Saturday, 9 November 2013

Agar-Agar Rintik Pandan



      Assalamualaikum dan selamat petang semua. Menu apa petang-petang ni...? Aku buat agar-agar ja. Selalu waktu petang orang makan kuih kan. Tapi petang ni aku makan agar-agar. Tak kisah la kan, janji boleh alas perot ni... Agar-agar ni asalnya agar-agar rintik santan. Dah ubah jadi arar-agar rintik pandan sebab aku tak letak santan. Aku ganti dengan susu cair dan pandan paste. Maka nama pun kena ubah jugak la... Kalau letak agar-agar rintik susu cair kompem ada orang gelak kan... Hahahahahaa.... Resepi ni aku amek kat blog kak izah. Bolek klik link kat bawah tu kalau nak tengok resepi asal dia. Ok la, takat sini dulu la.... Jom tengok resepi kat bawah ni....





AGAR-AGAR RINTIK PANDAN


Bahan A
-1/2 sudu besar agar2 serbuk *saya guna agar2 serbuk warne ijau [ aku guna yang plain ]
-250 ml santan [ ganti susu cair ]
-1 sudu besar gula pasir
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 sudu besar pandan paste [ aku tambah ]


Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih. Matikan api dan masukkan pandan paste. Kacau rata.
  2. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
  3. Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.





Bahan B
-1/2 sudu besar serbuk agar2
-500 ml air
-100 gm gula merah *boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
-1 sudu besar tepung kastard *bancuh dengan 2 sudu besar air
-2 helai daun pandan *optional


Cara-Cara
  1. Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur.
  2. Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
  4. Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang. [ aku guna loyang 6x6 ]
  5. Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub.





Sejuk tekak...





20 comments:

  1. CANTIKNYAAA..... SEDAP NI KAN? DUA DALAM SATU GITU....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kalau adunan ijau tu letak santan jgk lg la bertambah sdap..

      Delete
  2. cantiknya agar-agar dia sayang nak makan... hihi.. lama dah tak buat aagar- agar nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x mkn, rasa terliur pulak nengoknya...
      heheheee...

      Delete
  3. klu tgk dapur kat sini mmg lapar sentiasa. cantik lak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheee....
      menu biasa2 ja...

      Delete
  4. assalam

    macam cantik je..macam sedap je hehee
    kompem la cantik dan sedap
    sweet kalernya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm kena cuba je,,,
      mcm kena cuba je...
      : )

      Delete
  5. cantiknya corak batik nie..

    ReplyDelete
  6. Sedap3x... mesti kena cuba wat ni... seminggu lagi besday anak....

    ReplyDelete
  7. Sedappp nya.. mesti kena cuba wat ni.. sminggu lagi besday anak... heheh leh jamu kengkawan... nyum3.. I likeeeeed

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba laaa...
      kot2 kena dgn selera...

      Delete
  8. cantik .. & mengiurkan ...

    ReplyDelete
  9. Mintak izin cuba resepi je awok😘

    ReplyDelete
  10. Mintak izin cuba resepi ye awok😍

    ReplyDelete
  11. terima kasih ya resepnya, saya sudah coba dan sudah posting di blog saya juga, lezat rasanya...
    credit to your blog already, thanks...

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...