Monday, 30 September 2013

Jus Buah Naga



    Assalamualaikum.... Cuaca panas ni kalau pekena jus sedap jugak kan.. Hilang perit kat tekak tu... So, aku pun buat la jus buah naga ni. Buah naga ni bukan yang beli punya, tapi yang mak lang aku tanam. Mak aku mintak sebiji. Asalnya nak makan macam tu ja, tapi teringin jugak rasa macam mana bila dah dibuat jus. Ternyata memang sedap. Hilang terus dahaga kat tekak tu.. So, kalau da sapa-sapa yan nak segarkan tekak anda boleh la cuba resepi jus buah naga ni....



Jus Buah Naga
C&P : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

-1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana
-1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis) [ tak letak ]
-3 cawan air mineral
-1/2 cawan susu sejat IDEAL
-3 titik esen vanilla
-Ais kiub secukupnya
-Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 gula dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk...hmmm....




Minum dulu...

2 comments:

  1. sedapnye….ros suke sgt buah dragon fruit sbb rasa & warnanya..btw kita punya jus buah naga versi lain, yg ni mesti lemak2 masam ekk…emmmp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa memang lemak manis tp x la msam plk..

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...