Monday, 19 May 2014

Roti Sarang Lebah



    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku kembali dengan meroti pulak. Dah lama aku tak mengguli roti... Rindu la pulak.. Hihihii... Untuk kali ni aku cuba buat roti sarang lebah yang tengah hot sekarang ni... Kalau tengok kat Facebook memang ramai yang dok tayang resepi ni... Aku pun apa lagi, mesti la nak cuba jugak... Memang sedap rupanya.. Kena pulak dengan sos butterscotch tu, lagi la sedap. Ramai jugak yang buat roti ni sebagai hasil perniagaan.. Sebab sedap sangat. Memang kena cuba... Lagi pun bahan yang digunakan tak la banyak sangat.. Terima kasih la ye kepada penyumbang resepi roti ni... Lain kali nak buat lagi... Jom tengok resepi kat bawah tuu...





Roti Sarang Lebah.
Resipi Asal : Kelab Roti Fb
C&P : cikmanggis


Doh Roti.

Baha-bahannya:
-2 cawan tepung gandum.
-1/2 tsp yis serbuk.
-1/4 tsp garam halus.
-1/2 tsp baking powder.
-1 tbsp gula halus.
-1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik.
-1/4 cawan minyak jagung.
-1/2 cawan air suam.+-

-Sapu-1 biji kuning telur.
-Tabur-badam dan kuaci serta bijan


Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
  3. Perap sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  4. Tumbuk doh buang anginnya.Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
  5. Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  6. Sapukan dengan kuning telur.Taburkan dengan badam,kuaci dan bijan.
  7. Bakar sehingga masak.







Butterscotch Sos.

Bahan-bahannya:
-1/2 cawan brown sugar.
-1/2 cawan whipping ccream.
-Secubit garam.
-1/2 tsp essen vanila.
-25 gm butter

Cara-caranya:
  1. Cairkan butter.Masukkan gula perang.Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  2. Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan.
  3. Akhir sekali masukkan essen vanila.Padamkan api.Kacau sehingga rata.Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat.
  4. Tuangkan ke atas permukaan roti.






5 comments:

  1. wah, dah meroti pula ya..rajinnya..best ni kalau dapat seketul..

    ReplyDelete
  2. dh jd fnomena roti ne kn..akk nk buat x sempt2 lg

    ReplyDelete
  3. waaa..nampak menyelerakan.nampak sangat sedap..kak, minta izin copy resepi, tengok gambar akak, mel teringin sangat nak cuba ni.

    ReplyDelete
  4. alahai.. petang-petang tangok roti ni bikin lapar pulak..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...