Wednesday 30 October 2013

Banana Yeast Bread




       Assalamualaikum.... Tangan ni tetiba rasa nak menguli roti la pulak... Hehehee... Ngada-ngada la aku ni.... Sebenarnya ni N3 tertunggak masa buat kek pisang dulu... Agak lama jugak la N3 ni terpemdam dalam drart. Hari ni baru sempat nak tunjuk kat blog aku ni... Kebetulan masa buat kek pisang dulu ada sikit lagi baki pisang, tu yang buat roti pisang ni. Kalau ikutkan memang tak pernah lagi makan roti yang ada pisang ni. Apa salahnya kalau cuba buat. Alhamdulillah, menjadi. Rasa pun sedap. Dengan aroma pisang yang harum manis-manis tu buat nak makan banyak biji roti ni... Ok la jom kita layan resepi kat bawah ni....






Banana Yeast Bread
souce: jkitchenlog
C&P : Izah


-200 gr bread flour
-1 tsp instant dry yeast
-20 gr caster sugar
-150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
-40 ml milk
-20 gr unsalted butter
-1/4 tsp salt

*saya tambah setengah biji telur [ aku pun tambah ]



  1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
  2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
  3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
  4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
  5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.


*doh roti ni agak lembik sikit, jadi saya tambah 2 sudu besar tepung lagi.  [ aku tambah lagi +- 30gm sebab adunan lembik ]




Selamat Meroti...



Sunday 27 October 2013

Kek Durian Delight & Selamat Ulang Tahun yang Pertama....




      Assalamualaikum semua.... Sihat ke...? Harap-harap pakat sihat la yaaa... Sekarang ni dah start musim hujan... Aku ni pun baru lepas lega demam... Kalau tengok tajuk N3 aku ni mesti ada yang tertanya-tanya ada kaaaa...? ulang tahun apa kan. Yang pasti bukan ulang tahun perkahwinan naaaa.... Nononooo... Hahahahaaa.... Belom kawin lagi aku ni... Huhuhuuu.... Belom sampai jodoh... Yang sebenarnya ulang tahun blog aku la.... Asalnya jatuh pada 15hb tu, sama dengan tarikh raya korban. Tu yang tak sempat nak buat kek ni. Lepas raya pun tak sempat jugak sebab kena buat kek kat orang lain dulu... Alih-alih demam pulak... Kemari baru demam ok sikit, terus on projek buat kek ni.... Asalnya nak buk kek cheese meleleh... Tengok ramai pulak yang dok buat. Tergoda jugak... Tapi bahan pulak tak cukup, lain kali la... Isi durian yang aku guna untuk buat kek ni aku guna yang aku simpan dalam peti sejukbeku punya. Lebihan masa musim durian. Bila timbang tengok tak cukup pulak, dalam 250gm ja... Tak kisah la... Janji ada jugak rasa durian. Lagi satu aku guna durian kampung... Memang sedap dan ada bau tersendiri...

      Berbalik pasal ulang tahun blog ni, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan blog yang dah follow dan jugak kepada semua orang yang sudi melawat untuk jadikan rujukan.... Walaupun blog aku ni tak seberapa... Kalau tengokkan jumlah bilangan follower aku pun tak la banyak sangat. Tapi alhamdulillah, ada juga yang sudi ikut... Memang tak dinafikan berblog ni memang best. Sebabnya sekarang ni aku dah mahir jugak la bab-bab nak membaking ni. Sebelom ni takat tengok kat blog orang ja... Selain tu aku dapat jumpa ramai kenalan baru. Tapi ada jugak part yang tak best, contohnya ada komen-komen negatif dari orang yang tak berapa cerdik... Boleh ka panggil macam tu...?  Tapi apa aku kisah, padam ja komen tu... Habis cerita..... 

       Sampai sini la dulu aku pot-pet pot-pet. Bukan pandai sangat nak tulis panjang-panjang ni... Sebelom tu aku nak mohon maaf kepada sapa-sapa yang tersinggung perasaan selama aku berblog ni dan nak mintak halal jugak la kepada semua tuan resepi yang aku dah copy dan paste kat blog ni.. Terutama kepada resepi yang aku dok derhaka tu... Mintak halal ya... Sempena nak memperingati usia blog aku ni, aku dah buat sebiji kek durian delight yang aku dah copy dari ABM. Terima kasih ABM sebab dah kongsi resepi yang best dan sedap ni..... Jom kita tengok resepi kat bawah ni....



