Saturday, 10 November 2012

Puding Cendol Gula Melaka



  Salam semua... Hari ni aku nak updat resepi puding cendol gula melaka. Dua tiga hari ni kejap hujan, kejap panas. Macam-macam la.. So, time waktu panas kalau makan puding lagi best. Tambah-tambah yang lemak manis gitu. Mmmmmm... Sejuk tekak. Aku amek resepi ni kat  blog secubit garam. Klau nak tengak resepi asal klik kat sini. Jom tengok resepi yang aku tulis ni...



Bahan A

-12gm serbuk agar-agar
-300ml santan pekat [ 150ml santan fresh + 150ml santan kotak ]
-500ml air
-400gm cendol
-160gm gula
-sedikit garam


Bahan B

-12gm serbuk agar-agar
-400ml santan pekat [ 300ml santan fresh + 100ml santan kotak ]
-200gm gula merah
-1 biji kuning telur
-1/2 sudu teh esen vanila
-sedikit garam


Cara-Cara

  1. Masak air, agar-agar dan gula. Kemudian masukkan santan dan garam. Tutup api dan masukkan condol. Kasau sedikit. Tuang ke dalam loyang 10 x 10. Pastikan loyang dibasahkan dahulu  supaya puding senang dikeluarkan. Biar ia beku.
  2. Masak air dengan gula merah. Tapis air gula merah dan masak kembali dengan serbuk agar-agar. Kemudian masukkan santan, garam dan esen vanila. Kacau sedikit. Pukul kuning telur dan tuang ke dalam adunan. Kacau seketika dan tutup api. Tuang adunan atas lapisan A dengan perlahan-lahan. Pastikan lapisan A dicakar-cakar dahulu supaya lapisan B mudah melekat.
  3. Biar sejuk baru dipotong.




walaupun rupa tak berapa cantik, tapi rasa tetap sedap....

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...

Post a Comment