Sunday, 17 November 2013

Rusian Black And White Square Cake



    Assalamualaikum dan salam hujung minggu semuaaa....  Hari ni aku nak share resepi kek yang aku dah selelai buat dan dah selesai makan dan dah habih dah... Hahahahaa.... Kek ni memang kaya... Nak tau kaya dengan apa...? Dah semestinya bukan kaya dengan wang... Tentu la kaya dengan rasa coklat... Asas kek ni guna kek coklat moist. Memang sangat moist dan sangat lembut kek coklat tu... Lepas tu ada pulak  coklat ganache... Digandingkan pulak dengan cream cheese yang sangat superbbb... Aduh, memang tak tahan dugaan kek ni...
   Sebelom ni aku dah banyak kali dok tengok bloger-bloger masakan lain buat kek ni, tapi jenis yang bulat la. Kalau yang bulat tu bagi aku payah sikit tang nak salut coklat ganache kat seluruh kek. Tapi kalau yang empat segi ni aku rasa senang sikit sebab aku cuma tuang kat atas permukaan kek tu bagi rata ja... Sebabnya nanti kat tepi kek tu kan akan dipotong. So, coklat ganache tu tak akan ada la kat tepi-tepi kek tu...
   Yang empat segi ni pun bagi aku ada kepayahan jugak. Terutama masa nak bahagi kek tu kepada empat bahagian. Memang tak sama saiz... Biasa la, amaturrr katakan... Huhuhuuu.... Terima kasik kak ita sebab sudi tunjuk step by step untuk buat kek ni... Sayang kak ita.. Hehehee... Rahel pun ada buat jugak kek ni. Boleh klik kat link ni kalau nak tengok hasil yang dia buat... Kalau tengok depa ni potong kek memang kemas, tak macam aku ni.... Comot memanjang.... Huhuhuuu... Alaaa... Tak kisah kan, janji kek ni memang sedap... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni....







BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE


Kek Coklat Lembab

Bahan A
-300 gm tepung gandum
-100 gm serbuk koko
-1 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
-3 biji telur A saiz
-400 gm gula kastor [ aku letak 250gm ]
-1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
-250 ml susu cair
-250 ml minyak jagung

*Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
-250 ml air panas


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
  2. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Tambahkan air panas dan gaul rata.
  4. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
  5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  6. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
  7. Sejukkan kek atas redai setelah masak







Krim Keju Moca

Bahan A
-12 gm halal gelatin
-60 gm air

Bahan B
-400 gm krim keju
-2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
-60 gm gula icing

Bahan C
-300 gm Krim Putar bukan tenusu


Cara-Cara
  1. Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu. Satukan gelatin dalam air. Kemudian cairkan secara kukusan.
  2. Satukan bahan B. Pukul hingga lembut. Campurkan gelatin dan pukul hingga licin.
  3. Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental.
  4. Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna.
  5. .Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais.






Chocolate Ganache

Bahan A
-250 ml krim tenusu
-40 gm sirap glukos
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
-400 gm coklat masakan gelap
-30 gm mentega
-1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Cara-Cara
  1. Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
  2. Coklat masakan gelap di cincang halus.
  3. Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata.
  4. Masukkan mentega dan gaul sempurna.
  5. Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
  6. Sejukkan.
  7. Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais.



 Sirap Nescafe

-1 sudu besar Nescafe segera
-1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata






Kaedah Penyediaan

  1. Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan.
  2. Letakkan 1 keping kek atas lapik kek. Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek. Ini bertujuan untuk melembabkan kek.
  3. Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca. Lakukan berselang seli sehingga habis
  4. Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe. Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong.
  5. Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek.
  6. Kemaskan tepi kek.
  7. Simpan sebentar dalam peti ais.
  8. Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek. Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
  9. Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler.
  10. Alihkan kek atas redai. Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya. Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek. Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata. Biarkan sebentar.
  11. Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula.
  12. Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.
  13. Hias kek mengikut kreativiti.


*Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.





SELAMAT MENCUBA



2 comments:

  1. Assalam
    Sedapnya
    Kek yg sgt mewahhh, bkn coklat je harga nya pun he hee
    Suka tgk ada black and white

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm...
      tu la... hg pn bleh tahan..

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...