Showing posts with label CupCake. Show all posts
Showing posts with label CupCake. Show all posts

Wednesday, 3 December 2014

Carrot Cupcake




     Assalamualaikum.... Malam ni bersiaran dengan carrot cupcake yang sangat sedap lagi moist gitu... Carrot cupcake ni aku buat untuk menu minum petang tadi. Resepi ni aku copy dari mat gebu. Kalau ikut dia buat dalam bentuk kek, tapi aku terderhaka la pulak buat dalam bentuk cupcake... Hihihii... Senang sikit nak makan. Bila buat dalam bentuk capcake ni dapat la dalam 20 biji. Aku buat dalam bekas saiz 2.5 oz. Kalau nak letak krim banyak-banyak macam aku letak atas cupcake tu kena gandakan adunan. Kalau tak memang tak cukup la... Kalau sapu ala kadar rasanya cukup-cukup la... Ok la, sampai takat sini dulu... Byeee....






Carrot Cupcake


Bahan-Bahan
-1 cawan tepung gandum*
-1 camca teh baking powder*
-1/2 camca teh soda bicarbonate*
-1/2 camca teh garam halus*
-1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
-2 biji telur gred "A"
-3/4 cawan minyak jagung
-1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
-1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
-1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
-1/2 cawan kelapa kering
-1/2 cawan kacang walnut, cincang


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan bekas cupcake secukupnya. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Sudukan adunan ke dalam bekas cupcake dan bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak.
  4. Sejukkan atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...






Bahan Cream Cheese Toping
-70 g mentega tanpa garam
-125 g cream cheese
-1 camca teh esen vanilla
-1 1/2 camca besar gula aising, diayak


Cara-Cara
  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas cupcake tadi dan hias ikut suka.





Tuesday, 24 September 2013

Hokkaido Chiffon Cup Cake




     Assalamualaiku.... Hari ni apa kata kita layan Hokkaido Chiffon Cup Cake yang sangat sedap ni... Sungguh gebu dan lembut keknya bila masuk dalam mulut tu... Tambah-tambah ada inti custart yang berkrim tu... 3, 4 biji jugak la sekali hadap... Kalau nak menikmati kek ni sila pejam mata pastu boleh la bayangkan keindahan dan kesedapan kek ni cair dalam mulut tu... Huhuhuu.... Sebelum ni akau pernah buat dah Hokkaido Chiffon Cup Cake, kalau nak tengok boleh klik kat sini. Untuk kali ni try resepi lain pulak. Memang sedap kek ni. Tak rugi kalau mencubanya... So, jom kita tengok resepinya....






Hokkaido Chiffon Cup Cake
Sumber : Suzie Saufi
C&P     : Rahel


Bahan-Bahan

Bahan A:
-4 biji putih telur
-1 st garam
-80g gula halus

*putar sehingga menjadi kental (meringue)


Bahan B:
-4 biji kuning telur
-30g gula kastor
-1 st esen vanila
-40ml minyak jagung
-40ml susu segar


Bahan C:
-55g tepung kek
-20g tepung custard
-1 st baking powder


Cara-cara:
  1. Ayak tepung kek,tepung custard dan baking powder.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan minyak dan susu segar.
  4. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh (80% cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan - gelembung udara di dalam kek).
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga masak kekuningan.





Bahan Custard

-1 sudu besar tepung custard
-1 sudu besar tepung gandum
-4 sudu besar gula
-200ml susu segar
-1 biji telur
-1 sudu besar mentega

Cara-Cara
  1. Satukan bahan dan masak hingga adunan pekat dan berkilat (masak atas double boiler).
  2. Bancuh tepung dg 50ml susu segar dahulu baru satukan semua bahan.
  3. Sentiasa mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin.
  4. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini.
  5. Setelah kek masak dan kek telah sejuk picit custard di tengah2 kek.Cucuk noozle ke dalam dan picit.




Sungguh sedap bila gandingkan custard dan coklat...
selamat mencuba..