Sunday, 24 August 2014

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Acar Timun Nenas



   Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua... Hari ni aku nak update menu special sikit... Set nasi tomato habaq hanggg... Mana pernah aku masak nasi bagai macam ni... Yang terbaru pun nasi ayam... Mimpi apa sampai aku boleh masak nasi tomato ni... Huhuhuuu... Aku ingatkan payah sangat nak masak nasi tomato ni... Rupa-rupanya mudah jugak la bagi aku yang first time ni.. Cuma remeh sikit sebab nak sediakan banyak bahan... Nak buat nasi, lauk pastu lauk sampingan sama... Apa pun syabas kepada aku sebab berjaya buat set nasi tomato ni... Lepas ni macam nak try nasi minyak atau nasi hujan panas pulak lah... Huhuhuuu... Untuk set nasi tomato ni aku cuma buat separu saja... Kalau ada yang berminat boleh la tengok resepi kat bawah tuuu...





NASI TOMATO
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
C&P : Kak Ita

-5 cawan beras - cuci dan toskan
-1/2 cawan susu cair
-4 biji tomato - cincang
-1/2 cawan sos tomato
-2 s/b majerin /minyak sapi
-5 s/mb minyak
-Garam secukup rasa
-Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
-daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
-3 ulas bawang putih - hiris
-5 ulas bawang merah - hiris
-1 inci halia - hiris
-3 biji Buah pelaga
-3 biji Bunga cengkih
-1 inci Kulit kayu manis
-2 kuntum Bunga lawang

-kismis hitam untuk hiasa ( aku tambah )

Cara-Cara
  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
  2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
  4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
  5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..





AYAM MASAK MERAH
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi
C&P : Kak Ita

Bahan A
-1 ekor ayam
-1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
-2 sudu makan sos tomato
-Minyak masak secukupnya
-garam dan gula secukup rasa
-sedikit serbuk kunyit

Bahan B
-15 tangkai cilikering Kisar
-2 inc halia ~ kisar
-3 ulas bawang putih ~ kisar
-1 labu bawang besar ~ kisar
-2 batang serai ~ titik
-4 biji tomato ~ potong baji

-kacang peas untuk hiasan ( aku tambah )

Cara-Cara
  1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
  4. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
  5. Gaulkan sehingga sebati
  6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.






PENCUK / JELATAH / ACAR TIMUN NENAS / ACAR CUKA
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-2 biji timun ~ buang kulit dan belah 4 kemudian potong kecil
-1 biji nenas ~ buang kulit, belah lapan dan potong kecil
-1 batang lobak merah ~ sagat halus memanjang / potong mancis
-4 biji cili padi ~ di hiris
-1 batang cili hijau ~ potong mancis
-2 labu bawang besar ~ di hiris
-10 camca besar cuka ( aku kurangkan )
-100 gm kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar ( jika suka)
-1 sudu besar bijan ~ di sangai tanpa minyak ( jika suka)
-garam dan gula secukup rasa


Cara-Cara
  1. Satukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar
  2. Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau
  3. Tambahkan cuka masakan.
  4. Gaul semua bahan rata
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Hidangkan di dalam pinggan
  7. Taburkan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan







6 comments:

  1. Asalamualaikum. Resipi ayam masak merah tu lagi sedap kalau letak tomato puree.. Cadangan je..

    ReplyDelete
  2. Tenkiu 4 sharing d recipe....ai pun pestaimer gak ni...mudah2an sukses lah hendaknya...aamiin

    ReplyDelete
  3. Nmpk lazat. Presentation good

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...