Monday, 25 April 2022

Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese

Kek Lapis Oreo  Cheddar Cream Cheese


       Assalamualaikum.... Makan apa berbuka tadi... Aku makan yang simple-simple ja... Lama-lama tak berapa nak lalu makan dah... Nak-nak bila dah hujung-hujung bulan ramadhan ni... Tapi kalau air memang minum banyak... Hahahaa.... Sekarang ni cuaca agak panas, tu yang nampak air saja... Berbalik pada resepi kek lapis hari ni, ni resepi yang keempat kek lapis yang aku buat. Kalau ikut resepi asal cuma letak warna putih ja. Tapi aku buat dua warna. Satu putih, satu warna kuning. Untuk warna kuning aku tabur cheddar cheese. Untuk warna putih aku tabur biskut oreo. Kalau malas nak buat dua warna, buat warna putih je la... Ikut selera masing-masing. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni...
 
 

Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese


Kek Lapis Oreo  Cheddar Cream Cheese
C&P : Azizah Mansor Shaipol Hanizam ( FB Resepi Mama Kent )

Bahan-bahan
500gm mentega
1 sudu besar ovellete
3 sudu besar gula halus
250gm cream cheese
10 biji telur gred A
1tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
100gm tepung aiskrim vanilla
350gm tepung hong kong
1 bungkus oreo ( dihancurkan )
250gm cheddar cheese ( diparut )
75ml pewarna putih ( aku tambah warna kuning )


Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula halus dan ovellete dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan bertukar menjadi putih pucat. Masukkan cream cheese. Putar sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu di susuli dengan esen vanilla, susu pekat dan tepung aiskrim vanilla. Putar sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekali gus. Masukkan sedikit putar sebati, kemudian masukkan lagi. Ulang sehingga tepung habis. Masukka pewarna. Putar biar rata.
  4. Panaskan oven 10 minit suhu 180C. Lapisan pertama guna api atas dan bawah, bakar 10 minit. Letak loyang pada rak tengah. Ratakan adunan dalam loyang yang telah dialas, tabur cheddar cheese dan oreo hancur.
  5. Untuk lapisan kedua sampai akhir bakar guna api atas sahaja. Bakar 8 minit suhu 150C.Letak loyang dirak bawah sekali. Jangan lupa tekan-tekan kek sebelum melapis lapisan baru. Ulang langkah sama sehingga adunan habis.

*** Aku bahagi adunan sama banyak kepada dua bahagian. Satu bahagian letak warna putih, satu bahagian letak warna kuning. Untuk adunan warna putih aku tabur serbuk oreo. Adunan kuning aku tabur parutan cheese.



Kek Lapis Oreo  Cheddar Cream Cheese


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...