Kek Durian Delight
C&P : ABM


BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)
[ aku guna 3 biji loyang 6'' ]

Kek Span Vanilla

bahan A
-3 biji kuning telur
-100g gula halus (blender halus gula biasa) [ aku letak 50gm ]
-50g minyak sayuran
-150g tepung gandum [ aku guna tepung hong kong sebab nak habiskan stok ]
-2 sudu kecil vanilla
-1 sudu kecil baking powder
-100ml air (nak ganti susu segar pon boleh) [ aku guna susu segar ]

bahan B
-3 biji putih telur
-1/4 sudu kecil cream of tartar
-60g gula kastor


Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
  2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
  3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
  4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit. [ Aku bahagi sama banyak kepada 3 bahagian dan bakar secara berasingan ]
  5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven [ aku bakar pada suhu 150c selama 25 minit ] Ikut oven masing-masing ]. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.







 Cream Durian Delight

Bahan-Bahan
-500g isi durian (dikisar) [ aku letak 200gm sebab tak cukup ]
-250ml non-diary whipping cream [ aku tambah lagi 100gm ]
-1 sudu kecil gelatin halal
-2 sudu besar air


Cara-Cara
  1. Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
  2. Putarkan whipping cream sehingga kental.
  3. Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.






Outer Layer Cream

Bahan-Bahan
-100ml non-diary whipping cream
-1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)


Cara-Cara
  1. Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan. (Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)







Penyediaan
  1. Belah kek kepada 3 bahagian [ kalau ikut cara aku tak payah la belah ]. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
  2. Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya.
  3. Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.





selamat berblog...



Saturday 26 October 2013

Biskut Lidah Kucing Mocha



      Assalamualaikum... Hari ni aku updaate pasal biskut lidah kucing yang sangat hot time raya puasa dulu... Masa tu aku tak sempat nak buat lagi... Cuma sempat tengok orang lain buat... Hahahaa... Aku berjaya buat biskut lidah kucing ni pun sebab K1 dah bagi satu loyang lidah kucing kat aku... Loyang tu aku dapat masa bulan puasa. Patutnya aku dah sempat buat masa tu, tapi sebab sibok dengan benda lain, terpaksa la tunda sampai hari raya haji hari tu.... Alhamdulillah... berbaloi K1 bagi sebab biskui lidah kucing ni menjadi walaupun rupa dia tak berapa smooth... Hehehe... Tak kisah, janji sedap... Terima kasih K1 sebab bagi hadiah loyang lidah kucing ni... Anak buah aku pun kata sedap... Mungkin sebab biskut ni rangup kot... Lepas ni boleh buat yang pelangi pulak.... Jom kita tengok resepi kat bawah ni....








Biskut Lidah Kucing Mocha
C&P : Kak Wan


Bahan-bahan

-250gm mentega
-175gm gula kaster
-75ml putih telur
-250gm tepung gandum - ayak
-1 sudu makan mocha paste
-1/4 baking powder (x letak)**
-1/2 sudu teh emplex (perangup biskut) (guna 1/4 saja)
-30gm chocolate rice (K1 tambah)
-Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega


Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan mocca paste dan gaul rata.
  2. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata. Masuukkan coklat rice, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus memanjang ke dalam loyang.
  4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.





sangat rangup...
krup, krup, krupppp....




Friday 25 October 2013

Biskut Pandan Nestum




     Assalamualaikum.... Hari ni aku nak tayang resepi biskut nestum pandan yang aku dah copy dari QH. Sambil tengok pembentangan bajet 2014 boleh la layan resepi biskut ni... Resepi ni aku amek sekali dengan biskut aiskrim oreo. Asal resepi ni dari Kak Wawa Waheeda. Menurut QH, Kak Wawa ni buat bisnes jual biskut. So, aku nak mintak izin gak la nak tepek resepi dia kat blog ni... Mintak halal ya Kak Wawa. Memang sedap biskut ni. Rangup pulak tu. Tambah pula ada harumam pandan, lagi la sedap biskut ni... Kalau ada yang nak buat, boleh la save resepi ni untuk hari raya tahun depan. Jom kita tengok resepinya....








