Saturday, 2 January 2016

Carrot Apple Cake



     Assalamualikum semua... Petang ni aku nak share resepi kek carrot pulak... Kek ni permintaan dari anak buah aku... Dia balik sini masa kak aku pun balik cuti kat kampung ni... Kita layan je la permintaan dia tu... Untuk kek ni aku cuma buat separuh adunan... Untuk krim dia aku buat satu adunan jugak... Rasa kek ni memang sedap. Rasa masam dari apple tu cuma rasa sikit jer. Tak rasa sangat... Mungkin apple hijau aku ni manis agaknya... Untuk kekacang tu aku letak walnut... Letak lebih lagi sedap... Ok la, meh kita tengok resepinya....





 Carrot Apple Cake
 C&P : Yatie

Bahan- Bahan
2 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis ( xltk )
Secubit garam halus
1 cwn gula perang halus
1/2 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut- perah sikit airnya
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak ( aku ltk walnut )


Cara Membuat Kek
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.




CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon



Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.
**untuk kek di atas, aku buat dlm 3 loyang saiz 6inci. Aku buat separuh adunan sj...
Sejukkan barulah ratakan kek sebelum di sapu topping.Sapukan cream cheese topping
dan deco ikut kreativiti masing2





1 comment:

  1. cantik dan kemas ja kek ni teruja nak makanlah

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...