Thursday, 15 May 2014

Kek Tiramisu



    Asalamualaikum semua... Kali ni tayang tiramisu lagi... Aku ni kalau nak kata hantu tiramisu pun tidak jugak... Kalau peminat tegar tiramisu, haaa... Itu dah semestinya... Aku ni memang suka mencuba macam-macam jenis tiramisu... Selalunya tiramisu yang aku buat ni tak pernah guna telur. Tapi yang ni ada letak kuning telur... Memang tak pernah cuba lagi... Kalau tak cuba memang tak tau la rasa macam mana kan... Alhamdulillah, memang sedap kena dengan selera tekak walaupun mascarpone cheese tu harganya boleh menjulingkan mata anda... Huhuhuuu... Untuk hiasa tu aku letak wafer stick kaler hitam... Nampak menarik jugak... Aku beli wafer stick tu kat padang besar masa shopping dengan kak aku... Aku beli satu tin terus... Hamek kau... 5 kg pulak tu. Macam nak buat niaga pulak... Hahahaa... Tapi berbaloi gak la sebab aku dapat harga RM42 untuk 5 kg. Peniaga tu kata kalau aku nak buat jual dalam pek kecil-kecil boleh dapat RM70++... Untungnya... Tapi aku buat ngap untuk perut aku ja... Hahahaa... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni...




TIRAMISU BISCOTTI
Sumber & Resepi : Youtube & Joy of Baking

Bahan-Bahan
-1 bungkus ladyfinger - guna dlm 2-3 paket - anggaran je ikut saiz bekas/loyang
-125 gram cheese philladephia
-125 gram mascarpone cheese
-3/4 cwn gula icing
-2 biji kuning telur
-240 ml whipping cream
-2 sudu besar nescaffe
-300ml air suam
-sedikit esen vanilla ( nak ganti jus lemon )


Cara-Cara
  1. Pukul whipping cream jadi gebu - simpan dalam peti ais sekejap.
  2. Dua-dua jenis cheese dibiarkan pada suhu bilik, kemudian pukul hingga kembang.
  3. Masukkan gula dan pukul hingga mesra.
  4. Telur masak secara 'double boil'.
  5. Telur dah masak masukkan dalm adunan cheese , pukul atau gaul hingga sebati, masukkan esen vanila.
  6. Ambil whipping cream dari peti ais, masukkan dalam adunan cheese, gaul hingga sebati .Guna spatula pun tak pe...





Proses Melapis
  1. Guna  loyang yang loose base or springform. Kalau takde lapis je bekas tu dengan plastik supaya senang nak angkat...tak lapik pun ok..
  2. Bancuh nescafe dengan air suam..celup satu persatu biskut ladyfinger tu then susun  sebaris demi sebaris hingga penuh kawasan.
  3. Dah siap susun, ambil adunan cheese tadi lapis atas biskut hingga rata.
  4. Ulangi proses lapis biskut dan cheese hingga habis/muat kat bekas tu...
  5. Simpan dalam peti ais.
  6. Agak2 dah lebih 4 jam keluarkan dari peti ais, tabur serbuk coffee atau serbuk koko  kat permukaan kek.







6 comments:

  1. menggodanya tiramisu tu..terliur tengok..lama x dah buat dan makan kek ni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiramisu ni memang suka menggoda org...
      hihiii...

      Delete
  2. Salam syapex...
    knita pon tak pernah try resepi yg letak telur lg...insyaAllah kalu rajin nnt boleh cuba resepi ni... tapi kena tunggu dapat gaji dulu baru boleh pi cari mascarpone nih...ahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu akak, klau nk buat resepi ni kena ada extra $$$...
      mascarpone cheese tu kn harganya boleh tahan...
      hihii..

      Delete
  3. saya pin suka jgak tiramisu

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...