BISKUT PANDAN NESTUM
C&P : Qasey Honey


Bahan-bahan

-250gm mentega
-120gm gula icing
-50gm nestum (kisar kasar)
-300gm tepung redrose + 1/4 cwn
-1/4 cwn susu tepung
-2 sudu teh pandan paste
-1 sudu teh baking powder
-sedikit pewarna hijau [ tak letak ]

Untuk hiasan

-1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
-Nestum secukupnya


Cara-Cara
  1. Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.
  4. Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  6. Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.






sedap, sedap, sedap....





Thursday 24 October 2013

Biskut Aiskrim Oreo




      Assalamualaikum semua.... Hari ni aku masih update pasal kuih raya lagi... Kali ni pasal biskut aiskrim pulak... Masa raya puasa hari tu ada jugak buat biskut aiskrim. Boleh tengok kat sini. Tapi yang ni special sikit sebab ada letak biskut oreo... Rasa dia pun mesti la special... Rasa oreo ala-ala coklat gitu... Kalau ada yang teringin nak buat lepas ni boleh la cuba tengok resepi kat bawah ni. Tak payah nak tunggu hari raya baru nak buat... Rasa nak makan ja terus buat... Tak rugi... Kanak-kanak pasti suka.... Jom kita semak resepi kat bawah ni...




BISKUT AISKRIM OREO
C&P : Qasey Honey


Bahan-bahan

-170 gm tepung gandum
-20 gm tepung ubi
-20 gm tepung jagung
-1/4 sudu teh serbuk penaik
-110 gm mentega
-70 gm gula aising
-6 keping biskut oreo
-20 gm lemak sayuran
-1 sudu teh esen vanila
-250 gm coklat putih
-Manik gula warna-warni

Cara-cara
  1. Kisar halus biskut oreo.
  2. Ayakkan semua jenis tepung bersama serbuk penaik.
  3. Pukul mentega bersama lemak sayuran, esen vanila dan gula aising sehingga lembut dangebu.
  4. Masukkan adunan tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan mentega tadi.
  5. Adunkan dan uli sehingga menjadi doh.
  6. Canai doh dan terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim
  7. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
  8. Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan coklat putih yang dicairkan.
  9. Taburkan manik gula warna-warni.
  10. Keringkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.





Nampak cun tak biskut ni...?




Wednesday 23 October 2013

Biskut Strawberry Fingers / Strawberry Fingers Cookies




     Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Selamat pagi...? Mau tak pagi, dah pukul satu lebih dah... Nak buat macam mana... Waktu-waktu ni ja aku sempat nak update blog... Tak kisah la, janji sempat update jugak kan... Untuk biskut ni memang sangat senang, cuma tekap bentuk jejari dan salut dengan coklat perisa strawberry. Coklat strawberry tu yang buat biskut ni sedap... So, kalau ada peminat coklat boleh la cuba. Selalunya kita makan biskut yang salut coklat biasa ja, tapi yang ni salut coklat perisa strawberry. Lagi la istemewa... Memang kena cuba... Pastu salut pulak dengan bread crum... Lagi la rangup biskut ni... Resepi ni aku amek kat K1... Terima kasih K1 sebab kongsi resepi ni... Jom kita tengok resepi kat bawah ni...







Biskut Strawberry Fingers / Strawberry Fingers Cookies
C & P : Kak Wan


Bahan A

-250gm mentega
-10gm shortening
-150gm gula kaster
-1 tsp strawberry emulco
-1/4 tsp pewarna pink/merah
-50gm serbuk badam/serbuk gajus

Bahan B

-300gm tepung red rose
-40gm tepung kentang
-50gm susu tepung
-50gm tepung jagung

Hiasan 

-coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco)
-breadcrumb putih


Cara-cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
  3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
  4. ejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.




Wangi dengan aroma strawberry



Tuesday 22 October 2013

Biskut Cheddar



      Assaalamualaiku.... Halooo.... Apa khabar semua...? Rindu kat aku tak...? Ye la, lama jugak aku tak update blog aku ni... Biasa la sibuk dengan tugasan yang tak rasmi.. Bila dah selesai tugasan aku pun rasa la nak update blog ni.. Bila nak update ja line broadban pulak buat hal... Lambat semacam ja... Nak upload gambar punya la lembab... Jadi terbengkalai jugak la niat nak update blog ni. Dekat seminggu jugak la tertangguh niat ni... Tapi hari ni, alhamdulillah... Line dah ok sikit. So, boleh la aku update resepi biskut yang aku buat masa raya korban hari tu... Resepi ni aku cuma amek kat dalam majalah saji. Sangat sedap biskut ni. Mau tak sedap ada letak keju cheddar... Jom kita tengok resepinya....






