Tuesday, 19 August 2014

Kek Lapis Keju Oreo



     Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Alhamdulillah, pagi ni hujan turun jugak akhirnya. Walaupun turun tak lebat sangat tapi masih terasa sejuknya... Mau taknya, turun waktu pagi... Rasa sejum macam sampai ke tulang pulak tuuu.... Hahahahaa... Mata ni pun mula la nampak bantal balik... Hihihiii.... Tak boleh jadi ni.... Kuatkan semangat... Sebelom tu aku nak update juga resepi kek lapis yang ketiga untuk hari raya hari tu... Sebelom ni pernah buat kek lapis oreo, tapi yang biasa. Tak letak cream cheese macam yang ni.... Bila dah letak cream cheese tu, bertambah sedap laa... Yang penting kek ni kena simpan lama sikit dalam peti sejuk tu supaya lebih lembab... Untuk biskut oreo tu, aku guna yang mini punya... Bila guna yang mini ni, corak dia nampak lebih cantik... So, jom kita tengok resepinya....







Kek Lapis Keju Oreo
C&P : Kak Wan


Bahan A
-12 biji kuning telur B
-6 biji putih telur
-250gm gula kaster
-270gm tepung Hong Kong
-30gm serbuk horlicks
-2 sudu kecil ovalete
-1 sudu kecil esen vanila

Bahan B - Adunan Keju
-250gm krim keju
-3 sudu besar susu pekat manis
-1 sudu teh lemon paste

Bahan C- Adunan Biru
-250gm mentega
-3 sudu makan susu pekat manis
-pewarna biru atau yang di sukai

Bahan D
2-3 bungkus biskut oreo dengan krim

Loyang 8 x 8in di alas dasar dan gris


Cara-cara :
Bahan A : 
  1. Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster, esen vanila dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Perlahankan mixer, masukkan tepung dan serbuk horlicks sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C. (Adunan Biru)
  4. Bahagikan Adunan Biru kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
  5. Ambil 6 sudu besar adunan biru, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
  6. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek. Ulangi lapisan biru yang kedua dan bakar dengan api atas saja selama 8 minit. Ulangi sehingga 3 lapisan biru.
  7. Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo di atasnya. Bakar hingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapisan.
  8. Ulangi sehingga adunan keju dan oreo habis.
  9. Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan biru, ulangi melapis dan membakar sehingga 3 lapisan.
  10. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit hingga masak sekata.


Bahan B : 
  1. Pukul krim keju. lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.

Bahan C : 
  1. Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna biru, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.





7 comments:

  1. cntik dan kemas sngat, kak ruby suka lah

    ReplyDelete
  2. Hello, I am Francesca and I'm Italian. Congratulations on the blog, there are so many recipe all to copy. From now on I will follow you. if you want to see me go. Thank you.

    ReplyDelete
  3. sgt2 menarik kek lapis ni
    suka 2

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum awak....cantik sangat....rasa terkagum bila first time masuk blog ni...segala puji bagi Allah untuk bakat awak...keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak...
      mekasih sbb sudi jenguk blog sy nie...
      alhamdulillah bakat tersembunyi...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...