Thursday 29 November 2012

Sotong Celop Tepung



  Salam semua... Alhamdulillah hari ni demam aku pun dah ok. Tiba-tiba ja rasa nak makan sotong celop/celup tepung. Biasa la orang baru lepas demam, macam-macam nak makan. Selalunya sotong celop tepung ni aku makan kat luar. Tapi hari ni makan kat rumah je la, buat sendiri. Selalunya bila pi Kuala Perlis baru makan sotong celop tepung. Kalau ada yang ni pon dah cukup. Aku amek resepi ni kat Che'iza kat My resipi. Klik kat sini kalau nak tengok resepinya. Lepas ni tak yah la nak makan kat luar selalu. Rasa pun lebih kurang cam yang kat kedai... Selamat mencuba....




Bahan-bahan

-300 gm sotong
-1 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1 biji telur
-sedikit garam
-lada sulah


Cara-Cara

  1. Potong sotong kecil-kecil, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dengan baking powder. Masukkan sotong yang telah digaul degan telur dalam tepung, salutkan habis sotong degan tepung. Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.





Krup...
Krupp...
Kruppp...


Wednesday 28 November 2012

KEK SUJI MANGGA KAS-KAS


   Salam semua..... sihat ke...? aku tak berapa sihat lagi, masih dalam mood demam... Hmmmm... Demam-demam pun terasa nak buat kek. Biar betol aku ni.... Memang betol pon... Waktu demam ni tiba-tiba mengidam nak makan kek, kek suji pulak tu, pada hal, bukan penah buat pun. So aku google la.. Jumpa la resepi ni KEK SUJI MANGGA KAS-KAS kat blog DTS. Sapa-sapa nak cuba, meh tengok resepinya...


Bahan- Bahan

-125 gram mentega berkualiti (Anchor)
-65 gram gula halus
-65 gram tepung gandum*
-1/2 camca teh baking powder*
-Secubit garam halus*(*disatukan dan diayak)
-50 gram suji (atau semolina)
-2 biji telur gred A
-50 ml susu segar [ aku guna 1 sudu makan susu tepung + 40ml air suam ]
-1/2 camca besar kas-kas (atau poppyseeds)
-1 camca besar sunquick perisa mangga [ aku tambah 2 sudu makan + sedikit pewarna kuning ]


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci [ aku guna loyang chiffon 20 cm] dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Satukan suji dengan tepung yang telah diayak, gaul rata. Satukan juga telur dan susu, kacau rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + suji tadi berselang-seli dengan bancuhan telur + susu, hingga habis. Putar sebati. Masukkan perisa mangga dan juga biji kas-kas. Gaul rata menggunakan spatula.
  3. T uang dalam tin dan ratakan. Bakar 35 - 40 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate atau cake tester, jika keluar bersih tanda kek anda sudah masak. Sejukkan kek atas jaringan.


Monday 26 November 2012

KEK KASTAD COKLAT



   Salam semua... Hari ni buat kek lagi... KEK KASTAD COKLAT.  Kek ni selalunya orang buat perisa pandan, tapi aku tukar buat perisa coklat la pulak.. Perisa pandan tu selalu dok makan. Coklat ni jarang sikit. Aku amek resepi ni kat blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN . Klik sini untuk tengok resepi asal. Dia buat perisa pandan. Meh tengok cara nak buatnya...



KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
-150 gm tepung gandum- ayak
-1 sudu teh baking powder- ayak
-5 biji telur gred B
-100 gm gula kastor
-1 sudu teh ovallete
-50 ml susu segar/ susu cair
-1 sudu teh esen vanilla
-2 sudu makan serbuk koko
-50 ml minyak masak

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.









KASTAD COKLAT

Bahan-bahan:
-400 ml susu cair
-600 ml air
-1 cawan gula kastor
-15 gm agar-agar tali
-100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
-Secubit garam
-2 sudu makan serbuk koko


Cara-cara:
  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Kemudian  Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.



CARA MELAPIS KEK KASTAD

  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.



