Wednesday 18 May 2016

Green Velvet Marble Cheese Brownies



      Assalamualaikum semua.... Hari ni berkesempatan untuk update resepi brownis yang cantik ni... Selalu orang buat kaler merah, tapi kali ni buat kaler ijau pulak... Nampak lain la sikit kan... Hihiii.... Alang-alang aku dah muncul ni aku nak ucapkan selamat hari ibu, selamat hari jururawat & selamat hari guru...



Green Velvet Marble Cheese Brownies
C&P : Cheq Sue

Bahan-bahan (loyang 4 segi 8x8 inci)
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus 100g
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder


 Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Bahan-bahan lapisan cheese:
(Resepi dari Rinchann Fotopages)

250g cream cheese
1 cawan gula castor 3/4 cawan
1 biji telur gred B



Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Tuesday 3 May 2016

Puteri Ayu Cheese



  Assalamualaikum semua.... Dah lama aku tak buat kuih ni... Alang-alang dah nak dekat dengan bulan ramadhan ni, boleh la cuba-cuba buat... Kalau sapa yang rajin boleh buat jual masa bulan ramadhan ni... Kuih puteri ayu ni rasanya boleh dikatakan versi moden la... Sebab apa, selalunya orang letak kelapa parut. Tapi yang ni letak adunan cheese... Memang sedap... Lemak-lemak cheese.... Memang kena cuba tau... Ok la, meh tengok resepinya...




Sumber : FB/ResipiTurunTemurun (Hasnah Zakaria)
C&P  : zaralovebaking



Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan/susu cair
1 tsp. ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa (optional)

Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur

Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap & ketepikan sebentar.

Cara Menyediakan Puteri Ayu :
  1. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan ovalet dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  3. Isikan cream cheese ke dalam acuan, kukus selama 2 minit, kemudian letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 7 - 10 minit dengan api sederhana.