Sunday, 2 November 2014

Kaswi Pandan Seri Wangi



    Assalamualaikum... Selamat petang semua... Makan apa petang ni... Aku petang ni buat kuih kaswi... Resepi ni aku copy dari kak yati... Hmmmm... Agak lama aku tak buat kuih-kuih ni. Salalu dengan kek je. Tapi hari ni tergerak hati pula bila nampak kak yatie post resepi kuih kaswi pandan seri wangi ni... Memang sesuai la nama tu ada perkataan seri wangi... Dah la nampak berseri bila masak, wangi dengan haruman pandan pulak tu... Sapa yang tak terpikat dengan godaan kuih ni... Rasanya ni la antara kuih kaswi yang paling ok pernah aku buat. Jadi dengan eloknya... Sebelom ni selalu buat, tapi kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Sebab tu la aku jarang buat kuih-kuih ni. Bukan salah resepi, aku ni memang tak teror buat kuih. Tapi kalau kek, suka aku sebab selalunya menjadi walaupun kadang-kadang ada yang tak berapa ok... Apa-apa pun terima kasih kak yatie sebab sudi kongsi resepi kuih kaswi yang mudah dan sedap ni... Byee...







Kaswi Pandan Seri Wangi
C&P : Kak Yatie


Bahan-Bahan ( loyang 8 inci )
-1 1/2 cwn tepung gandum
-1/2 cwn tepung ubi
-1 cwn gula pasir halus
-2 1/2 cwn santan (Yatie guna santan kotak 200ml dan selebihnya tambah air biasa)
-1 cwn air pandan (air di kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
-1 sudu besar air kapur sireh
-1/2 sudu kecil garam
-sedikit pewarna hijau.

**1/2 biji kelapa parut putihnya sahaja dan sedikit garam halus, gaulkan rata dan boleh di makan bersama kaswi pandan seri wangi.


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan sementara membancuh adunan kaswi.
  2. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Ketepikan dulu.
  3. Kalau guna acuan kecil sapu bekas acuan dngn sedikit minyak juga. Ketepikan dulu.
  4. Sementara itu, satukan tepung ubi dan tepung gandum dlm mangkuk besar.
  5. Masukkan gula, garam, air pandan dan santan. Gaul sebati.
  6. Masukkan air kapur dan pewarna hijau. Saya blend je semuanya.
  7. Tuang dlm loyang yg di panaskan sebentar dan kukus selama 35 minit.
  8. Kalau guna acuan kecil, masa mengukus pendek sedikit, antara 15-20 minit.
  9. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.






16 comments:

  1. Sedap nie buat minum petang......

    ReplyDelete
  2. Sedap nie buat minum petang......

    ReplyDelete
  3. Sedap nie buat minum petang......

    ReplyDelete
  4. Sedappnyaa..yana peminat kuih kaswi gak..tak pnh puas mkn ^_^

    ReplyDelete
  5. hebat nye...salute lah akak dik...good job...

    ReplyDelete
  6. Huhuhuu.... hujau mata cekelat ku! Ahaks.... Dapnya kaswi ni Syafiq. Hantar mama sepiring, boleh? Ma balas balik piring Syafiq dengan biskut Tiger ke, Oreo ke... nanti Syafiq leh buat cheesecake lak... Pas tu hantar sepiring cheesecake pulak... dan begitulah seterusnya seterusnya seterusnya.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kish la bskt tiger / oreo...
      sy belasah jaa...
      tp syg, jauh sgt...
      klau x kompem dh hntr mamafami

      Delete
  7. Tengok gambar jer pun dah jadi lapar .. mana nak cari kuih ni malam malam buta... hehe

    ReplyDelete
  8. wah dik..rajin ujan2 nie kan..mkn kuih camne sedappp:)

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...