Saturday 26 February 2022

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )


       Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek aiskrim onde-onde pulak. Kek ni special sikit sebab aku buat untuk birthday aku hari ni... Bila dah selalu dok buat kek ni tak tau nak buat kek apa untuk birthday sendiri... Nak buat kek aiskrim onde-onde ni pun pikir banyak kali sebak susah sangat nak jumpa ice cream Nestle coconut gula melaka ni. Pi sana tak da, pi kedai tu tak da.. Dah tak jumpa ingat nak tukar buat kek aiskrim kit-kit je la... Hari nak pi beli aiskrim kit-kit tu boleh pulak jumpa aiskrim Nestle coconut gula melaka. Apa lagi amek 2 bekas terus la... So tahun depan kalau tak ada idea aku but kek aiskrim kit-kat laa... Hahahaa.... Apa-apa pun aku bersyukur sangat dapat sambut birthday tahun ni... Diharapkan Allah kurniakan aku dengan kesihatan yang baik... Aminnn... Kalau ada yang rajin boleh la tengok resepi kat bawah tu... Dulu pun aku pernah buat versi aiskrim oreo... Selamat mencuba... Byeee....

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )



Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )
Rujukan 1 : Rahel
Rujukan 2 : Qasey Honey


Kek Span Pandan
C&P : Kak Ita (Kek Span Vanilla )

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1/2 sudu besar pandan emulco


Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Bahagi adunan kepada 2 dahagian. Satu dituang ke dalam loyang bulat 8 inci dan satu lagi dituang ke dalam loyang 9x9 inci.
  6. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Setelah masak biar kek sejuk di atas redai.
  7. Apabila kek sejuk, potong kek bulat kepada dua bahagian. Untuk kek 9x9 inc, potong kepada 3 bahagian lebih kurang 2.5 inci  setiap satu. Sebelum potong, buang sedikit bahagian atas kek supaya kek tidak tebal. ( contoh gambar kat bawah ).

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )




Caramel Gula Melaka
C&P :Kak Ita

25gm gula melaka
1 helai daun pandan
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air

Cara-cara
  1. Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat.
  2. Jika kurang pekat campurkan 1/2 sudu teh tepung jagung yang dibancuh sedikit air.
  3. Masak semula hingga pekat.
  4. Sejukkan. Bila dah sejuk baru drizzle atas kek.



Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )



Cara Penyediaan

-1 1/3 cawan fresh cream ( dipukul hingga soft peak )
-1 bekas Nestle coconut gula melaka
-coconut flakes
-kek span pandan ( resepi diatas )

Cara-Cara
  1. Sediakan loose tin 7". Letakkan sekeping kek bulat pada dasar loyang. Kemudian susun kepingan kek setinggi 2.5 inc pada keliling kek hingga kemas.
  2. Masukkan aiskrim dan ratakan. Apabila telah penuh, tutup dengan kepingan kek bulat.
  3. Simpan dalam peti sejuk pada bahagian beku selama semalaman atau lebih daripada 3 jam.
  4. Apabila kek telah beku sepenuhnya, keluarkan kek dari loyang dan salut keseluruhan kek dengan fresh cream. Kemudian salut seluruh kek dengan coconut flakes dan drizzle atas kek dengan caramel gula melaka. Paipkan keliling kek dengan baki fresh cream.
  5. Simpan semula dalam peti ais pada bahagian beku sebelum dihidangkan.

 

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )


Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )


Friday 4 February 2022

Nasi Daging Kurma Adabi

Nasi Daging Kurma Adabi



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak update resepi nasi pulak... Bahan nak buat nasi ni agak rare jugak nak cari. Bahan apa tu...? Haaa... Ni dia kurma daging Adabi dalam tin. Aku kat perlis ni cari merata tak jumpa. Yang jumpa kari daging Adabi banyak... Kurma daging ni payah sungguh nak dapat. Yang ni pun aku dapat sebab aku pesan kat kak aku sebelum balik cuti hujung tahun lepas... Dapat la merasa juga kurma daging ni... Rasa kurma dalam tin ni bagi aku sedap. Aku kalau nak makan mesti rebus daging lain dulu pastu baru masak dengan kurma daging Adabi. Baru dapat banyak isi daging. Untuk versi nasi daging kurma Adabi ni kalau rajin boleh la buat air asam kerisik. Nanti jadi macam set nasi daging dengan air asam kerisik. Kalau tak rajin makan macam tu pun dah cukup mantap... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....



Nasi Daging Kurma Adabi



Nasi Daging Kurma Adabi
C&P : FB Khairul Abdullah

1 tin kurma daging Adabi
2 pot beras biasa atau basmathi ( kalau basmathi rendam 30 minit & toskan )
1/2 biji bawang besar dikisar / dihiris
3 ulas bawang putih dikisar / dihiris
1 inci halia dikisar / dihiris
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan disimpul
1 batang karot ( optinal ) dipotong baji
1 biji tomato ( optinal ) belah 4 ( aku tak letak )
1/2 biji bawang besar belah 2 ( aku tak letak )
 2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak


Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi / butter / minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga daun pandan sampai naik bau.
  2. Masukkan 1 tin kurma daging Adabi ( aku masukkan juga daging yang direbus ) dan kacau sebati, lalu masukkan karot dan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam.
  3. Masukkan beras, kacau perlahan-lahan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Masak seperti biasa. Kalau guna periuk elektrik maka tekan ON. Kalau pakai periuk biasa maka masak guna api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak
  4. Bila sudah masak boleh makan bersama sup daging & air asam kerisik.

Nasi Daging Kurma AdabiNasi Daging Kurma Adabi


AIR ASAM KERISK

Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris)
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
  2. Air asam kerisik siap.

 

SUP DAGING SIMPLE

Bahan-Bahan
150-200g daging
air secukupnya
sup bunjut
Garam
1/4 kiub daging
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Keluarkan daging dan hiris nipis kemudian ketepikan untuk dimasak bersama nasi.
  3. Renih sekejap sup. Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  4. Sup daging simple dah siap


Nasi Daging Kurma AdabiNasi Daging Kurma Adabi