Thursday 28 November 2013

Light Cheese Cake



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Cuti-cuti sekolah ni memang seronok kalau nak membaking kek. Sebabnya, boleh jamu kepada kanak-kanak riang. Kalau nak harapkan aku makan... Hmmm... Alamatnya tak tau bila nak habis... Kali ni aku cuba buat cheesecake yang sangat light dari segi rasanya.... Disebabkan rasanya yang begitu light, aku dah tambah coklat ganache supaya lagi menyerlah kek cheese ni... And then, tabur sikit parutan coklat putih.. Lagi satu, tekstur kek ni pun sangat gebu. Simpan semalaman dalam peti ais lagi sedap.  Resepi ni aku copy dari HaSue. Terima kasih akak sebab dah share resepi ni... Resepi ni mmang mudah dan sangat ringkas. Bahan-bahan pun tak banyak. Bagi yang baru nak mula belajar buat cheese cake boleh la cuba resepi ni... Cheese cake ni kalau makan macam tu saja pun dah sedap... Kalau nak lekat topping tu, kompem lagi ummphhh... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni...





Light Cheese Cake
Resepi: HaSue


Base

-60gm biskut oreo [ dikisar ]
-60gm biskut marie [ dikisar ]
-60gm almond slice [ panggang sekejap, ramas kasar ]
-40gm mentega [ cairkan ]

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan sehingga sebati dan padatkan dalam loyang 7'' inci [ disarankan guna loyang 8'' inci ]. Ketepikan.


Light Cheese Cake

-125g cream cheese
-300 ml susu segar
-80 g mentega atau marjerin
-80 g tepung gandum
-80 gram gula halus
-3 biji telur saiz A
-beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



Coklat Ganache

-140gm coklat masakan
-60gm whipping cream
-1 sudu teh mentega

Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan whipping cream sehingga mendidih dan tuang ke dalam coklat masakan tadi. Gaul seingga coklat masakan cair sepenuhnya.
  3. Masukkan mentega dan gaul sebati.
  4. Biarkan suam sebelum tuang ke atas kek.



; 0

1 comment:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...