Biskut Cheddar
Majalah Saji
Keluaran Khas Hari Raya
Ogos 2013


Bahan-Bahan

-300gm tepung gandum
-100gm tepung jagung
-250gm mentega
-100gm gula aising
-1 biji telur
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-100gm keju cheddar ( parut )

Bahan Hiasan

-1 biji putih telur
-sedikit kejuncheddar ( parut )


Cara-Cara
  1. Satukan tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising sehingga kembang.
  3. Masukkan campuran tepung, soda bikarbonat dan keju cheddar. Uli dan sebatikan adunan.
  4. Canai doh dan terap menggunakan acuan dan atur di dalam dulang pembakar.
  5. Sapu putih telur dan taburkan parutan keju cheddar.
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150c selama 30 minit.




Rangup dan lemak masin




Tuesday 15 October 2013

Cheddar Cheese Cake




    Assalamualaikum dan salam aidiladha semua... Kali ni tak sempat nak post N3 kuih atau kek untuk hari raya korban yang aku dah buat. Kalau sempat aku akan update dua tiga hari lagi. Biasa la, sibuk dengan tugasan yang tak rasmi... Hari ni cuma nak tayang N3 tertunggak pasal kek keju cheddar ... Rasa kek ni lebih masin sikit kalau nak dibandingkan dengan kek keju yang lain. Tapi sedap jugak sebab lemak-lemak masin keju. Untuk topping kek ni aku cuma letak jem strawbwry saja.... Kalau tak letak pun tak pa. Makan macam tu pun dah sedap. Tekstur kek ni pun sangat lembut macam cotton soft japanese cheesecake. Resepi ni aku amek dari bloger yang jauh nun di indonesia, dari nina / catatan nina. Untuk resepi ni aku dah ubah ke bahasa melayu yang biasa. Harap-harap betul la apa yang aku translate tu... Huhuhuuu... Mohon ditiru resepinya di blog ni pulak.... Ok la, jangan makan banyak daging yee.... Jaga kesihatan anda... Kalau makan banyak jugak kena bersenam la lepas ni untuk buangkan lemak-lemak kat badan tuuuu....







CHEDDAR CHEESE CAKE
C&P : Nina / Catatan Nina


Bahan A :
-130 ml susu cair
-40 gr butter
-100-125 gr keju cheddar parut halus [ aku letak 70gm ]

Bahan B :
-20 gr tepung gandum
-15 gr tepung jagung
(campur dan ayak kedua bahan ini)

Bahan C :
3 kuning telur
1 sdt parutan kulit lemon

Bahan D :
-3 putih telur
-85 gr gula kastor (boleh ditambah hingga 100 gr)
-1 sdt jus lemon


Cara-Cara
  1. Panaskan oven 160'C [ oven aku 130C ] . Sediakan loyang bulat 7 inci, oles dengan mentega dan alas dengan baking paper. Oles tipis kembali dan ketepikan. Apabila menggunakan loyang spring foam, bungkus dasar loyang dengan alununium foil agar air tidak masuk ke dalam adunan.
  2. Masak bahan A secara double boiler hingga keju larut. Angkat dari api.
  3. Selagi bahan A masih hangat, masukkan bahan B. Adun rata dengan whisker hingga lembut dan tidak bergentel.
  4. Masukkan bahan C. Adun rata dan ketepikan.
  5. Dalam bekas yang bersih dan kering, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan jus lemon dan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga SOFT PEAK atau bila terbalikkan tak jatuh.
  6. Ambil 1/3 bagian adunan putih telur, tuang ke adunan keju. Kaup balik hingga rata dan tuang kembali ke dalam sisa adunan putih telur. Kaup balik hingga rata  ( jangan over mix ).
  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan letakkan loyang adunan ini ke dalam loyang pendek yang sudah berisi air panas. Bakar selama 50-75 minit hingga maasak dan permukaannya berwarna perang. (waktu bakar bergantung kepada oven masing-masing ).
  8. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk dan keluarkan dari loyang.





