Friday, 19 April 2013

Donut Rangup Di luar Gebu Di Dalam



   Salam semua.... Hari ni aku nak kongsi resepi donut yang rangup dan gebu. Resepi ni aku amek kat yaniMyr. Thanks ya sebab kongsi resepi donut ni. Memang sedap... Aku cukup suka donut yang rangup-rangup ni. Kalau buat donut yang biasa tu aku akan goreng bagi lama sikit, nak bagi rangup.... Sapa-sapa yang teringin nak rasa boleh la cuba resepi kat bawah ni...


Bahan-bahan ( +-16 biji )

-200g tepung berprotin tinggi
-50g tepung gandum
-50g tepung jagung( corn starch)
-30g gula
-2/3 sudu kecil garam
-1 sudu besar baking powder
-2(6g) sudu kecil dry yeast
-190ml (susu segar + 1 biji telur )
-50g lemak sayur
-Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
  2. Masukkan pula susu dengan telur dan juga yeast. Kacau sekejap. Kemudian masukkan lemak sayur. Uli sehingga tak melekat ditangan. Biarkan doh yang dah diuli selama 40- 45 minit.
  3. Boleh juga uli guna breadmaker atau food processor.
  4. Canaikan doh setebal 1-1.5 cm di atas papan canai. Tutupkan dengan kain lembab. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Terapkan doh dengan donut cutter. Biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum digoreng.



Gebu dan rangup...
Memang sedap...

16 comments:

  1. gebu2 semuanya..dah lama x buat donut sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. : )

      memang puas kalau dpt bt donut sendiri...

      Delete
  2. Boleh lh cuba nnti...suka makan tapi sebenarnya kureng rajin nk nguli...hehe...klu dekat blh tumpang makan..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 la...
      kalau x, dh boleh tukar2 kuih...
      huhuhuhuuu...

      Delete
  3. nampak lembut donut ni...

    ReplyDelete
  4. Maaf blh taw x pakai susu segar ape?? Baru nak belajar..;) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dutch lady. ada tulis fresh milk.
      boleh ganti susu cair biasa...

      Delete
    2. Tq n telur brp biji akk?

      Delete
    3. telur tu satu biji.
      sukat sekali dgn susu sgr bg jd 190ml

      Delete
  5. Butter ade x kak? sorry banyak soklan sb xpnah buat ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk resepi ni guna shortening @ lemak sayur...
      butter x pernah try lg...

      Delete
  6. Sy nk tahu la kak, masa nk kcu tepung tu kne letak air x..? Ke trus kacau dgn susi segar? Confius

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la pggil akak, sy ni laki...
      huhuuu...
      tak pyah ltk air, cuma guna adunan susu segar dan telur ja..

      Delete
  7. Owhh sory2 ok tq yer encik..;)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...