Friday 1 January 2016

Indulgence Chocolate Cheese Moist Cake




    Assalamualaikum, selamat pagi dan happy new year... Alhamdulillah dah masuk tahun 2016 dah kita ni... So, boleh la buat azam baru untuk tahun ni... Huhuuu... Sempena tahun baru ni aku ada la buat kek sebijik... Kek ni pun aku buat sempena hari lahir kak aku yang jatuh pada 1 hb 1 tiap-tiap tahun... Tahun ni cuma sempat buat sebijik saja... Selalunya aku buat dua biji.... Untuk kek birthday ni aku buat yang special sikit... Sebabnya kek Indulgence ni guna krim yang bercheese dan kek dia pun guna kek coklat moist, bukan kek span... SO, rasa dia memang umphhh laaa... hohooo.... Sapa nak tau rasa dia kena la buat sendiriii....





Indulgence Chocolate Cheese Moist Cake
C&P : Kak Linapg



Kek Coklat
( boleh guna mana2 resepi kek coklat )

Bahan-Bahan

Bahan A
-3/4 cawan chocolate powder [ boleh guna serbuk koko biasa ]
-1/4 cawan serbuk koko hitam
-1 cawan gula perang
-1 cawan susu segar
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak jagung

Bahan B
-1 1/4 cawan tepung kek*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tapis kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak.
  5. Kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga kek masak. Kek ni boleh dibakar juga.
  6. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong kepada 4 bahagian.






LAPISAN CHEESE

Bahan-Bahan
250 gm creamcheese
120 gm gula castor
150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
1 tbsp gelatin
air panas secukupnye (~60ml )


Cara-Cara:
  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepika
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan


CHOCOLATE MOUSSE
300 gm whipping cream
1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60 ml air panas )
50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil
1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)


Cara-Cara
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
Nota : Kalau krim agak cair, simpan kejap dlm peti ais supaya keras sikit.





CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
150ml whipping cream
350g dark chocolate
1 tbsp butter - cairkan



Cara2 membuat ganache
  1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
  2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.




CARA MELAPIS KEK
  1. Paling bawah => 
  • Lapisan pertama - KEK
  • Lapisan kedua - Cheese
  • Lapisan ketiga - KEK
  • Lapisan keempat - Coklat Mousse
  • Lapisan kelima - KEK
  • Lapisan keenam - Cheese
  • Lapisan ketujuh - KEK
  1.  Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  2. Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  3. Tuang ganache ke seluruh kek.
  4. Hias ikut creativiti masing2





2 comments:

  1. Sangat cantik kejadian ICCMC syapex ni...rasanya mmg lain dr kedai tersohor tu kan?Terima kasih sudu cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak...
      semestinya rasa kek ni lbh sdp dr kek kt kdai **** kann...
      hihiii...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...