Thursday, 14 November 2013

Green Tea Cheesecake




    Assalamualaikum semua..... Cheesecake lagi.... Jangan marah yaa.... Hehehe.... Entah la, sejak dua menjak ni memang suka sungguh buat cheesecake... Tak kisah la, lepas makan cheesecake ni kita bersenam ok...!!! Untuk membuang lemak-lemak yang berlebihan... Huhuhuuu... Keistemewaan cheesecake ni terletak pada rasa dan baunya... Memang berlainan sungguh.. Rasan dia pun susah nak cerita.. Kena cuba dulu barau tau... Bau pulak memang sangat harum.. Wangi teh hijau gitu... Untuk kandungan teh hijau tu aku kurangkan sikit sebab payah nak dapat kat sini. Lagipun harga dia memang boleh tahan mahal jugak... Kena jimattt oit... Ok la, jom kita semak resepi kat bawah ni.. BTW resepi ni aku cilok kat ABM...








Green Tea Cheesecake
C&P : ABM


BAHAN BAHAN
(18cm) [ aku guna loyang saiz 6'' ]

Base
-18 sandwich biskut oreo - tak pyh buang creamnya [ aku guna 120gm digestive biscuits ]
-45g butter - dicairkan

Cheesecake
-250g cream cheese
-200ml whipping cream
-1/2 biji jus lemon
-45g serbuk teh hijau - ikut citarasa masing2 nk bnyk mana [ aku letak 30gm saja ]
-2 biji telur
-3 sudu besar tepung gandum
-100g gula halus
-sedikit pewarna hijau.


CARA CARA
  1. Panaskan oven 170c.
  2. Untuk base, masukkan biskut kedalam food processor dan kisar halus. Masukkan juga butter dan gaul sebati. Masukkan biskut kedalam loyang dan ratakan. Simpan didalam freezer sementara buat adunan kek.
  3. Untuk kek, masukkan kesemua bahan2 kedalam food processor dan kisar sebati. Alihkan adunan kedalam mangkuk. Masukkan pewarna hijau dan gaul sebati.
  4. Ambil loyang tadi, dan curahkan adunan kek didalamnya. Bakar selama 40-45 minit [ aku bakar 1 jam ]. Pada minit ke 30, cover kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan atas kek terlalu perang.
  5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan kedalam peti ais. Biarkan selama 4 jam atau lebih baik semalaman sebelum dipotong.



*ABM corakkan atasnya dengan sedikit coklat yang dicairkan sebelum dibakar*

*Untuk corak marble tu, aku amek dalam 2 sudu besar adunan dan letah pewarna hijau terang. Tompok-tompokkan atas adunan cheesecake tadi dan buat marble.



Selamat mencuba...





14 comments:

  1. Cheese.... Sedapnya...rasa green tea....lain dari yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu kak..
      rasa dia memang unik...

      Delete
  2. Wahh! sama menu kita harini. Dessert berasaskan matcha! hihi
    ABM pon tersangat lah suka green tea nih. Memang sangat harum n enak. :)

    Tq sbb sudi try resepi kat blog ABM. Btw, green tea kat mesia mahal ya? InsyaAllah kalau ABM balik malaysia nnt, ABM cuba pos kat syapex. :) Sbb kat sini harga dy affordable lah. xdelah mahal sgt. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa...
      tak sangka nk sama tema plk..
      gren tea ni memang unik rasa dia...


      boleh tahan mhl jgk laa...
      kdai jual brg bakery pn x smua yg jual...
      bt susah2 ABM ja..
      huhuhuu...

      Delete
  3. Nmpk pun dh tau mmg sedap nie..lembut jew kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm es krim pun ada kak..

      Delete
  4. no biggie lah. Minat sama kan. kne saling tolong menolong :)

    ReplyDelete
  5. Syapex....sedapnya, mengiurkan betul kek ni dik oii. Bila la kak Fiza nak jadi teror buat kek mcm syapex nih. Green Tea ni ada juai x di kedai bakery kt kangar tu..dik? Apa nama kedai tu..Yong Hin? Kak Selalu jugak singgah situ kalau pi Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana teror lg kak...
      sy ni pun tgh dok cuba-cuba lg...
      kalau kat YonHin tu x da la, sebab x nah jumpa...
      yg sy guna ni pn oder kt kak sy yg ada kt slangor.
      tu pun dia kata payah nk cari...

      Delete
  6. Assalamualaikum...amboi sedapnya nmpk kek ni nnti bole cubat buat...saya follow yer...
    jika ader kesudian singgahlah ke dapur saya..tkasih
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.....
      ada masa sy akn berkunjung ke dpur akak...

      Delete
  7. salam kenalan tuan tanah tak jumpa akak carik....tapi kek2 kat sini smenyer cantik2 belaka macam pro..like 2..akak follow yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm perkenalan jgk jiran baru...
      tima kasih sbb sudi follow sy...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...