Thursday, 1 November 2012

Kerabu Daging

  

 Selamat petang semua... Hari ni aku nak kongsi resepi masa makan tengahari tadi. Menu hari ni besa-besa saja. Ikan merah goreng, kerabu daging dan ulam pucuk gajus. Menu yang nak dikongsi hari ni ialah kerabu daging. Aku guna daging pemberian orang masa raya haji tu. Ada baki sikit lagi. So, boleh la buat kerabu. Jom tengok cara nak buatnya....


Bahan- Bahan

-200gm daging
-100gm taugeh
-1 biji pelam sala [ sederhana besar ]
-1 biji bawang besar
-1 sudu teh garam
-serbuk perasa
-250ml santan [ 1 biji kelapa yg sederhana. kalau nak sihat, guna 1/2 biji ]
-1/4 biji limau nipis [ kalu nak masam lebihkan ]
-1 inci lengkuas*
-2 batang serai*
-10 biji lada hitam*
-1 sudu teh belacan*
-4 biji cili padi*[ ditumbuk ]
-2 sudu besar kerisik


Cara-Cara

  1. Potong daging nipis-nipas dan rebus. Celur taugah dan masak santan seketika.
  2. Lengkuas dan serai ditumbuk bersama bahan bertanda [*]
  3. Potong bawang besar nipis-nipis dan sagat pelam.
  4. Dalam mangkuk besar, satukan santan, kerisik, taugeh, bawang besar, daging dan bahan yang ditumbuk. Gau rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Untuk rasa masam, masukkan jus limau nipis.
  5. Sedia dinikmati.



NOTA : Santan dimasak seketika adalah untuk mengelak daripada cepat basi.





makan saja pun sedap...




ni asal resepi mak aku... TERIMA KASIH MAK..

6 comments:

  1. alaaa.... dah abis... kihkih...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas kunjugan ke blog zila..heppy cooking..follow blog nie jgk..
    kerabu daging x pernah buat..mesti sedap nie..dgging korban byk kt umah..nnt leh jgk cuba:)

    ReplyDelete
  3. TQ kak zila sbb sudi join blog sy. Akak try buat. kompem sdp. hihihi...

    ReplyDelete
  4. Salam kenal
    Thanks sebab singgah Dan follow blog kasihredha...Akak pun dah follow blog ni . Gambar Cantik Akak suka.
    Akak mmg pengemar kerabu...segala macam kerabu pun Akak suka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih jgk la sbb sudi join blog yg masih br nihh... gmbr cantik tu sbb edit. hehehe...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...