Saturday 24 November 2012

Kek Lumut Kukus ( resepi II ) 1/3



Salam semua..... Hujan, hujan, hujan.... Lama-lama naik lumut. Hahahaa... Hari ni kita makan kek lumut pulak la sebab selalu dok hujan. Ni Kek Lumut Kukus (resepi II) 1/3. Mesti heran, 1/3 tu apa kan....  Cuba la teka... Mesti ada yang dah tau punya... 1/3 tu maksudnya, 1/3 daripada adunan asal. Nak buat banyak-banyak takut tak habis. Aku amek resepi ni kat blog kak DJ. Terima kasih la akak sebab sudi kongsi resepi ni. Dah la menjadi dengan cantik, sedap pulak tu. Kalau nak amek resepi asal klik kat sini. Resepi ni aku guna loyang 7 x 3 x 3. Saja try timbang, berat cukup-cukup 600gm... Wow... Nampak kecik, tapi mampat dan berat. Nanti kalau ada masa nak buat lagi. Bukan apa nak kukus kek ni makan masa 4 jam. Tapi kek aku ni cuma kukus 3 jam 30 minit jaa... Tak larat nak tunggu, dah kecundang. Apa-apa pun, mai tengok resepi yang 1/3 punya....







Bahan-Bahan

-3 biji telur gred A
-150g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
-1/4 cawan gula kastor
-1/2 cawan nestum (dikisar halus)
-1/3 cawan serbuk almond
-1/3 cawan serbuk horlicks
-1/3 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 sudu makan perasa pandan + pewarna hijau
-1/3 cawan susu pekat manis







Cara-Cara
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)
  2. Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati
  5.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil).
  7. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.





hari ketiga baru potong




makin lama makin sedap...
selamat mencuba





Thursday 22 November 2012

Apam Harum Manis

Apam Harum Manis


    Salam semua.... Hari ni, sebelum aku tidar, aku nak kongsi satu resepi apam yang sangat mudah dan sedap. Esok nak bangung awal, nak pi hospital Soooo, kena tido awal... Takot lewat bangun. Aku amek resepi ni kat blog CITARASAWAN. Klik kat sini kalau nak tengok resepi asal. Aku buat 1/2 adunan. Bukan apa tepung gandum cukup-cukup untuk 1/2 adunan saja. Nak pi beli tepung rasa malas la pulak. Separuh pun jadi la...  Meh tengok resepinya....


Bahan A
-100g gula melaka
-120ml air

Bahan B
-2 biji telur (saiz sederhana)
-60 gm gula pasir
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan C - di ayak
-120g tepung gandum
-1/4 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh bicarbonate of soda
-1/4 sudu teh garam

Bahan D
-20 gm minyak jagung
-4 biji pisang emas (di hiris bulat)


Cara-cara :

  1. Masak bahan A dan jadikan air gula. Kemudian tapis dan sejukkan.
  2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan bahan C dan bahan A berselang-seli sambil dikacau hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga sebati.
  5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan separuh adunan kedalam acuan dan letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.
  6. Kukus selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.





selamat mencuba




jemput la makan

Wednesday 21 November 2012

Kuih Cara Manis




    Salam dan selamat pagi... Cuaca nampaknya cerah hari ni... Dah bekfes ke...? Aku hari ni cuma bekfes kuih cara manis ja. Mudah dan senang. Selalunya pepagi makan nasi, tapi hari ni try buat kuih la. Meh tengok resepinya...




Bahan-Bahan

-100gm tepung gandum
-250ml santan
-1 biji telur
-5 helai daun pandan
-pewarna hijau
-garam
-gula secukupnya


Cara-Cara
  1. Potong daun pandan kecil-kecil dan kisar bersama santan. Tapis dan satukan kesemua bahan kecuali gula. Kacau dengan whisk sehingga tepung tidak berketul.
  2. Panaskan acuan dengan menyapu dengan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan kedalam acuan sehingga 3/4 penuh. Masukkan sedikit gula di tengan adunan tersebut.
  4. Tutup acuan dan biar masak lebih kurang 5 minit.
  5. Kelurkan dari acuan dan sedia dinikmati.








kuih cara aku ni kulit dia tak berapa lincin....




Monday 19 November 2012

Puding Coklat Nestum





   Salam dan selamat petang semua... Aaaaa.... Hari ni nampaknya cuaca kembali mendung. Mungkin malam ni akan hujan. Tidur nyenyak nampaknya. ZZZZzzzzzz.... Hehehe... Hari ni keputusan UPSR dah keluar. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya tu, usaha lagi masa kat sekolah menengah. Berbalik pada blog aku ni, hari ni aku nak kongsi satu resepi eksperimen... Acewahhhh... Alaaa... Resepi puding coklat besa saja, cuma tambah nestum ja... Mai tengok resepinya...