Lemak-lemak masin...
Sangat layannn....
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Friday 11 October 2013

Puding Marble




     Assalamualaikum.... Tekak ni terasa nak makan yang sejuk-sejuk saja semenjak dua menjak ni. Cuaca kat sini pun dah start panas balik. Banyak hari jugak la dok hujan. Tapi alhamdulillah la semenjak dua tiga hari ni cuaca cerah dan panas. Harap-harap berkekalan sampai ke hari raya la yee.. Senang umat islam nak menjalankan ibadah korban nanti. Berbalik pada menu hari ni, apa kata kita layan tekak kita dengan puding yang sangat sedap dan mudah ni.... Jom-jom...









Puding Marble

Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang 8x8 ]

-15 g agar2 stripe
-1 liter air
-1 cawan gula - kurangkan jika nak kurang manis [ aku letak 3/4 cawan ]
-1/2 tin susu cair
-1 1/2 sudu besar tepung kastad
-1 sudu kecil esen vanila
-1 1/2 biji telur [ aku letak 2 biji ]
-1/2 sudu besar mentega
-pewarna kegemaran dan serbuk koko jika suka


Cara-Cara
  1. Masak agar2 dgn air hingga larut. Masukkan gula.
  2. Dalam bekas lain campurkan susu, esen vanilla, telur dan tepung kastad. Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
  3. Kecilkan api masukkan bahan tapis dan mentega ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih.
  4. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kegemaran.
  5. Tuangkan dalam loyang sesenduk demi sesenduk berselang seli.
  6. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.





Sedap, sedap, sedap....

Tuesday 8 October 2013

Konnyaku Dragon Fruit Jelly




    Assalamualaikum... Hari ni tak da menu menarik. Cuma nak tunjuk menu simple ja... Jelly, makanan kesukaan kanak-kanak. Aku yang bukan kanak-kanak lagi pun suka jugak. Cuma beli konnyaku jelly yang dah ada siap-siap gula dalam tu. Cuma masak ikut sukatan yang tulis kat tepi kotak tu ja. Kalau nak cantik letak la buah-buahan campuran. Potong bagi comel-comel, masukkan dalam acuan, tuang jelly, tunggu bagi beku, simpan dalam peti sejuk dah siap... Aku cuma ada buah naga saja... Tu pun dah sedap tak sangga...





 Makan sejuk-sejuk memang sedap...




Monday 7 October 2013

Kek Chiffon Keju



      Assalamualaikum semua.... Sihat ke pelawt-pelawat blog aku ni. Harap-harap pakat sihat sejahtera la ye. Mana taknya kat kampung aku ni boleh dikatakan hari-hari hujan... So, kena la jaga kesihatan selalu supaya tak sakit... Berbalik pada menu hari ni, aku nak share satu resepi kek chiffon yang sangat sedap ni. Resepi ni aku amek Kat dapur DTS. Rasa kek ni sangat sedap dengan kelemakan rasa keju yang tidak keterlaluan. Dengan aroma yang sangat membangkitkan selera sesiapa saja. Kelembutan kek ni memang tak dapat disangkal lagi. Mana taknya, nama pun kek chiffon. Kompem la lembut dan gebu... Memang sangat sesuai untuk buat menu minum petang. Kalau nak makan waktu lain pon boleh... Tak salah pun. Jom kita tengok resepi kat bawah tuuu....








Kek Chiffon Keju
Sumber : Alex Goh
C&P     : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
-60 ml susu cair
-40 g cream cheese
-25 g mentega
-1/2 camca teh esen vanilla
-65 g tepung gandum
-4 kuning telur
-4 putih telur
-100 g gula halus
-Secubit garam halus
-1/4 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
  2. Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
  4. Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
  6. Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...




Selamat mencuba....





Thursday 3 October 2013

Bebola Roti Goreng Rangup




    Assalamualaikum dan selamat pagi semua semua... Dah sarapan ke....? Kalau belum, boleh la cuba buat bebola roti rangup ni. Kompem sedap.... Puji sikit... Kanak-kanak pasti suka. Rasa macam bebola ikan pun ada sebab letak stok ikan bilis.. Yang buat bebola ni bertambah sedap sebab dah di salut dengan serbuk rati tu la. Krup, krap, krup, krap bila gigit bebola ni... Rugi kalau tak cuba.... Sebelum ni pernah buat dah resepi macam ni, tapi tak salut dengan serbuk roti. Kali ni kita upgrade sikit menu ni jadi bagi lebih menarik. Menderhaka la sikit... Hehehee... Jom tengok resepi kat bawah ni.....






