Monday, 16 September 2013

Kek Mentega Marmar Susu



   Assalamualikum semua.... Lama juga tak makan kek mentega ni. Selalunya makan kek berkrim ja. Sekali-sekala makan kek mentega ni pun layan jugak. Bila makan kek ni teringat zaman kecik-kecik dulu. Mana taknya kek jenis ni ja yang selalu jumpa... Kek ni sedap kalau makan waktu suam-suam. Makan pulak dengan teh O panas. Lagi la layan... Tambah-tambah sekarang ni kan musim hujan.... Lagi la best makan kek mentega ni.... Satu keping pun tak cukup. Kalau nak sedap la kan, aku sarankan guna mentega yang berkualiti sebab baru menyerlah rasa kek mentega tu.... Bau bun sangat wangi masa bakar kek ni... Masa bakar kek ni berlaku rekahan kak tengah kek tu. Ni mungkin sebab suhu oven terlalu panas. Untuk kek mentega ni aku masih belum dapat suhu yang sesuai lagi... Kalau untuk kek-kek yang lain aku dah boleh ejas dah.. Cuma kek mentega ni belum dapat lagi.... Ok la, jom kita layan kek mentega ni di kala cuti sempena hari malaysia ni.... Selamat bercuti...








KEK MENTEGA MARMAR SUSU
By: Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

-250 gm mentega
-200 gm gula kastor [ aku letak 150gm ]
-4 biji telur
-290 gm tepung naik sendiri [ aku guna tepung kek + 2 sudu kecil serbuk penaik ]
-50 gm susu pekat manis
-100 g susu cair
-1 sudu besar coklat emulco
-1 sudu teh kapucino emulco
-1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
-Kepingan badam sebagai hiasan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang ukuran 8 inc. Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat manis. Pukul sehingga adunan sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  4. Ambil 1/4 adunan. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco. Kacau rata. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang. Diikuti adunan coklat kapucino. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu.
  6. Hiaskan dengan taburan kepingan badam.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.




Sedap, Sedap, Sedappp....



2 comments:

  1. sedapnya kek mentega lama dah tak buat ..teringin lak

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...