Bahan-Bahan

-10gm agar-agar stripe
-60gm nestum [ lebih kurang 1 cawan ]
-2 sudu besar tepung kastrd
-2 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanila
-200gm gula [ lebih kurang 1 cawan ]
-400gm air
-400gm susu cair [ 1 tin ]
-6 sudu makan milo + 3 sudu makan serbuk koko
-200gm air panas untuk bancuk milo dan serbuk koko

Cara-Cara

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
  2. Bancuh milo dan serbuk koko dengan air panas. Sejukkan. Kemudian satukan dengan susu cair, telur, tepung kastad dan esen vanila. Pukul dengan whisk hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Kemudian masukan nestum dan kacau lagi.
  4. Masukkan adunan tersebut ke dalam larutan agar-agar. Kacau hingga kelihatan pekat.
  5. Tutup api dan tuang dalam loyang 7 x 7 yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  6. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Sunday 18 November 2012

Mini Pizza Seafood




    Salam semua...Tengah buat apa tu..? Masak ke...? Tegahari ni aku makan free sebab ada kenduri kat kampung aku. Kenduri berkhatan atau orang kampung panggil sunat atau masuk jawi. Hari ni kenduri memang dasyat, macam kenduri orang nak kawin. Lauk dua tiga jenis. Tak macam dulu, buat bihun goreng jaa... Sekarang ni dah sama taraf dengan kenduri orang kawin la pulak. Hmmmmm.... Mungkin buat kenduri kesyukuran sama kot.. Haaaa... Kemari ada nampak CMG ada buat pizza, nampak terliur la pulak. So, aku pun buat jugak. Ni resepi untuk makan malam kemarin punya. Cuba klik sini tengok resepi CMG.  Sekarang tengok resepi aku pulokk...



Bahan Doh
-150gm tepung roti
-2 sudu makan susu tepung
-15gm gula
-5gm yis basah + 20gm air suam
-80gm air sejuk
-20gm mentega
-1/4 sudu teh bread improver
-1/4 sudu teh bread softener


Bahan Inti
-6 ekor udang sederhana besar
-3 ekor sotong


Bahan sos
-2 sudu besar minyak zaiton
-sos tomato
-sos cili
-mayonis


Bahan hiasan

-1 biji bawang besar
-lobak merah
-lada benggala
-6 biji cendawan butang
-1 sudu teh oregano flakes
-1 sudu teh parsley flakes
-parutan keju cheddar keju parmesan



Cara-Cara

  1. Buang kulit udang, belah belakang dan cuci kekotoran. Potong kecil-kecil. Cuci sutong dan potong nipis-nipis.
  2. Potong dadu bawang besar, lobak merah dan lada benggala. Cendawan butang di potong nipis-nipis.
  3. Ayak tepung dan susu tepung dalam mangkuk.
  4. Masukkan gula,  bread softener, bread improver dan  yis basah + air suam ke dalam mangkuk.
  5. Buat lubang ditengah mangkuk dan masukkan air sejuk.
  6. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega dan terus menguli hingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 20 minit atau doh kembang hingga dua kali ganda.
  7. Bahigi doh kepada dua bahagian jika acuan sederhana besar. Bentukkan doh menjadi bulat mengikut bentuk saiz " pizza pan ". Kemaskan tepinya. Rehatkan seketika.
  8. Sapu permukaan doh dengan minyak zaiton dan sos tomato.
  9. Susun inti mengikut cita rasa masing-masing. Picit sos cili di atas inti tersebut.
  10. Letak lobak merah, lada benggala dan bawang besar. Picit mayonis di atasnya.
  11. Tabur parutan keju diikuti parsley dan oregano flakes.
  12. Bakar 20 minit atau hingga masak






potong kecik-kecik, senang nak ngap...


Thursday 15 November 2012

Roti Goreng Inti Udang



Salam maal hijrah untuk semua umat islam di dunia... Haaa... Petang ni kita makan roti pulak. Selalunya kita makan dengan inti sardin, tapi kali ni kita tukar guna udang pulak... Ubah selera katakan.. Jangan cakap banyak, jom tengok cara-cara nak buatnya.....