SUMBER : Lizahanum
C&P : Kak Hana

Bahan-Bahan

-14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
-2 biji telur (saiz besar)
-3 batang cili merah ~ dihiris
-1 biji bawang besar ~ didadu halus2
-sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya) [ aku ganti daun kucai ]
-2 sudu teh serbuk lada putih
-garam secukup rasa
-perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
-minyak utk menggoreng
-serbuk roti [ aku tambah ]

Cara-cara
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  2. Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang[ aku guna daun kucai ]. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya) [ aku ramas sikit-sikit ja ]
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis kemudian salut dengan serbuk roti.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa ataupun kelihatan kekuningan.
  5. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.





 Sos cili tak ada...
Ganti dengan sos yang ada je la...



Tuesday 1 October 2013

Kek Coklat Pisang



    Assalamualaikum semua.... Hari ni kita layan kek coklat lagi. Tapi kali ni kek coklat pisang pulak... Disebabkan pisang masih banyak dalam rumah ni, aku pun rajinkan diri cari resepi yang menggunakan pisang. Dapat la resepi ni. Tapi macam biasa la aku buat separuh adunan. Kalau tengok tekstur kek ni memang nampak macam tak moist, tapi bila makan ternyata kenyataan aku meleset sekali. Sangat moist. Kelembapan tu datang dari pisang tu sendiri. Kalau nak best kan, coklat buttercrem tu ganti dengan coklat mousse. Kompem lagi sedap. Lepas tu setiap lapisan kek letak dengan hirisan pisang. Lagi la sedap. Aku kurang rajin nak buat coklat mousse, tu yang ganti dengan coklat buttercream. Kalau makan kek macam tu saja pun dah sedap dah... Untuk pagar kat tepi kek ni pun aku baru belajar nak buat. Terkebil-kebil jugak la bila buat sorang-sorang ni. Pagar coklat tu cuma guna coklat cair ja. Panaskan coklat masakan secara double boiler. Biar sejuk sikit, pastu masukkan dalam piping bag. Kemudian buat garis-garis secara rawak atas plastik. Aku guna plastik yang balut buku teks tu ja. Nanti mudah nak tanggalkan coklat masakan tu. Kalau guna baking paper pun boleh, tapi cuma satu ja, kadang-kadang coklat tu tak nak tanggal dari baking paper tu. Agak-agak dah nak sejuk, salut keliling kek yang dah sapu dengan coklat buttercream tu. Sejukkan dalam peti sejuk dalam 5 minit lebih, pastu tanggalkan plastik tu. Tadaaa, dah siap... Ok la, jom kita tengok resepi kek coklat pisang ni....



Kek Coklat Pisang
C&P : MyR / nurulaufa98


Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6'' ]

-75g gula kastor
-120g tepung gandum
-35g serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh baking soda
-1/2 cawan/120ml air suam
-1/4 cawan/60ml susu segar(susu cair pun boleh)
-1/4 cawan minyak
-1 biji telur
-1/2 cawan pisang yg dilenyek


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius dan gris loyang dengan lelemak seperti butter.
  2. Campurkan tepung,serbuk koko,gula,baking powder,baking soda kedalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain,pukul telur,minyak,susu,air dan pisang bersama hingga sebati.campur kedalam campuran tepung tadi.
  4. Tuang kedalam loyang dan bakar selama lebih kurang 35 minit pada suhu 180 darjah celcius.











Coklat Buttercream

Bahan-Bahan

-150gm shortening
-susu pekat manis [ ikut selera masing-masing ]
-50gm coklat masakan [ cairkan secara double boiler ]
-coklat emulco [ opt ]


Cara-Cara
  1. Pukul shortening hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi.
  3. Akhir sekali masukan coklat cair [ biar suam ] dan coklat emulco [ kalau letak ]. Putar sebati dan boleh lepa pada kek.










Cara Deco Kek
  1. Setelah kek sejuk, bahagi kek kepada tiga bahagian.
  2. Letak satu bahagian kek atas papan kek dan letak coklat buttercream atasnya. Sapu rata. Ulang proses yang sama untuk lapisan berikutnya.
  3. Sapu keseluruhan kek dengan lebihan coklat buttercream dan hias ikut cita rasa masing-masing.



Selamat Mencuba..