Wednesday, 13 January 2016

Agar-Agar Kiub Soya Gula Melaka



      Assalamualikum dan selamat petang semua... Hari ni aku buat menu ringkas saja... Sesuai dengan cuaca yang sangat panas sekarang ni.... Memang sangat panas sampai berpeluh-peluh bila sampai waktu tengahari... Kalau orang utara kata, panas lit-lit... Disebabkan cuaca sekarang ni panas, apa kata kita sejukkan tekak dengan agar-agar ni... Nyaman ja bila lalu kat tekak tu... Memang sangat sesuai la makan waktu sekarang ni... Ok la, meh tengok resepi kat bawah tu...





 Agar-Agar Kiub Soya Gula Melaka
 Sumber resepi : ros@jintanmanis.com

Bahan-bahanya
6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )
1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus)
1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
400 ml air


 Cara-carany
  1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang  soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.
  2. Setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan, kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.
  3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.





4 comments:

  1. musim panas ni mmg selera betul tgk puding ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...
      musim panas2 ni dpt agar2 memang best...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...