Assalamualaikum semua... Lama dah aku tak buat kek krim ni. Lepas raya ritu tak buat apa-apa kek krim lagi. Kek last pun aku buat kek lapis. Alang-alang kat Perlis ni musim buah harum manis, kita buat kek tema buah harum manis la. Asalnya aku nak buat lepas raya ritu. Alih-alih buah yang aku beli tu buat makan macam tu ja... Hahahaaa... Tapi agak mahal la buah harum manis ni. Mahal tu sebab cerewet nak menjaganya. Yang kat rumah aku jadi la dalam 2 3 biji... 😅😅😅 Sebelum habis musim harum manis ni baik aku buat siap-siap. Resepi asal dia buat buah mangga biasa ja. Kalau tak ada harum manis, guna apa yang ada. OK la, byeee.. Sapa-sapa nak cuba resepi ni boleh tengok kat bawah tu...
Harum Manis Mousse Cake
Kek Span Vanila
Sumber : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : RAHEL
60g gula kastor
5g ovalette
2 biji telur gred A
65g tepung kek}
1/2 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak
20g air
30g minyak masak/mentega cair
1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara
- Griskan 3 biji loyang bulat berukuran 6 inci . Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
- Satukan gula kastor, ovalette, telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
- Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
- Masukkan minyak atau mentega. Dikacau sebati.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 15- 20 minit atau sehingga kek masak.
- Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.
Harum Manis Mousse
C&P : my-mintroom
125g cream cheese
125g whipping cream - aku letak 200ml
50g gula kastor
1/2 cwn isi harum manis (didadu) - aku letak lebih
3/4 sb serbuk gelatin halal, dilarutkn dgn 1/8 cwn air panas.
Cara membuatnya:
125g whipping cream - aku letak 200ml
50g gula kastor
1/2 cwn isi harum manis (didadu) - aku letak lebih
3/4 sb serbuk gelatin halal, dilarutkn dgn 1/8 cwn air panas.
Cara membuatnya:
- Potong kecil cream cheese dan biarkan lembut pada suhu bilik,baru diputar hingga betul-betul lembut.
- Masuk gula dan putar lagi hingga sebati.
- Masukkan larutan gelatin, putar lagi hingga betul-betul rata.
- Masuk separuh whipping cream yang telah diputar kental, dan kaup balik perlahan guna spatula. Masuk baki whip cream dan juga isi mangga yg telah dipotong dadu. Kaup balik hingga sekata.
Harum Manis Glaze
50gm isi harum manis
1 sk serbuk gelatin
1 1/2 sb air panas
50gm isi harum manis ( potong dadu )
Cara-cara
- Kisar isi harum manis dengan sedikit air menjadi puri.
- Larutkan serbuk gelatin dengan air panas.
- Satukan puri harum manis bersama larutan gelatin. Sebatikan.
- Boleh dituang atas kek & tabur potongan harum manis keliling kek.
Cara Melapis Kek
200ml-250ml non dairy whipping cream ( pukul kental )
- Sediakan plastik mika dan kemaskan di atas papan kek. Masukkan sekeping kek dalam plastik mika. Tuang separuh harum manis mousse dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis. Simpan dalam peti sejuk sehingga kek betul-betul set.
- Keluarkan dan buka plastik mika. Paipkan seluruh kek dengan non dairy whipping cream.
- Tuang harum manis glaze. Tabur potongan buah harum manis keliling kek. Hias ikut kreativiti masing-masing.
- Simpan semula dalam peti sejuk supaya harum manis glaze betul-betul set.