Tuesday, 3 September 2013

Rare Yogurt Cheese Cake



   Assalamualiakum dan selamat malam semua.... Menu petang ni aku  makan cheesecake... Lama jugak tak makan cheesecake jenis ni... Jenis yang tak yah bakar.... Tetiba teringin la pulak... Buat cheesecake ni malam kemari. Petang tadi baru kena bedah... Peram semalaman dulu baru best masa  makan tu. Resepi ni aku amek kat dapur kak ros / jintanmanis... Lepas ni ada lagi cheesecake yang aku akan buat sebab nak habiskan stok creamcheese yang dah nak sampai tamat tempoh... Tu la, masa beli tak ingat dunia... Huhuhuuu.... jom kita tengok resepi kat bawah ni....




Rare Yogurt Cheese Cake
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya ( ros guna acuan spring foam 16cm) [ aku guna yang 6'' ]

Untuk base ( dasar pada kek)
-150 gm biskut mentega@ boleh diganti dengan biskut oreo [ aku letak 200gm biskut digestive ]
-2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan

Bahan untuk rare yogurt cheese cake
-125 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang)
-150ml whipping cream
-125gm cream cheese philidelphia [ aku guna jenama tatura ]
-90gm gula
-1 sudu besar jus lemon

-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.

Bahan larutan gelatin
-10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel) [ aku guna cap kijang ]
-50ml air

- campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api
perlahan dan kecil. sejukkan sebentar.

Topping
-Sos Blueberry secukupnya
-1 sudu besar madu

Cara-cara
  1. Blender biskut mentega hingga hancur, boleh guna blender kering tu.
  2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang bulat 16cm.
  4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.
  5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.
  6. Keluarkan loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake , dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan sos bluebberry. Sedia dihidangkan. selamat Mencuba






   Untuk topping cheesecake ni aku guna jem ja... Kat bawah ni resepinya...


Blueberry Topping
-3 sudu besar air
-1/2 sudu tepung jagung
-sedikit pewarna ungu
-jem blueberry [ aku guna cap ST. DALFOUR ]


Cara-Cara
  1. Satukan air dan tepung jagung. Gaul hingga tidak berketul dan masukkan pewarna unggu. Masak dengan api sederhana sehingga kelihatan pekat.
  2. Tutup api, masukkan jem dan gaul rata. Sejukkan dan boleh letak atas kek...




Sedapnya....



2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...