Assalamualaikum.... Hari ni apa kata layan agar-agar teh hijau yang sangat nyaman ni... Panas-panas terik ni kalau dapat agar-agar rasa sejuk tekaka kan... Idea nak buat agar-agar ni mai masa lepas buat agar-agar rintik pandan. Cuma olah bahan-bahannya saja sikit... Agar-agar ni pun rasa dia macam minum teh hijau la. Tapi dalam bentuk pepejal. Bau pun wangi. Tapi kalau nak bau teh hijau tu lebih kuat, bolet tambah lagi kandungan serbuk teh hijau tu Bagi aku manis agar-agar ni ala-ala manis buah gitu. Kalau yang suka manis tu boleh lebihkan kandungan gulanya... Memang sangat sesuai la kalau makan waktu panas macam sekarang ni.... Panas sekarang ni pun kejap ja. Selalunya lewat petang nanti cuaca mendung... Biasa la cuaca tak menentu... Lepas ni kalau berkesempatan nak buat yang ala-ala puding la pulak... Kalau puding tu dia lebih lembut dari agar-agar ni... Jom kita pakat buat...
Bahan A
-1 cawan air
-1 cawan susu cair
-2/3 sudu besar serbuk agar-agar
-2 sudu besar gula [ boleh lebihkan kalau suka manis ]
Cara-Cara
- Satukan semua bahan. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan beku.
- Apabila sudah beku, potong kepada bentuk-bentuk yang kecil. Ketepikan.
Bahan B
-3 cawan air
-120gm gula [ kalau nak manis lagi sila lebihkan ]
-1/2 sudu besar serbuk teh hijau
-1 sudu besar serbuk agar-agar
-1 titik pewarna hijau
Cara-Cara
- Satukan kesemua bahan kecuali pewarna hijau. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan pewarna hijau. Kacau sebati.
- Tapis ke dalam loyang 6x6.
- Masukkan potongan agar-agar tadi ke dalam loyang secara rawak. Biarkan beku dan simpan dalam peti ais.
indah mempersona...sedap menyelera....hee
ReplyDeletewah... wah...
Delete: )
cantiknya agar2 ni....terpesona tngk hijau yg menawan tu...
ReplyDeletebtol tu kak yatie...
Deletesejuk mata memandang...
salam perkenalan dr SRC..
ReplyDeletesaya datang sini dan follow.suka tengok macam2 ada di sini.sudi singgah dan follow blog sya juga ya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
terima kasih sbb sudy follow sy...
Deletenti sy akan berkunjung kembali ke sana...
Cantik agar-agar ni
ReplyDeleteRintik2 putih buat nmpk lain
Tengok dari jauh macam ketupat.
ReplyDeletenak promote sikit..hehe [ Menjual Teh Hijau/ Green Tea Ahmad Tea London]
Nice blog nice picture....
ReplyDeletetq..
Delete