Tuesday, 1 October 2013

Kek Coklat Pisang



    Assalamualaikum semua.... Hari ni kita layan kek coklat lagi. Tapi kali ni kek coklat pisang pulak... Disebabkan pisang masih banyak dalam rumah ni, aku pun rajinkan diri cari resepi yang menggunakan pisang. Dapat la resepi ni. Tapi macam biasa la aku buat separuh adunan. Kalau tengok tekstur kek ni memang nampak macam tak moist, tapi bila makan ternyata kenyataan aku meleset sekali. Sangat moist. Kelembapan tu datang dari pisang tu sendiri. Kalau nak best kan, coklat buttercrem tu ganti dengan coklat mousse. Kompem lagi sedap. Lepas tu setiap lapisan kek letak dengan hirisan pisang. Lagi la sedap. Aku kurang rajin nak buat coklat mousse, tu yang ganti dengan coklat buttercream. Kalau makan kek macam tu saja pun dah sedap dah... Untuk pagar kat tepi kek ni pun aku baru belajar nak buat. Terkebil-kebil jugak la bila buat sorang-sorang ni. Pagar coklat tu cuma guna coklat cair ja. Panaskan coklat masakan secara double boiler. Biar sejuk sikit, pastu masukkan dalam piping bag. Kemudian buat garis-garis secara rawak atas plastik. Aku guna plastik yang balut buku teks tu ja. Nanti mudah nak tanggalkan coklat masakan tu. Kalau guna baking paper pun boleh, tapi cuma satu ja, kadang-kadang coklat tu tak nak tanggal dari baking paper tu. Agak-agak dah nak sejuk, salut keliling kek yang dah sapu dengan coklat buttercream tu. Sejukkan dalam peti sejuk dalam 5 minit lebih, pastu tanggalkan plastik tu. Tadaaa, dah siap... Ok la, jom kita tengok resepi kek coklat pisang ni....



Kek Coklat Pisang
C&P : MyR / nurulaufa98


Bahan-bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6'' ]

-75g gula kastor
-120g tepung gandum
-35g serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh baking soda
-1/2 cawan/120ml air suam
-1/4 cawan/60ml susu segar(susu cair pun boleh)
-1/4 cawan minyak
-1 biji telur
-1/2 cawan pisang yg dilenyek


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 180 darjah celcius dan gris loyang dengan lelemak seperti butter.
  2. Campurkan tepung,serbuk koko,gula,baking powder,baking soda kedalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain,pukul telur,minyak,susu,air dan pisang bersama hingga sebati.campur kedalam campuran tepung tadi.
  4. Tuang kedalam loyang dan bakar selama lebih kurang 35 minit pada suhu 180 darjah celcius.











Coklat Buttercream

Bahan-Bahan

-150gm shortening
-susu pekat manis [ ikut selera masing-masing ]
-50gm coklat masakan [ cairkan secara double boiler ]
-coklat emulco [ opt ]


Cara-Cara
  1. Pukul shortening hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi.
  3. Akhir sekali masukan coklat cair [ biar suam ] dan coklat emulco [ kalau letak ]. Putar sebati dan boleh lepa pada kek.










Cara Deco Kek
  1. Setelah kek sejuk, bahagi kek kepada tiga bahagian.
  2. Letak satu bahagian kek atas papan kek dan letak coklat buttercream atasnya. Sapu rata. Ulang proses yang sama untuk lapisan berikutnya.
  3. Sapu keseluruhan kek dengan lebihan coklat buttercream dan hias ikut cita rasa masing-masing.



Selamat Mencuba..



6 comments:

  1. sedapnya... meleleh air liur kalau nampak coklat...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coklt memang bt org terliur kak..
      : )

      Delete
  2. Wahhh.,mmg mantap hasil tangan si dia ni..terbaik..teruskan membaking ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 ja...
      Masih dlm proses pblajarn nk hias kek lg..
      Huhuhuu..

      Delete
  3. cantiknyeeee deco..mcm kat bakery dah rupanya.

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...