Saturday 24 October 2020

Devil's Food Cake ala Indulgance


       Assalamualaikum semuaaa..... Akhirnya tertunai jugak hajat aku nak makn kek coklat ni.... Memang sedap kek ni... Dulu pernah buat resepi macam ni tapi bezanya guna kek kukus. Lepas tu krim dia ada letak cream cheese. Kalau nak tengok boleh klik kat sini... Untuk resepi ni pun boleh tahan sedap... Nak-nak bila makan time sejuk-sejuk tu... Mmmm... Dapnya... Bila chocolate mousse tu kena kat lidah, rasa macam aiskrim la pulak... Ka aku yang terlebih bayang... Hahahaa... Lagi satu kek ni guna mayonis tau. Jangan terkejut pulak... Rasa kek dia macam lemak-lemak sikit... Kalau nak tau macam mana rasa dia kena la cuba... Tak rugi ooo.... Ok la, sampai kat sini dulu... Byeee.....





Devil's Food Cake ala Indulgance

Sumber : I POSE DESSERTS


Kek:

A

170g butter, suhu bilik

200g gula kaster ( aku ganti gula perang )

2 sk esen vanila


B

3 biji telur, gred A


C (diayak)

227g tepung superfine

50g serbuk koko

1 1/4 sk soda bicarbonat

1 sk baking powder

1 sk garam


D

1 1/2 cawan buttermilk


E

1/4 cawan mayonnaise


Cara2 membuat kek:

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 biji loyang bulat bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.
  5. Bahagi adunan sama banyak dan tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wirerack.




Ganache:

500g dark chocolate, dicincang

400g whip cream

2 sb butter, suhu bilik


Cara2 membuat ganache:

  1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.
  2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.
  3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper &simpan dalam peti sejuk hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek.




Chocolate mousse:

500g uht whipping cream ( aku ganti 300gm fresh cream )

100g gula aising ( aku xletak sebab fresh cream dah manis )

100g ganache


Cara2 membuatnya:

  1. Pukul krim & gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan ganache & gaul guna handwhisk. Kalau masih cair boleh pukul lagi guna mixer tapi jangan terlebih pukul,cukup sampai krim kembang sahaja.




Cara2 menyusun kek:

  1. Potong kek kepada 2 bahagian.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek dan paipkan chocolate mousse. Ratakan.
  3. Letak sekeping kek lagi dan paipkan  chocolate ganache. Ratakan.
  4. Letak pula kepingan kek dan paipkan chocolate mousse. Ratakan dan letak kepingan kek terakhir.
  5. Salut keseluruhan kek dengan chocolate mousse. Kemudian sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
  6. Keluarkan kek tadi dan salut keseluruhan kek dengan  chocolate ganache.
  7. Hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan selama 2 jam sebelum dipotong.




 

Saturday 17 October 2020

Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake

 


      Assalamualaikum semua... Bertemu kembali dengan resepi cheese cake... Alang-alang ada lebihan biskut biscoff & biscoff spread, maka jadi la cheese cake ni... Untuk cheese cake ni aku tambah adunan gelatin untuk bagi lebih stabil. Selalunya kalau letak gelatin, cheese cake ni akan lebih pejal. Terpulang la, kalau nak letak atau tak nak... Tapi bagi aku baik letak... Sebab nanti cheese cake terlalu lembik bila lambat nak makan... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tuu... Ok la, byeee....



Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake

Sumber : Keluarga


Crust:

125 gram lotus biscuits

45 gram unsalted butter – anchor


Cream cheese:

250 gram cream cheese

150 gram whipping cream

25 gram castor sugar

1 tbsp biscoff spread

2 sb air panas + 2sk gelatin ( cairkan )


Cara-cara:

  1. Hancurkan lotus biscuits. Cairkan butter, kemudian satukan dengan biskut yang dah hancur tadi. Kacau rata.
  2. Letak dalam loyang saiz 6′ inci. Rata dan padatkan. Chill dalam fridge.
  3. Sementara tu, keluarkan 15 minit cream cheese bagi lembut sedikit sebelum tu. Kemudian beat cream cheese sehingga ber’creamy’ dan masukkan 1 tbsp biscoff spread tadi. Kemudian masukkan larutan gelatin dan pukul sebati.
  4. Whip kan whipping cream dengan castor sugar sehingga stiff peak. Jangan over beat. Agak2 kalau tuang tak tumpah, dah boleh stop.
  5. Satukan adunan cream cheese dengan adunan whipping cream.
  6. Tuang dalam loyang dan chill lagi dalam fridge.
  7. Cairkan 180 gm biscoff spread(saya guna kaedah double boil) dan biar sehingga sejuk. Dah sejuk tuang dalam loyang, kalau nak buat deco untuk drip boleh simpan sikit. Then chill kan 3-4 jam. Dah betul-betul sejuk boleh keluarkan dari loyang dan boleh la makan





Friday 9 October 2020

Speculoos Cheesecake Shots



    Assalamualaikum semua... Apa habaq...? Lama tak mai jenguk blog aku ni... Sekarang ni kan tengah panas dengan penyakit covid. Nak kelur pi mana-mana pun takut... So, kalau tak da hal penting baik dok rumah ja... Bila dok rumah tu kalau tak tau nak buat apa boleh la cuba dessert yang tengah hot sekarang ni... Kalau nak ikutkan aku nak buat versi cheesecake tu... Tapi rasa tak berapa rajin aku buat versi dalam gelas ni... Senang nak makan, tak yah nak potong-potong.  Nak dapatkan biskut biscoff & biscoff spread ni punya la susah. Harga dia pun boleh tahan mahal... Biskut dia tu bagi aku agak manis. Kalau nak makan macam tu ja elok minum dengan teh o kosong tanpa gula... Biskut ni dia rasa macam karamel & ada bau kulit kayu manis.. Aku tak berapa minat.. Tapi sebab benda tengah viral ni apa salahnya kita cuba... Lepas ni aku nak cuba versi cheesecake pulak... Kalau ada yang nak mencuba, boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...



Speculoos Cheesecake Shots

Ingredients
The Base
3 oz speculoos biscuits ( lotus biscoff biscuits ) ( 85gm )
The Filling
7 oz full fat cream cheese ( 200gm )
½ cup cookie butter ( lotus biscoff spread ) ( 125gm )
1 tsp vanilla extract
⅓ cup whipping cream, min 35% fat ( 80ml )
Topping
some whipped cream
some crushed speculoos biscuits
some cookie butter , warm it slightly to make it runnier
Instructions
The Base
  1. Place biscuits in a bag and crush them into pieces using a rolling pin.
  2. Spoon around 3-4 tsp into 4 glasses. Set aside.
The Filling
  1. Add cream cheese into a bowl and using an electric mixer, whisk it until fluffy. Then add in cookie butter with vanilla extract and mix everything well. Set aside.
  2. In another bowl, add in whipping cream and whisk it until soft peaks. Add whipped cream into cream cheese mixture and gently fold everything together until well combined.
  3. Divide evenly into the 4 glasses. I used a piping bag to make it easier. Chill in the fridge for minimum 2 hours.

Assembling & Serving 
Before serving, pipe some whipped cream on top and then sprinkle some crushed speculoos biscuits. Lastly drizzle some cookie butter and serve!