Bahan-Bahan

Bahan Kulit
-roti sandwich

Bahan Inti
-6 ekor udang
-1 biji bawang besar
-lobak merah
-1/4 biji lada benggala
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan sos tiram
-garam
-gula
-1/2 sudu teh cili flakes
-1/2 sudu teh parsley flakes


Cara-Cara
  1. Potong tepi roti dan leperkan. Ketepikan.
  2. Buang kulit udang, belah belakang, buang kekotorannya. Potong kecil-kecil udang tersebut.
  3. Dadukan lobak merah, lada benggala dan bawang besar.
  4. Satukan kesemua bahan inti dan gaul rata.
  5. Untuk cara melipat roti, rujuk gambar di bawah.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  7. Setelah keperangan, angkat dan letak atas tisu.























Wednesday 14 November 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake


   Selamat malam semua... Hari ni, aku nak kongsi satu resepi yang dah lama sesangat nak buat, tapi tak sampai seru... Malam ni gagahkan jugak... Nyata, terhasil lah kek ni. Sebelom ni selalu dok beli ja kat kedai. Klau beli sebiji kompom tak sempat nak hadap kali kedua. Bukan apa, banyak mulut yang minat kat kek ni. Tambah-tambah mulut aku. Hhaahaaaha... Untuk kali ni aku buat 1/2 adunana saja sebab cream cheese ada separuh. Habiskan yang tu dulu baru beli lain. Yang ni aku guna loyang 7 x 7 x 3. Tapi kalau guna loyang yang kecik lagi, kek ni mesti nampak tinggi sikit. Tapi tak pa, janji kek ni menjadi sudahhh.. Sapa-sapa yang nak buat adunan 1/2, pandai-pandai bahagi yerr... Mai kita tengok resepinya.. Ohhh lupa... Klik kat sini untuk rujukan.....



Bahan-Bahan

Bahan A
-250gm cream cheese
-60gm tepung kek
-20gm tepung jagung
-6 biji kuning telur
-50gm butter
-100ml susu segar [ aku guna susu cair ]
-1 sudu besar jus lemon [ aku guna limau nipis yang dah masak ]
-1/4 sudu kecil garam


Bahan B

-140gm gula
-6 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar


Cara-Cara

  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  2. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati dengan whisk.
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi bertanduk.
  4. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang kek berukuran 8 inci yang  telah digris dan disalut dengan baking paper.
  6. Bakar kek guna teknik water bath selama 40-45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160c dengan menggunakan api bawah sahaja. 
  7. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama setengah jam sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi dan turun sedikit di atas.



Lembut dan gebu...
Lemak-lemak...
Masam-masam...
Manis-manis..
MMMM...


Tuesday 13 November 2012

Kek Sarang Lebah [ versi kukus ]


  Salam & selamat pagi semua. Hari ni aku nak kongsi resepi kek pulak. Dah lama tak buat kek. Kalau dah sampai seru, kena buat cepat-cepat. Kalau tak, sampai bila-bila tak buat. Ni first time kira jadi. Walaupun sarang dia kecik-kecik, tapi ni antara yang menjadi selama aku dok try buat kek jenis ni. Ni projek semalam punya, hari ni baru sempat nak update. Dia punya bahan pun tak jauh beza dengan mana-mana resepi kek sarang lebah lain. Rasanya sama saja, yang nak beza pun sukatannya saja. Mai kita tengok resepinya...



Bahan-Bahan

-1 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu teh esen vanila
-90gm mentega
-1 cawan gula
-1 cawan air panas
-2/3 cawan susu pekat [ kalau nak manis boh 1 cawan ]
-4 biji telur


Cara-Cara
  1. Sediakan gula hangus dan sejukkan.
  2. Pukul telur hingga kembang seperti adunan bahulu.
  3. Dalam magkuk lain, pukul mentega, susu dan esen vanila hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan telur dan gula hangus berselang-seli ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
  6. Peram selama 3-4 jam.
  7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilenser. Kukus selama 40-45 minit atau sehingga masak.






Ni sarang lebah muda. tu yang rongga di kecik-kecik. hehehe...



Monday 12 November 2012

Nasi Impit Goreng




   Salam... Hari ni nampaknya hujan lagi. Kalau hari-hari hujan macam ni nampak gayanya macam nak banjir. Orang kampung pun dah ada dok simpan barang siap-siap, takut tak dan. Banjir ni mai dengan tiba-tiba ja... Selagi tak banjir lagi, selagi tu aku boleh update blog ni. Petang ni cuma nak tunjuk menu makan malam  ja. Ringkas dan simple. Nasi impit goreng. Meh tengok bahan-bahannya..


