Friday, 15 August 2014

Kek Lapis Keju Coklat



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Malam ni aku nak update resepi kek lapis yang kedua pulak... Resepi ni aku copy dari Dayang Jack... Untuk resepi ni aku tak buat macam DJ tunjuk tu... Dia buat adunan coklat dulu selapis-selapis sehingga habis baru buat adunan kosong selapis-selapis hingga habis. Aku pula buat selang-seli. Mula-mula buat aduna kosong dua lapis, lepas tu adunan coklat dua lapis. Buat hingga habis... Masa nak bahagikan adunan putih dan coklat tu, kena lebihkan sikit aduna putih tu...  Kek ni terasa pahit sikit kalau guna pure cocoa.. Tapi bagi aku memang suka rasa pahit dari manis ni... Kek ni agak kering sikit sebab mungkin aku guna tepung gandum biasa. Lagi satu aku tak sapu mentega bagi setiap lapisan lepas kek tu masak... Terasa malas pulak waktu tu... Ahakss... Ok la, meh kita tengok resepinya....




Kek Lapis Keju Coklat

bahan-bahan : (menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3)

Bahan A :
-7 biji telur gred A
-250g tepung hongkong (boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g)
-180g gula halus (boleh kurangkan ikut citarasa)
-1 sudu besar ovalette
-1 sudu kecil esen vanilla
-75 ml air ais

Bahan B :
-250g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
-140g cream cheese (pada suhu bilik)
-7 sudu besar susu pekat manis

Bahan C :
-50g serbuk koko (diayak) - kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
-2-3 sudu besar susu pekat manis
-sedikit pewarna coklat atau coklat emulco


Cara-cara :
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
  2. Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
  3. Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati).
  5. Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya.
  6. Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan).
  7. Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
  8. Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.


  • Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.
  • Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
  • Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.






3 comments:

  1. salam..

    cantik lapisan kek tu..kek ni memang sedap kan..sya pun lama x melapis ni.sibuk ja memanjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdp kak...
      gabungan cheese & coklat...
      x pa kak, sibuk dengan oder..
      rezeki tuuu...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...