Thursday 14 May 2015

Harum Manis Cheese Cake

 


    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak tayang cheese cake pulak... Cheese cake ni special sikit sebab guna harum manis... Kalau nak tau, sekarang ni tengah musim harum manis kat perlis ni... Ni aku beli masa ada pesta harum manis. Aku beli 3 biji jaa... Harga dia pun boleh tahan. Ni aku aku guna harum manis gred A. Harga sekilo rm30... Perhhh... Boleh tahan mahalnya... Satu biji pun berat dah 500gm lebih. Kalau gred B dan C murah laa... Asalnya resepi ni cuma mango cheese cake. Aku cuma tukar guna harum manis. Dah alang-alang musim dia, kita try la buat... Memang sedap hingga tak terkata... Kot kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi tu... Thanks ye kak hana sebab kongsi resepi cheese cake ni... Byeee....




RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan

Untuk Base ( aku gandakan adunan )
100g biskut merie or etc - hana gune ritz
50g butter - cairkan


Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain - tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt ( aku ganti whipping cream )
90g gula - leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
15g gelatin + 60ml air panas
sedikit potongan mangga ( aku x letak )


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.
  4. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut - hana guna microvawe
  5. Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.






Untuk Topping

1 tin buah mangga -ambil sedikit utk hiasan.baki blend jadikan puree ( +- 250gm isi harum manis )
50ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin - optional (jika tak nak, curahkan
puree mangga shj)
1sb madu @ syrup gula - optional jika nak tambah manis
sedikit potongan mangga
daun pudina utk hiasan


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree.Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  2. Sejukkan lagi. potong dan hidangkan.


            


Sunday 10 May 2015

Pink Ombre Cake & Selamat Hari Ibu



   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Sempena hari ibu ni, aku ada la buat sebiji kek. Untuk makan-makan kami ja... Tak sambut apa-apa pun... Ikutkan mak aku ni bukan suka sangat kek yang berkrim ni. Dia lebih suka kek plain macam kek butter, span & chiffon. Tapi dah alang-alang nak buat kek, kena la buat yang grand sikit Aku amek resepi ni kat blog kak shidah. Resepi asal buat kek pelangi dari Dorie Greenspan. Sebab tak rajin nak keluarkan banyak warna, aku cuma guna satu warna saja. Warna pink, warna yang sejuk mata memandang... Untuk deco kek ni aku baru test fresh cream jenama rich's iaitu bettercreme.. Bila guna fresh cream jenis ni senang sikit nak buat bunga... Nampak macam guna buttercream pun ada. Rasa pun sedap... Ok la, takat sini dulu aku membebel... Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu kat dunia ni... Byeeee....







Rainbow Cake
Adapted from Dorie Greenspan

C&P : Kak Shidah

Ingredients
2 1/4 cups cake flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt (omit if u’re using salted butter)
1 1/4 cups milk or buttermilk (I used buttermilk)
4 large egg whites
¾ cup sugar (I cut the sugar. The recipe calls for 1 1/2 cup)
2 teaspoons grated lemon zest - (I didnt add any of this)
125gm unsalted butter, softened (It was supposed to be 120gm, but I was too lazy to weigh it correctly)
1/2 teaspoon pure lemon extract - (I didnt add this too)
Gel or powder food coloring
2 tsp vanilla essence (The is no vanilla essence in the recipe, but I added it and the cake taste fabulous)


  1. Preheat the oven to 375 degrees F and put a rack in the middle or upper third of the oven. Butter two 5 inch pans and line with buttered parchment paper.
  2. Sift together the flour, baking powder, and salt. In another bowl, whisk together the egg whites and buttermilk. I whisked the mixture using hand for about 1 minute.
  3. Cream the butter and sugar in a mixer on medium speed for a full 3 minutes until very light and fluffy. Beat in half of the egg-buttermilk mixture, then flour mixture, then the last of the eggbuttermilk mixture, and finally the last of the flour, beating until the batter is smooth. Beat the entire batter on medium high for two minutes until completely smooth and mixed.
  4. Divide the batter in 6, dye each batter with different colour. Bake 20 minutes, rotating halfway through, or until a thin knife inserted in the middle comes out clean. Cool in the pans five minutes, then turn out onto a cooling rack. To ensure moistness, once the cakes are cooled, wrap immediately and chill.

  •  Untuk cream aku guna 2 cawan fresh cream. Pukul hingga kental.