Bahan-bahan

-3 bungkus nasi impit mini
-6-8 ekor udang
-1 biji bawang merah
-2 ulas bawang putih
-1 sudu teh cili flakes
-2 sudu makan sos tiram
-1 sudu makan kicap cair
-3 batang pokok kucai
-sedikit bawang goreng


Cara-Cara
  1. Rebus nasi impit hingga masak. Sejukkan dan potong dadu.
  2. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakangnya dan cuci kekotora.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap cair dan cili flakes. Gaul rata.
  4. Masukkan udang. Masak sehingga separuh masak. Kemudian masukkan nasi impit dan daun kucai. Gaul sebati
  5. Tutup api dan angkat. Tabur dengan bawang goreng. Sedia dinikmati.







udang tu yang membuatku terliur.... mmmmm....



Sunday 11 November 2012

Roti Gulung Sambal Ayam bersalut bread crum




   Selamat pagi.... Hari ni aku nak kongsi satu resepi sarapan pagi yang aku buat untuk aku sorang saja hari ni. Ye la, awal-awal lagi mak & ayah aku dah keluar pi keduri. Gotong-royong nak masak. Besa la. bila start cuti sekolah banyak kenduri kawin & bersunat. Aku pi makan boleh la.. Hehehee... Berbalik pada resepi ni, aku cuma guna sambal ayam yang semalam saja. Rasanya tengahari memang tak makan sambal ni sebab nak pi kenduri. Daripada membazir, boleh buat inti roti... Jom tengok bahan-bahannya...




Bahan-Bahan

-2 keping roti sandwich
-lebihan sambal ayam
-1 biji telur ayam
-bread crum
-1/4 biji lada benggala [ didadu ]
-1biji bawang merah [ didadu ]
-1/2 sudu teh oregano flakes
-sedikit serbuk lada putih
-mentega untuk disapu pada roti


Cara-Cara
  1. Carik-carikan isi ayam. Dalam mangkuk, satukan isi ayam, lada benggala, bawang, oregano flakes dan lada putih. Gaul rata.
  2. Sapu mentega pada roti. Letak bahan-bahan  dalam mangkuk tadi diatas roti dan gulung.
  3. Pukul sedikit telur. Celup roti kedalam telur dan golekkan di atas bread crum.
  4. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
  5. Apabila kuning keemasan, angkat dan letak di atas tisu.
  6. Sedia dinikmati.




Mmmmm....


Saturday 10 November 2012

Talam Roti Lapis Coklat


  Salam semua. Sihat...? Aku sihat saja... Kemarin aku ada nampak blog nshafeareen buat kuih ni. Soo... Aku pun tiru la..... Mohon ditiru yee... Hhehehee... Tapi kuih yang aku buat tak la berapa cantik kalau nak di bandingkan dengan yang dia buat. Aku buat untuk satu adunan , dua kaler & dalam loyang. Rasa kuih in memang sedap la, rasa lemak-lemak coklat. Mungkin sebaba guna santan fresh kot. Klau nak tengok resepinya klik kat sini. Sumber lain klik kat sini dan sini. Meh tengok resepi aku pulak...



Bahan-bahan

-4 keping roti [ buang tepi, siat kecil dan rendam dengan 100ml air ]
-50gm gula pasir
-1/4 sudu teh garam
-200ml santan fresh
-100ml air
-60gm tepung beras
-20gm tepung ubi/sagu
-1/2 sudu teh coklat emulco + 1 sudu makan serbuk koko
-1/2 sudu teh pewarna kuning + 1 sudu teh esen vanila
-loyang 7 x 3 x 3


Cara-Cara
  1. Masukkan roti yang direndam kedalam pengisar. Panaskan pengukus dan gris loyang 7 x 3 x 3. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam. Masak hingga gula larut. Biar suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu. Gaul rata dengan whisk.
  3. Tuang campuran tadi kedalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
  4. Bahagi kepada dua bahagian. Satu dengan warna kuning + esen vanila dan satu adunan lagi dengan coklat emulco + serbuk koko.
  5. Tuang warna kuning dan kukus selama 5 minit. Untuk memudahkan sukatan, guna bekas dadih kecil untuk setiap lapisan [ hanya untuk loyang 7 x 3 x 3 ]
  6. Kemudian masukkan adunan coklat ke atas lapisan bawah dan kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak. Pastikan pengukus ditutup dengan kitchen towel supaya wap air tidak jatuh atas kuih.
  7. Biar sejuk baru dipotong.



nanti nak try perasa pandan pulak...


