)
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)
 
 
Cara-Cara :
  1. Masukkan gula pasir dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau ya). Bila dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  2. Buka api dan masak sehingga gula larut. Tutup api. Biarkan seketika.
  3. Jika dalam bekas dadih kecil-kecil, sukatan gula pasir dan air berbeza iaitu 3/4 cawan gula pasir (hampir penuh cawan) dan 1 cawan air panas. Cara membuat sama, dah siap gula hangus, masukkan 1 sudu besar air gula hangus ke dalam bekas dadih tadi. Ketepikan seketika sementara kita sediakan bahan puding pula.
  4. Jika menggunakan loyang (saiz 7 inci bulat), taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak sehingga keperangan. Kemudian goyangkan/lenggangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata disekeliling loyang. Ketepikan. (Tak perlu masukkan air).
  5. Untuk bahan puding : Dalam bekas/periuk, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla. Kacau sehingga tidak berketul.
  6. Masukkan pula serbuk agar-agar, air dan susu pekat manis, kacau sebati. Masakkan di atas api sederhana. Kacau sehingga larut.
  7. Apabila dah mendidih, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus atau bekas dadih berisi gula hangus tadi. Biarkan sedikit suam. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2-3 jam. Bila dah sejuk, letak dalam bekas/piring secara terbalik ... SIAP!


Puding Karamel Tanpa Telur

Wednesday 6 April 2022

Puding Sumi

Puding Sumi 

 
      Assalamualaiku semua.... Apa macam hari ni...? Ok ke puasa hari ke-4 hari ni... Harap-harap ok la kan... Hari ni aku post resepi awal sikit.... Saja nak bagi hangpa tergugat iman sikit.... Hahahaa... Lawak jaa.... Hari ni aku nak share resepi puding sumi pulak... Memang sesuai kalau buat menu untuk berbuka nanti... Boleh bayangkan tak puding sumi tu lalu kat kerongkong.... Perhhh dapnya... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni...
 
 

Puding Sumi


Puding Sumi
C&P : Kak Yatie

Bahan-Bahan:-
10 gm serbuk agar-agar (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya
sedikit esen vanila
pewarna jika suka
 
 
Cara- Caranya
  1. Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.
  2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
  3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.
  5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.
  6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.
 
**Bila nak lapis adunan puding, biarkan beku sedikit, kelar2kan sikit permukaan barulah
tuangkan adunan yg seterusnya supaya puding melekat cantik.


Puding Sumi


Puding SumiPuding Sumi

Saturday 2 April 2022

Soy Milk & Grass Jelly Pudding ( Puding Soya Cincau )

Soy Milk &  Grass Jelly Pudding ( Puding Soya Cincau )


      Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, dapat juga kita berjumpa dengan bulan ramadhan tahun ni... Bila sempadan malaysia dah buka ni, mesti ramai yang dah balik untuk berpuasa bersama keluarga kan... Ye la, dah berapa tahun kena tutup sempadan. Syukur sangat malaysia dah buka sempadan. So, berbalik pada menu hari ni, aku buat puding soya cincau. Ni menu pertama untuk bulan ramadhan tahun ni... Lepas ni tak tau lagi nak buat menu apa... Dalam kepala ni memang macam-macam nak buat. Cuma rajin dengan tak rajin saja... Hahahaa... Kalau ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Apa-apa pun selamat berpuasa kepada seluruh umat islam... Byeee....


Soy Milk &  Grass Jelly Pudding ( Puding Soya Cincau )


Soy Milk &  Grass Jelly Pudding ( Puding Soya Cincau )

Ingredients 

1 liter unsweetened soy milk
1 cup sugar ( aku letak 1/2 cawan )
10gm agar-agar powder
400gm or more sweetened grass jelly ( cincau ) - cubed or chopped


Method
  1. Using medium heat, boil soy milk with sugar and agar-agar powder until dissolved.
  2. Keep stirring whit a whisk to avoid burnt bottom.
  3. Remove from heat.
  4. Put some grass jelly in prepared moulds.
  5. Now, gently sieve the soy milk mixture into the moulds. The grass jelly will remain at the bottem.
  6. Refrigerate for maximum 3 hours. I left them overnight.
  7. Turn over the pudding onto a serving place, with the grass jelly facing upwards.

Soy Milk &  Grass Jelly Pudding ( Puding Soya Cincau )Soy Milk &  Grass Jelly Pudding ( Puding Soya Cincau )