Puding Cendol Gula Melaka



  Salam semua... Hari ni aku nak updat resepi puding cendol gula melaka. Dua tiga hari ni kejap hujan, kejap panas. Macam-macam la.. So, time waktu panas kalau makan puding lagi best. Tambah-tambah yang lemak manis gitu. Mmmmmm... Sejuk tekak. Aku amek resepi ni kat  blog secubit garam. Klau nak tengak resepi asal klik kat sini. Jom tengok resepi yang aku tulis ni...



Bahan A

-12gm serbuk agar-agar
-300ml santan pekat [ 150ml santan fresh + 150ml santan kotak ]
-500ml air
-400gm cendol
-160gm gula
-sedikit garam


Bahan B

-12gm serbuk agar-agar
-400ml santan pekat [ 300ml santan fresh + 100ml santan kotak ]
-200gm gula merah
-1 biji kuning telur
-1/2 sudu teh esen vanila
-sedikit garam


Cara-Cara

  1. Masak air, agar-agar dan gula. Kemudian masukkan santan dan garam. Tutup api dan masukkan condol. Kasau sedikit. Tuang ke dalam loyang 10 x 10. Pastikan loyang dibasahkan dahulu  supaya puding senang dikeluarkan. Biar ia beku.
  2. Masak air dengan gula merah. Tapis air gula merah dan masak kembali dengan serbuk agar-agar. Kemudian masukkan santan, garam dan esen vanila. Kacau sedikit. Pukul kuning telur dan tuang ke dalam adunan. Kacau seketika dan tutup api. Tuang adunan atas lapisan A dengan perlahan-lahan. Pastikan lapisan A dicakar-cakar dahulu supaya lapisan B mudah melekat.
  3. Biar sejuk baru dipotong.




walaupun rupa tak berapa cantik, tapi rasa tetap sedap....

Wednesday 7 November 2012

Nasi Goreng Mix Herbs



     Salam bersiaran.... Hari ni baru boleh update blog. Dua tiga hari lepas sibuk sikit. Tu yang tak dan nak update. Hari ni aku nak kongsi satu resepi yang aku dah ubah sikit. Ye la, selalunya  kita selalu dengar nasi goreng kampung, nasi goreng apa lagi tahh...? macam-macam la... Yang ni aku dapat masa dok makan sepegeti goreng. Tiba-tiba dapat idea. Apa kata tukar sepegeti kepada nasi.... Hmmmm.. Boleh tahan.... So aku try la buat... Hasilnya memang sedap... Mai kita tengok cara nak buatnya....



Bahan-Bahan

-2 cawan nasi putih
-6 ekor udang sederhana besar
-1 pokok sawi
-2 sudu makan sos tiram
-garam secukup rasa
-2 ulas bawang putih [didadu ]
-1 biji bawang merah [didadu ]
-1 sudu teh mix herbs
-1/2 sudu teh cili flakes
-1/2 sudu teh oregano flakes
-1/2 sudu teh parsley flakes


Cara-Cara

  1. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakang dan cuci kekotoran. Potong sawi dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau seketika.
  4. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak. Masukkan mix herbs, cili dan oregano flakes.
  5. Masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan sawi dan parsley flakes. Apabila sawi sudah layu, tutup api dan sedia dinikmati.

Sunday 4 November 2012

Raspberry and Coconut Slice Cake


   Salam semua.... Hari ni aku nak tunjuk satu projek yang aku buat pagi tadi. Saja nak cuba. Ni pun sebab ada orang sedekahkan bahan-bahan untuk buat kek. Alhamdulillah, tak payah keluar modal... Hehehe... Orang yang sedekah tu cakap dia tak sempat nak buat kek lepas raya, so dia bagi kat aku. Lagipun dia takut bahan-bahan tu sampai tarik lupu. Nanti kena masuk dalam cik tong sampah pulak. Rugi, rugi....Resepi ni aku dah ubuh. Bukan apa, bahan tak berapa nak cukup. Kita guna la apa yang ada... Kalau nak tengok resepi asal, sila klik sini. Meh tengok cara aku buat...



Bahan-Bahan

Bahan lapis bawah
-110gm tepung gandum*
-40gm tepung naik sendiri*[ diayak bersama ]
-90gm minyak jagung
-1 biji telur
-1 sudu teh esen vanila
-1/4 cawan jem raspberry
-110gm gula kastor

Bahan topping
-3 putih telur
-50gm gula kastor
-1 1/2 cawan kelapa kering


Cara-Cara
  1. Panaskan oven 180c. Gris loyang 20cm x 30cm x 2cm. Alas dengan kertas minyak. Lanser kertas tadi. Biar kertas lebih pada kiri dan kanan loyang bagi mudah keluarkan kek.
  2. Untuk lapis bawah, putar telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan diikuti dengan minyak jagung. Pada kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Alih kedalam loyang. Ratakan dan bakar selama 15 minit atau kelihatan perang. Keluarkan dan biar sejuk.
  3. Sapu jem bagi rata. Guna berus pastry. Ketepikan.
  4. Untuk topping, pukul telur dan gula hingga larut menggunakan whisk. Masukkan kelapa kering. Gaul rata dengan spatula. Tuang atas no.3. Ratakan dan tekan sedikit bagi padat. Sambung bakar selama 25 minit pada 180c. Biar sejuk baru potong.








minum dengan teh panas waktu petang memang best...


Friday 2 November 2012

Udang Bersalut Serbuk Biskut


  Selamat malam semua... Hari ni aku nak kongsi satu menu kegemaran anak buah aku, iaitu udang bersalut serbuk biskut. Sebelum ni anak buah aku ni bukan mau makan udang. Biasa la bebudak, suka memilih. Lepas kena udang yang aku buat ni terus jatuh cinta... Acewahhh.... Kalau balik kampung mesti tanya bila nak masak udang... Malam ni aku masak pun sebab nampak mat gebu buat. Tapi dia buat guna serbuk roti. Sapa-sapa nak tengok resepi dia tengok kat sini. Apa-apa pun meh tegok resepi yang aku buat....


Bahan-Bahan

-10 ekor udang sederhana besar
-5 - 6 keping biskut cracker
-2 sudu besar tepung pulut
-1 biji telur
-1 sudu kecil mix herbs
-1 sudu kecil cili flakes
-garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakang udang dan bersihkan kekotoran. Toskan dan biar kering atau lap dengan kitchen paper towel.
  2. Hancurkan biskut cracker. Masukkan mix herbs dan cili flakes. Gaul rata.
  3. Masukkan garam ke dalam telur dan pukul sedikit.
  4. Panaskan minyak. Golekkan udang dengan tepung pulut. Kemudian celup dalam telur. Selepas itu, sadur udang dengan hancuran biskut.
  5. Goreng dengan minyak yang panas dan dalam. Angkat bila keemasan. Letak atas kitchen paper towel untuk meyerap minyak.
  6. Sedia dinikmati dengan sos pilihan.







makan dengan nasi pun sedap...


Thursday 1 November 2012

Kerabu Daging

  

 Selamat petang semua... Hari ni aku nak kongsi resepi masa makan tengahari tadi. Menu hari ni besa-besa saja. Ikan merah goreng, kerabu daging dan ulam pucuk gajus. Menu yang nak dikongsi hari ni ialah kerabu daging. Aku guna daging pemberian orang masa raya haji tu. Ada baki sikit lagi. So, boleh la buat kerabu. Jom tengok cara nak buatnya....


Bahan- Bahan

-200gm daging
-100gm taugeh
-1 biji pelam sala [ sederhana besar ]
-1 biji bawang besar
-1 sudu teh garam
-serbuk perasa
-250ml santan [ 1 biji kelapa yg sederhana. kalau nak sihat, guna 1/2 biji ]
-1/4 biji limau nipis [ kalu nak masam lebihkan ]
-1 inci lengkuas*
-2 batang serai*
-10 biji lada hitam*
-1 sudu teh belacan*
-4 biji cili padi*[ ditumbuk ]
-2 sudu besar kerisik


Cara-Cara

  1. Potong daging nipis-nipas dan rebus. Celur taugah dan masak santan seketika.
  2. Lengkuas dan serai ditumbuk bersama bahan bertanda [*]
  3. Potong bawang besar nipis-nipis dan sagat pelam.
  4. Dalam mangkuk besar, satukan santan, kerisik, taugeh, bawang besar, daging dan bahan yang ditumbuk. Gau rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Untuk rasa masam, masukkan jus limau nipis.
  5. Sedia dinikmati.



NOTA : Santan dimasak seketika adalah untuk mengelak daripada cepat basi.





makan saja pun sedap...




ni asal resepi mak aku... TERIMA KASIH MAK..